Pilih satu Halaman

Hari Terbuka Sumber Manusia Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Hari Terbuka Sumber Manusia Jabatan Perikanan Malaysia

17 Julai 2025

Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan hari terbuka sumber manusia yang berlangsung selama 2 hari pada 16 julai 2025 sehingga 17 Julai 2025 bertempat di Dewan Arowana, Wisma Tani.

Hari Terbuka ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Perikanan Malaysia untuk membuat semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan di samping pelbagai aktiviti-aktiviti lain seperti saringan kesihatan secara percuma, Fitter Healthier Happier, dan slot ceramah. Turut disediakan reruai Pusat Pungutan Zakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Proton Malaysia dan Bahagian Pembangunan Modal Insan.

Hadir dalam program ini YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan YBrs. Puan Yeo Moi Eim Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.