Piagam Pelanggan merupakan suatu bentuk komitmen bertulis jabatan terhadap bentuk penyampaian sesuatu keluaran atau perkhidmatannya kepada pelanggan secara terbuka, jelas dan telus.
Piagam pelanggan juga merupakan suatu jaminan sesebuah jabatan atau agensi kerajaan untuk menyampaikan sesuatu keluaran atau perkhidmatan mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan. Ia boleh ditambah baik mengikut keadaan seperti pelaksanaan yang lebih praktikal, pemantapan proses kerja yang lebih efisien, kapasiti tenaga kerja, penggunaan teknologi serta perkara-perkara lain yang dirasakan perlu.
Terdapat 10 piagam pelanggan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dalam mengukur prestasi penyediaan perkhidmatan utama di jabatan.
Muat Turun Poster Piagam Pelanggan Di Sini.

SOAL SELIDIK MAKLUM BALAS PELANGGAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan diberikan kepada semua pelanggan yang berurusan dengan jabatan. Justeru itu, kepuasan pelanggan menjadi satu elemen penting kepada jabatan yang mana kepuasan dalam menerima perkhidmatan akan dinilai oleh pelanggan.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan telah menyediakan satu soal selidik maklum balas pelanggan untuk memudahkan pelanggan dalam menilai dan memberikan pandangan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan.
Oleh itu, poster yang mengandungi pautan soal selidik berkenaan boleh dimuat turun melalui lampiran di bawah dan dipamerkan di Bahagian/FRI/Unit/Pejabat Perikanan Negeri untuk dilengkapkan oleh pelanggan yang telah mendapat perkhidmatan di premis YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan secara fizikal atau atas talian.
Muat Turun Poster Maklum Balas Pelanggan Di Sini.





