Select Page

Fisheries Technology Commercialisation

Home » Services » Innovations » Fisheries Technology Commercialisation

TED adalah peranti yang diperbuat daripada aluminium atau galvani yang dipasang di bahagian hadapan keroncong pukat tunda bertujuan supaya penyu atau mamalia marin yang terperangkap di dalam pukat tersebut, berupaya keluar dari pukat tersebut.

Selain dapat menyelamatkan penyu, penggunaan TED turut meningkatkan hasil tangkapan nelayan antara tiga hingga lima peratus serta hasil tangkapan tidak bercampur dengan sampah dan kotoran.

Penggunaan TED juga berjaya mengurangkan penangkapan ikan baja sebanyak 12 hingga 15 peratus dan dapat mengurangkan penggunaan bahan api diesel sehingga 10 peratus serta mengurangkan kerosakan ke atas pukat tunda kerana sampah dan objek besar terlepas keluar dari pukat.

Penggunaan pukat tunda udang telah dikenal pasti menjadi salah satu punca utama kepada tertangkapnya penyu di perairan umum di serata dunia termasuk di negara ini. Oleh yang demikian atas kesedaran yang tinggi untuk mengurangkan kesan tangkapan ini terhadap penyu maka Negara Amerika Syarikat telah menetapkan satu syarat atau peraturan agar semua negara-negara yang ingin mengeksport hasil tangkapan udang di laut hendaklah menggunakan alat Peranti Penyisih Penyu pada pukat yang digunakan. Tanpa penggunaan alat ini hasil udang yang ditangkap adalah dilarang untuk di eksport ke negara Amerika Syarikat. Peraturan ini adalah merujuk kepada “U.S Shrimp import embargo” yang telah berkuat kuasa mulai tahun 1996.

Atas kesedaran untuk memulihara spesies penyu di perairan umum, Jabatan Perikanan telah memainkan peranan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penyu dan untuk memperkenal serta memberi tunjuk ajar kaedah penggunaan alat Peranti Penyisih Penyu kepada masyarakat nelayan terutama yang mengusahakan pukat tunda udang di negara ini khususnya di Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan. Penggunaan alat ini amatlah perlu kerana ianya telah terbukti secara langsung dapat mengurangkan kadar tertangkapnya penyu secara tidak sengaja semasa aktiviti penangkapan udang dijalankan oleh nelayan dengan menggunakan pukat tunda. Jika alat ini dipasang pada pukat maka penyu-penyu yang terperangkap akan dapat melepaskan diri dan secara langsung kadar bilangan penyu terperangkap akan berkurangan.

  • Peranti ini digunakan pada pukat tunda bagi membolehkan penyu yang tertangkap di dalam pukat ini keluar semula.
  • Kajian awal atau pilot projek dijalankan oleh pihak FRI Rantau Abang pada vesel perikanan PTMT di Kemaman, Terengganu. Kajian ini sebahagiannya dibiayai oleh pihak swasta iaitu Huntsman Tioxide. Pihak Jabatan menggalakkan penglibatan swasta dalam program pemuliharaan penyu ini.
  • Antara kebaikan TED ialah :
    • Menjimatkan kos minyak / operasi.
    • Mengurangkan kemasukan sampah sarap dan objek lain ke dalam keroncong.
    • Memberikan hasil tangkapan yang lebih berkualiti memandangkan hasil tangkapan tidak bercampur dengan sampah sarap.
    • Memudahkan penyu terlepas dari pukat.
  • Pada tahun 2013, satu kerjasama bersama pihak WWF-Malaysia bagi menganjurkan satu bengkel latihan penggunaan TED kepada nelayan pukat tunda PTMT di Kemaman Terengganu yang dijangka diadakan pada Mei 2013. Latihan ini akan melibatkan khususnya nelayan di kawasan Kemaman, Terengganu dan mungkin beberapa wakil nelayan pukat tunda dari kawasan lain.
  • Penggunaan TED adalah salah satu keperluan yang digariskan dalam EU Regulation.
  • Terdapat cadangan untuk meletakkan penggunaan TED dalam syarat lesen pukat tunda PTMT.

Jabatan Perikanan Malaysia amat komited untuk menggalakkan penggunaan peralatan menangkap ikan yang mesra alam dan tidak merosakkan sumber di kalangan nelayan supaya sumber perikanan negara sentiasa dapat dipulihara dan bekalan ikan negara dapat ditingkatkan untuk kebaikan generasi akan datang.

Untuk tujuan itu, FRI Rantau Abang telah menghasilkan Peranti Penyisih Penyu (TED) yang diubah suai sedikit ruang di bawahnya yang berbentuk senyum (smile) supaya ikan pari dapat memasuki keroncong pukat tunda. Reka bentuk TED ini adalah hasil cadangan daripada nelayan Kemaman supaya dapat memerangkap ikan pari dan telah diuji dengan menggunakan 20 ekor penyu di makmal NOAA Fisheries Panama City, Amerika Syarikat pada bulan Jun 2013.

Hasil ujian telah mencapai keputusan yang membanggakan, bila mana kesemua penyu berkenaan telah berjaya keluar dari pukat dalam tempoh tiga minit iaitu memenuhi standard yang ditetapkan oleh NOAA Fisheries Amerika Syarikat. Pihak berkenaan telah memperakui dan ia boleh digunakan di Malaysia. TED ini sedang dalam proses untuk dipatenkan bagi memperoleh Sijl Harta Intelek.

Maklumat Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) yang dilesenkan di Malaysia :

Bil.NegeriBilangan PTMTPTMT AktifPTMT dipasang TED
1.Kelantan7735
2.Terengganu724721
3.Pahang10185
4.Johor (Timur)9025
34019221

Perbandingan Hasil Tangkapan Menggunakan TED dan Tanpa Menggunakan TED

The Fishing Sites Identification System (FSI) was developed for the east coast of Peninsular Malaysia. The project was started in 2007 and completed in December 2010. The project has been undertaken collaboratively between the Department of Fisheries Malaysia (DOF), Remote Sensing Agency of Malaysia (ARSM), Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM) and National Fishermen’s Association of Malaysia (NEKMAT).

The project comprises five major components, namely pelagic fish density determination from hydroacoustic surveys using KK SENANGIN II vessel and onboard sampling by 36 enumerators on selected purse seine vessels; study on sea condition from oceanographic surveys and satellite data acquisition and analyses (MODIS, OCM, NOAA and Radarsat); fish forecasting modeling as well as data distribution to the fishers.

Components of the FSI System

Results indicated that the level of precision was estimated around 80%. ARSM would takes about 3 hours to produce the Potential Fishing Zones (PFZ) after the raw satelite data were received by the ground station in Temerloh Pahang. Data were processed by ARSM Headquarter in Kuala Lumpur and the potential fishing zones were disseminated through Short Messages System (SMS). More detail informations were also published through program website that could be accessed using address http://ikan.remotesensing.gov.my/.

Information dissemination and promotion to the fisher and Fishermen’s Association by area in the East Coast of Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak were started in September 2010. Several follow-up activities were conducted in 2012, 2013 and 2014 to compile feedbacks from fishermen who using the system in order to further strengthen the forecasting. As the results, this study has indicated purse seine operators could reduce 30% of the total operational cost and increase 20% of their net income. This project also has been awarded as the gold medal winner for AISA2014 under the ICT category.

Screen Presentation for Potential Fishing Zones

Fokus utama penyelidikan pemakanan ikan di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) ialah untuk membangunkan makanan ikan yang murah dan berkesan untuk spesies akuakultur laut dan air tawar seperti udang harimau, udang putih, udang galah, ikan tilapia, keli, patin, kerapu serta siakap. Sejak bermula aktiviti akuakultur sekitar 1970-an, penternakan benih ikan liar dalam kurungan di tepi sungai bermula dengan pemberian nasi, roti, telur dan sebagainya sebagai makanan. Kepesatan teknologi pembuatan makanan pelet udang dan tilapia secara global seawal 1980-an telah memudahkan penternak tempatan menggunakan makanan pelet berformula untuk kedua-dua spesies tersebut. Namun, sehingga lewat 1990-an, kebanyakan penternak ikan laut masih bergantung kepada ikan baja (hasil sampingan pukat tunda) untuk memberi makan ikan terutama Siakap dan Kerapu dari peringkat asuhan sehingga ternakan. Pada tahun 1999, melalui kerjasama di antara Kerajaan Negeri Johor, Queensland Department of Primary Industry (QDPI), Australia dan FRI Gelang Patah, telah berjaya meningkatkan teknologi pemakanan ikan peringkat asuhan dengan menggunakan makanan pelet berformula untuk ikan siakap. Sehingga kini, penternak ikan laut telah menggunakan makanan pelet berformula secara total dari peringkat asuhan hingga ternakan terutamanya Siakap. Namun disebabkan faktor harga, masih terdapat penternak yang memberi ramuan mentah tanpa proses seperti ikan baja, perut ayam dan bangkai haiwan ternakan sebagai makananuntuk spesies kerapu, keli dan patin.

Sejajar ke arah pemodenan amalan ternakan dan peningkatan produktiviti hasil. Penggunaan makanan pelet dapat mempercepatkan kadar tumbesaran ikan, higenik dan mudah dikendalikan atau disimpan. Malah, Jabatan Perikanan melalui Skim Amalan Akuakultur Baik (SAAB) dan Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan yang terkini Malaysian Good Aquaculture Practice (MyGAP) telah menggariskan salah satu syarat kelayakan penerimaan sijil akreditasi tersebut ke atas sesebuah ladang akuakultur adalah dengan mewajibkan penggunaan makanan berformula. Pada masa kini, terdapat peraturan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009 yang perlu dipatuhi dan diamalkan oleh kesemua ladang ternakan ikan dan udang di Malaysia terutama dalam mengisytiharkan bahan ramuan yang diguna.

Pada umumnya, makanan ikan menyumbang dari 60 hingga 70% kepada kos operasi bagi sesuatu spesis ikan yang diternak. Secara tidak langsung, margin keuntungan amat bergantung kepada kos makanan ternakan selain daripada keberkesanan nisbah penukaran makanan tersebut oleh ikan yang diternak. Oleh itu, kekangan utama kepada penggunaan makanan berformula kepada para penternak kecil dan serdahana adalah harga yang mahal dan semakin meningkat. Secara umumnya, terdapat dua kategori makanan ikan iaitu makanan yang mengandungi protein kasar sebanyak 30% (CP30%) untuk spesies ikan air tawar (omnivor) dan yang mengandungi protein kasar sebanyak 40% (CP40%) untuk spesies ikan laut (karnivor). Pada masa ini, harga pasaran yang ditawarkan membebankan penternak, iaitu sekitar RM4.00/kg (CP30%) dan sekitar RM6.50/kg (CP40%). Berdasarkan unjuran, harga makanan ikan CP30% dan CP40% masing-masing dijangka meningkat sehingga RM5.20/kg dan RM8.55/kg pada tahun 2020.

 Berkaitan isu peningkatan harga makanan ikan ini, salah satu faktor utamanya adalah disebabkan bahan mentah import yang mahal, khususnya tepung ikan atau ‘fishmeal’ dan bahan-bahan mentah import lain seperti tepung soya, jagung dan sebagainya. Selain itu, faktor kos operasi pengeluaran secara komersial yang tinggi serta melibatkan kos mesin dan tanggungan (overhead) yang tinggi juga telah menyebabkan berlakunya tekanan terhadap harga pengeluarannya. Melihatkan masalah ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), melalui FRI telah mengenalpasti dan menjalani penyelidikan berkaitan penggunaan bahan alternatif bagi menggantikan sumber protein utama yang mahal seperti tepung ikan di dalam formulasi makanan ikan sejak 90-an dan berterusan hingga kini. Melalui hasil kajian yang telah dijalankan, para penyelidik pemakanan ikan FRI telah memperkenalkan produk sumber protein alternatif seperti Tepung Usus Ayam (CIM) dan Cecair Protein dari fermenstasi sisa kepala udang. Selain itu, beberapa bahan alternatif lain yang sedang dalam kajian adalah seperti Tepung Sisa Ayam, Tepung Serangga dan Tepung Sisa produk laut seperti kepala ikan bilis.

          

Produk Tepung Usus Ayam (CIM) telah diperkenalkan pada tahun 2010, melalui hasil kajian yang telah dijalankan di FRI Glami Lemi selama dua tahun. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati CIM mempunyai kandungan protein yang tinggi iaitu sehingga 74%, selain beberapa kandungan asid amino yang hampir standing dengan tepung ikan. Melalui kajian yang telah dijalankan ke atas ikan air tawar seperti ikan Keli telah menunjukkan ia amat sesuai menggantikan tepung ikan secara keseluruhannya tanpa menjejaskan kadar tumbesaran ikan.

Manakala, bagi produk Cecair Protein dari fermentasi sisa kepala udang atau ‘Shrimp Head Protein Liqueur’ pula telah dibangunkan oleh penyelidik dari FRI Pulau Sayak dengan kerjasama pihak UTM, Skudai. Produk yang pernah memenangi anugerah pingat perak di dalam Pameran Seoul International Invention Fair di Korea Selatan dan Pameran Inatex UTM, Skudai, Johor ini berupaya menggantikan sehingga 30% sumber protein dari tepung ikan bagi ikan Siakap. Hasil kajian ini mendapati kos pengeluaran makanan ikan marin seperti Siakap dapat dikurangkan sehingga 42% dari kos makanan ikan menggunakan tepung ikan sepenuhnya sebagai sumber protein utama.Kajian lain yang telah dijalankan seperti penggunaan Tepung Sisa Ayam di dalam formulasi makanan ikan Aruan Tasek di FRI Batu Maung, Tepung Cengkerik untuk ikan Tilapia yang dijalankan di FRI Glami Lemi.

Penyelidikan dan pembangunan makanan ikan juga difokuskan kepada peringkat induk. Berdasarkan pelan di bawah Dasar Pengeluaran Akuakultur 50:50, sasaran pengeluaran sebanyak 667,900 MTmenjelang 2020 telah dirancang. Bagi mencapai matlamat tersebut, dijangkakan keperluan benih ikan/udang pada tahun 2020 adalah sebanyak 13.6 billion ekor dengan kadar pengeluaran tahunan adalah sebanyak 11.2%.

Bagi menyokong sasaran pengeluaran benih tersebut, salah satu faktor yang perlu diambil kira ialah pengurusan induk ikan/udang yang bebas penyakit, termasuk aspek pemakanan dan nutrisi bagi induk ikan/udang. Pada masa ini, bagi ikan marin dan udang, kebergantungan kepada makanan segar seperti ikan dan sotong segar sebagai makanan induk boleh mengundang risiko kekurangan zat yang diperlukan kerana kualiti yang berubah-ubah mengikut musim dan cara pengendalian. Di samping itu, terdapat juga risiko kontaminasi dan jangkitan patogen seperti bakteria (Vibrio) dan virus seperti White Spot Syndrome Virus (WSSV), Infectious Hypodermal and Hematopoietic Necrosis Virus (IHHNV) dan Early Mortality Syndrome (EMS) yang mengancam industri akuakultur udang laut, penyakit udang galah seperti Nodavirus (MrNV) dan yang terbaru Enterocytozoon hepatopenaei (EHP). Selain itu, terdapat juga penyakit ikan laut seperti Viral Nervous Necrosis (VNN) di rantau ini. Pergantungan kepada makanan import, makanan hidup dan makanan segar sangat membebankan dan pengusaha hatceri udang terdedah kepada risiko induk udang dijangkiti penyakit melalui makanan.

 Di sektor akuakultur air tawar pula, sehingga kini tiada makanan khas bagi induk ikan air tawar yang boleh didapati di pasaran. Oleh itu, amalan pengurusan induk ikan air tawar tempatan hanya bergantung kepada makanan peringkat ternakan tidak dapat memenuhi keperluan zat pemakanan induk ikan secara optimum untuk perkembangan gonad dan benih yang berkualiti. Oleh sebab itulah, pengeluaran telur atau benih ikan/udang di Malaysia sedang terjejas dari segi kuantiti, kualiti dan juga konsistensinya bagi keperluan industri akuakultur.

 Menurut pelbagai kajian, diet kematangan yang dirumus mengandungi sumber asid lemak Docosahexaenoic acid (DHA), Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Arachidonic acid (ARA) seperti minyak hati ikan kod dan minyak sotong memberi kesan positif kepada pematangan induk untuk menghasilkan benih yang berkualiti. Oleh yang demikian, FRI telah mengenalpasti bahan tempatan yang berpotensi seperti cacing poliket yang mengandungi ARA yang tinggi. Kebiasaannya poliket diberi secara mentah untuk meningkatkan kematangan induk udang laut. Namun kesan penggunaan poliket sebagai makanan induk ikan laut belum diterokai. Di samping itu, penggunaan hormon estradiol terhadap kematangan induk betina turut dikenalpasti dapat memberi kesan kepada peningkatan kualiti kematangan induk betina dan telur.

Seterusnya hati lembu juga mengandungi ARA yang tinggi. Hati lembu mentah ada digunakan untuk tujuan pembenihan ikan oleh pembiak ikan hiasan seperti Discus. Namun aplikasi hati lembu secara terus dalam keadaan mentah tanpa dijadikan makanan berformulasi adalah tidak praktikal selain mencemarkan air di dalam sistem ternakan. Tambahan pula, ia tidak dapat disimpan lama. Walaupun mahal, namun sumber ARA tulen yang berada di pasaran adalah jauh lebih mahal malah diekstrak dari khinzir.

Selain itu, bagi tujuan kematangan ikan jantan, penggunaan bahan aditif CoQ10 turut dikaji bagi meningkatkan kualiti spermatozoa. CoQ10 merupakan sejenis bahan anti-oksidan yang pernah diuji kepada manusia dan menunjukkan peningatan kualiti sperma. CoQ10 juga dikenalpasti dapat membekalkan tenaga ATP terhadap mitokondria.

Di samping penggunaan bahan-bahan ramuan tersebut, FRI juga perlu menjalankan kajian keberkesanan penggunaan bahan perekat khasnya dalam penghasilan pelet udang. Ini adalah kerana, induk udang mengambil masa yang lama untuk memakan pelet berbanding ikan.Justeru, kesemua kajian yang disebutkan adalah penting di dalam usaha menangani isu-isu yang berbangkit mengenai aspek pengeluaran benih yang berkualiti secara konsisten dan juga kesihatan induk ikan/udang. Aspek latihan pemindahan teknologi dan pengkomersilan hasil kajian turut dijalankan. 

StrepToVax

Vaksin untuk pencegahan penyakit Streptococcosis pada ikan tilapia.

