Select Page

Research Collaborations

Home » Services » Researches » Research Collaborations

Projek DOF-JIRCAS (2014 – 2015)

Pada tahun 2014, sejumlah 3 projek telah dilaksanakan di bawah kerjasama dengan JIRCAS (Japan International Research Center for Agriculture). Projek-projek ini telah berjalan sehingga tahun 2015. Butiran setiap projek adalah seperti berikut:

Ketua Projek: Dr Alias Man, FRI Kg. Acheh

Selangor adalah salah satu negeri penghasil kerang (Anadara granosa) yang utama di Semenanjung Malaysia. Kawasan pembenihan kerang semulajadi di sini dikatakan sebagai yang terbesar di Malaysia. Pengeluaran kerang dari negeri ini adalah tinggi untuk pasaran tempatan dan juga diekspot. Benih yang dikutip dari kawasan ini juga diedarkan kepada plot ternakan kerang yang lain di seluruh negara. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang kemerosotan alam sekitar di kawasan ini disebabkan aktiviti ternakan kerang yang intensif sejak 2008 dan aktiviti pembangunan seperti perladangan, pertanian, pembangunan pelabuhan, penambakan dan pembinaan empangan. Justeru itu, terdapat keperluan untuk membangunkan sebuah model pengurusan perikanan yang berkesan untuk kerang.

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan data biologi, data ekologi dan alam sekitar, termasuk peringkat larva awal dan kitaran kehidupan kerang dan maklumat fizikiko-kimia di kawasan ternakan. Berdasarkan data ini, satu model ekologi akan dibangunkan dan daya tampung ternakan kerang akan ditentukan. Matlamat akhir projek ini adalah untuk menawarkan pelan pengurusan mampan untuk pengeluaran kerang di Selangor.

Ketua Projek: Dr Wan Norhana Noordin, FRI Batu Maung

Kawasan persisiran pantai Selangor adalah antara kawasan ternakan kerang yang utama di Malaysia. Ini adalah kerana lokasinya yang sesuai, logistik yang mencukupi dan kerjasama baik yang wujud di antara penternak dan Jabatan Perikanan. Walaupun sangat sesuai dari segi geografi terdapat faktor-faktor lain yang perlu dikaji untuk memastikan kerang yang dihasilkan selamat untuk dimakan.

Dari tinjauan pembacaan, maklumat mengenai status sanitasi kerang atau perairan kerang dari pantai Selangor adalah sangat sedikit dilaporkan. Justeru di bawah kerjasama dengan JIRCAS, satu kajian telah dijalankan dari tahun 2013-2015 untuk memantau kualiti kerang yang dihasilkan dari kawasan ternakan kerang di perairan Selangor:

  • Bagan Nakhoda Omar (N 3′ 44” 21.66”’, E 100′ 52” 30.72”’);
  • Sungai Besar (N 3′ 38” 53.88”’, E 100′ 58” 46.38”’) dan
  • Bagan Sungai Buloh (N 3′ 15” 31.14”’, E 101′ 17′ 9.18”’).

Objektif kajian adalah untuk menentukan pencemaran bakteria penunjuk pencemaran najis dalam tisu kerang dan air laut, menentukan kehadiran virus Hepatitis A dalam tisu kerang, mengesan kehadiran biotoksin marin (PSP) dalam tisu kerang, menganggar kehadiran fitoplankton yang berbahaya dalam air laut dan akhir sekali untuk mengesan kandungan logam berat di dalam tisu kerang. Kajian masih berjalan dan keputusan yang diperolehi nanti akan digunakan untuk mengkelas perairan kerang di Selangor seperti yang dikehendaki oleh WTO di bawah perjanjian SPS (Sanitasi dan Fitosanitasi). Maklumat ini adalah penting sekiranya kerang yang dihasilkan ini hendak diekspot ke luar Negara.

Ketua Projek: Dr. Siti Zaharah Abdullah, NaFisH

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jangkitan WSSV dalam ternakan udang banyak menyebabkan kerugian besar kepada industri. Satu kajian mengenai epidemiologi dan penjelasan tentang laluan penyebaran penyakit-penyakit virus udang telah dijalankan untuk menjelaskan tentang distribusi geografi dan laluan sebaran jangkitan virus bintik putih (WSSV) dalam Udang Harimau (Penaeus monodon) di Semenanjung Malaysia. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2012 dan akan selesai pada tahun 2015.

Objektif khusus kajian adalah untuk menentukan sumber, laluan sebaran jangkitan dan distribusi geografi penyakit-penyakit virus udang termasuk WSSV di Semenanjung Malaysia. Surveilan di lapangan telah dijalankan di 14 ladang udang di Perak, Pulau Pinang dan Kedah tetapi hanya sembilan (9) ladang telah dipilih untuk kajian epidemiologi. Semua sampel bebas daripada WSSV, Infectious Mionecrosis Virus (IMNV) dan Taura Syndrome Virus (TSV). Walau bagaimanpun, sampel-sampel didapati positif untuk Yellow Head Virus (YHV) dan Infectious Hypodermal and Hematopoietic Necrosis Virus (IHHNV). Ketiga-tiga baka induk yang diperiksa dikesan positif untuk IHHNV tetapi hanya salah satu positif YHV.

