Select Page

Client’s Charter and Customer Feedback

Home » Corporate Info » Introduction » Client’s Charter and Customer Feedback

SOAL SELIDIK MAKLUM BALAS DAN ADUAN PELANGGAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan diberikan kepada semua pelanggan yang berurusan dengan jabatan. Justeru itu, kepuasan pelanggan menjadi satu elemen penting kepada jabatan yang mana kepuasan dalam menerima perkhidmatan akan dinilai oleh pelanggan.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan telah menyediakan satu soal selidik maklum balas dan aduan pelanggan untuk memudahkan pelanggan dalam menilai dan memberikan pandangan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan.

Oleh itu, poster yang mengandungi pautan soal selidik berkenaan boleh dimuat turun melalui lampiran di bawah dan dipamerkan di Bahagian/FRI/Unit/Pejabat Perikanan Negeri untuk dilengkapkan oleh pelanggan yang telah mendapat perkhidmatan di premis YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan secara fizikal atau atas talian.