Pendahuluan

Streptococcosis merupakan jangkitan bakteria Streptococcus spp. terutamanya Streptococcus agalactiae dan Streptococcus iniae. Patogen Streptococcus agalactiae, lazimnya menjangkiti ikan tilapia bersaiz lebih daripada 100g. Jangkitan didapati begitu serius terutamanya di sangkar-sangkar dimana aktiviti akuakultur dijalankan secara intensif dan boleh menyumbang kepada 40-60% kematian hasil ternakan. Jangkitan juga didapati serius akibat suhu air yang tinggi (lebih dari 30ºC) terutamanya pada musim panas dan kering. Antara faktor tekanan lain yang menyumbang kepada jangkitan ialah kejernihan air, yang membolehkan tembusan cahaya matahari sehingga lebih dari 4 m kedalaman air yang seterusnya mengekal haba termasuk kepadatan ikan yang tinggi.
Simpton atau tanda-tanda klinikal jangkitan:

  • keadaan tidak normal di mata seperti mata terbonjol (pop-eye) atau buta,
  • keradangan pada pangkal sirip dan badan,
  • renangan yang tidak menentu (erratic swimming) dan hilang kawalan keapungan,
  • lethargi atau lesu dan hilang selera makan.

Kunci utama pencegahan penyakit streptococcosis adalah mengekalkan kualiti air yang baik dan kebersihan persekitaran ternakan serta pemberian vaksin. Selain itu, benih ikan yang baru perlu dikuarantin terlebih dahulu bagi memastikan ia bebas daripada penyakit.
Penyakit Streptococcosis telah direkodkan merebak di hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia. Melihat kepada kepentingan pencegahan dan impak kerugian kepada penternak, pihak NaFisH bersama rakan kolaborasi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agro-Bioteknologi Institute (ABI) telah menjalankan kajian yang komprehensif merangkumi;

  • Kajian epidemiologi jangkitan streptococcosis – bagi menentukan hubungkait faktor-faktor risiko lain yang turut menyumbang kepada jangkitan
  • Kajian Patogenisiti Streptococcus agalactiae
  • Pembangunan vaksin berasaskan makanan (whole-cell adjuvant & recombinant vaccine)
  • Percubaan vaksin berasaskan makanan di makmal dan lapangan

Hasil Penyelidikan

Vaksin StrepToVax (whole cell vaccine) adalah hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan selama 10 tahun. Vaksin yang berasaskan makanan ini dibangunkan dengan menggunakan strain bakteria tempatan. Aplikasi secara ‘oral’ pemberian vaksin StrepToVax ini adalah diformulasi melalui campuran di dalam pellet makanan ikan. Kaedah ini lebih praktikal berbanding dengan cara suntikan atau rendaman yang boleh mendatangkan stress kepada ikan. Bagi pengambilan vaksin yang optima, ikan perlulah dipuasakan selama sehari sebelum pemberian. Percubaan lapangan yang dilakukan bersama penternak di Tasik Kenyir, Terengganu pada tahun 2012 dan 2014 menunjukkan tahap antibodi ikan yang tinggi berjaya dihasilkan. Tahap antibodi ini dapat bertahan sehingga 4 bulan sekiranya vaksin diberikan pada 3 kali secara berkala iaitu pada minggu 0, 2 dan 6 (Gambar 1 dan 2). Kadar kemandirian (survival rate) ikan yang direkodkan juga adalah tinggi iaitu 75% berbanding kumpulan ikan yang tidak diberikan vaksin ini iaitu sebanyak 47%. Kajian ini menunjukkan pengawalan melalui vaksin mampu meningkatkan ketahanan ikan terhadap Streptococcosis.

Hasil kajian lapangan pada 2012
Hasil kajian lapangan pada 2014

Majlis pelancaran vaksin StrepToVax dan manual pengurusan penyakit streptococcosis pada ikan tilapia merah telah diadakan pada 14 Oktober 2014 bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Ismail Abu Hassan (KPP).

Pengkomersilan

Akan dijalankan oleh ABI (RP-2)

Kumpulan Sasar

Penternak ikan tilapia (anggaran 5,667 penternak).

Hasil

Penggunaan vaksin StrepToVax meningkatkan kadar kemandirian dan hasil pengeluaran ikan tilapia.

Impak

  • Meningkatkan pendapatan penternak
  • Meningkatkan produktiviti industri akuakultur
  • Meningkatkan hasil produktiviti akuakultur negara

Services

Logo Official Portal DOF