ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Pejabat Telefon Faksimili Alamat Emel Unit Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur 03-2697 0045 03-2202 8856 Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur,
Lot 82, Jalan Carruthers Off Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpurbio_kl.dof@1govuc.gov.my
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Pujian dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat dihasilkan.
Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bertanggungjawab dalam menguruskan dan menerajui sub sektor perikanan terutama sektor pembangunan akuakultur, jaminan biosekuriti perikanan, penguatkuasaan dan penghasilan produk perikanan yang berkualiti, pasaran yang meluas serta mampu berdaya saing bagi pengeluaran perikanan yang kondusif.
Bagi mendukung visi dan misi Jabatan Perikanan Malaysia agar menguruskan sumber perikanan secara mampan dan efisyen, salah satu platform bagi merealisasikan peranan jabatan kepada golongan sasar adalah dengan mewujudkan mekasisma perantaraan melalui saluran laman web jabatan yang efektif, cepat dan tepat. Laman web ini akan sentiasa dikemaskini bagi tujuan hebahan dan perkongsian berkenaan aktiviti, program, bantuan dan informasi-informasi terkini kepada orang awam dan golongan sasar khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sehubungan itu, orang ramai juga boleh berkongsi pandangan, teguran serta memberi maklumbalas mahupun sebarang pertanyaan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang lebih berkesan.
Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mampu memberi sumber rujukan dn wadah utama berkenaan perkhidmatan yang disediakan. Pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA