Pilih satu Halaman

IKLAN PENGAMBILAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN

Utama » Pengumuman » IKLAN PENGAMBILAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN
IKLAN SKM

5 Jun 2025

Kursus ini adalah pengenalan kepada bidang perikanan tangkapan, pembuatan peralatan perikanan, pengendalian operasi dan hasil tangkapan mengikut peralatan serta penyelenggaraan dan pembaikan peralatan perikanan. Program pembelajaran yang disediakan adalah bagi melahirkan pelatih dari generasi muda yang berkemahiran dalam bidang perikanan tangkapan dengan prospek kerjaya sebagai pekerja mahir, pengusaha/usahawan dalam bidang maritim bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor perikanan tangkapan negara.

Maklumat Latihan TVET
Kategori Kursus : Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus : MT – Mengikut Tahap
Tahap Pengajian : Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian : 24 bulan
Prospek Kerjaya : Pekerja mahir, pengusaha/usahawan dalam bidang maritim bertaraf komersil dan berskala besar

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17-30 tahun
  3. Lelaki sahaja
  4. Belum berkahwin
  5. Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis
  6. Sihat tubuh badan & boleh melakukan aktiviti di lapangan

Di antara kemudahan/tawaran yang disediakan untuk program ini adalah ;

1) Asrama penginapan disediakan
2) Yuran pengajian adalah percuma
3) Makan – minum ditanggung
4) Elaun Bulanan Pelajar
5) Kemudahan Fasiliti Pembelajaran dan Sukan