Kajian ini telah membantu NaFisH dalam meningkatkan pengetahuan mengenai epidemiologi dari sudut pandangan yang berbeza seperti pengurusan, faktor persekitaran dan juga fisiologi udang itu sendiri. Kerjasama yang berterusan diharap akan memberikan perspektif yang lebih baik tentnag bagaimana untuk menangani masalah penyakit virus melalui pengurangan terutama risiko-risiko yang mewujudkan persekitaran yang tidak mesra dan sekaligus membawa kepada masalah penyakit.

Projek DOF-JIRCAS (2016 – 2020)


Program
: Development of Technologies for Sustainable Aquatic Production in Harmony with Tropical Ecosystem

Pegawai Terlibat: Pn. Masazurah binti A. Rahim

Berikut adalah senarai projek-projek penyelidikan yang dijalankan dengan kolaborasi daripada Institusi Pengajian Awam pada tahun 2018:

Bil.Institusi Pengajian Awam (IPTA)Projek
1.UPM, UIA, UMKEffectiveness of SirehMAX
2.UPM, UIA, UMKEvaluation of SirehMAX as Control Against Aeromonas sp in Semah Mahseer
3.UPM, UIA, UMKPathogenicity Study Of Aeromonas hydrophila Against Local Malaysia Mahseer
4.UPM, UIA, UMKVaccination of Tiger Grouper Epinephelus fuscoguttatus Larvae Through Bioencapsulation of Live Feed
5.UPM, UIA, UMKEffect ff Bioencapsulation of herbal Diet in Rotifer on Growth and Survival of Marine Fish Fry against Vibriosis
6.UPM, UIA, UMKProduction of Axenic Rotifer (Brachionus plicatilis) in RAS System
7.UPM, UIA, UMKEfficacy of Piper Betle Crude Extract in Controlling Vibriosis in Culture Sea Bass
8.UPM, UIA, UMKPrevention of Motile Aeromonad Septocemia (MAS) in Cage Cultured Patin (Pangasius hypophthalmus) at Termeloh Pahang
9.UPM, UIA, UMKDiseases of Striped river catfish. Pangasius hypophthalmus cultured in Pahang and Perak rivers.
10.UPM, UIA, UMKAntibody Responses by Tiger Grouper (Epinephelus fuscoguttatus broodstock Following Intraperitoneal Injection of Vibro alginolyticus Vaccine
11.UPM, UIA, UMKScreening of Herbs Against Pathogenic Fish Bacteria
12.UPM, UIA, UMKAssessment of Intestinal Immunity Development in Juvenile Tiger Grouper, Epineplus fuscoguttatus (Forsskal, 1775)
13.UPM, UIA, UMKMolecular Characterization of Channel Catfish Virus (CCV) isolated from Pangasius hypophthalmus
14.UPM, UIA, UMKModified Immunoperoxidase Method for Channel Catfish Virus (CCV) Detection
15.UPM, UIA, UMKIn vitro Propagation of Channel Catfish Virus (CCV) isolated from Pangasius hypophthalmus

Bermula dari April 2021, JIRCAS melancarkan projek baharu bertemakan “Pembangunan dan Penyebaran Teknologi Akuakultur Lestari di Kawasan Tropika Berdasarkan Pendekatan Ekosistem” yang melibatkan empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina. Projek ini dirancang akan berjalan selama 5 tahun sehingga Mac 2026.

Kajian kerjasama DoF-JIRCAS bertajuk “Pembangunan Teknik Akuakultur Dwi -Cengkerang yang Mampan di Perairan Monsun Tropika Serta Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi” sedang berjalan di Institut Penyelidikan Perikanan, FRI Batu Maung, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan dua orang penyelidik FRI Batu Maung secara langsung iaitu Pn. Roziawati Razali dan Cik Masazurah A. Rahim. Selain daripada mereka berdua, pasukan dari FRI turut dibantu dari segi nasihat kepakaran dalam bidang tertentu menerusi beberapa penyelidik lain seperti Dr. Wan Norhana Md. Noordin, En. Mohd Saleh Taha dan Dr. Hadzley Harith, manakala di pihak JIRCAS, Dr. Tatsuo Yurimoto.

Kerjasama penyelidikan antara FRI dan JIRCAS telah dijalankan sejak 1995 dan telah menghasilkan maklumat berharga tentang ekosistem bakau dan perikanan pantai di Semenanjung Malaysia. Akuakultur dwi-cengkerang merupakan salah satu industri perikanan yang penting di Malaysia. Walau bagaimanapun, akuakultur pantai, termasuk tiram, terdedah kepada perubahan iklim, meningkatkan risiko seperti banjir akibat hujan lebat, peningkatan paras laut, peningkatan suhu di perairan cetek, dan peningkatan air pasang. Atas sebab ini, pengesanan awal dan tindak balas terhadap perubahan alam sekitar akan menjadi penting untuk pengeluaran akuakultur dwi-cengkerang yang mampan. Teknologi telekomunikasi telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan pelbagai penderia dan kamera tahan lama yang berkaitan telah tersedia pada kos yang rendah. Oleh itu, dalam projek ini, selain menjelaskan ciri biologi tiram tempatan, penggunaan alat baharu untuk pemantauan alam sekitar di kawasan akuakultur dan mengesan masalah di kawasan akuakultur pada peringkat awal akan dipertimbangkan.

BilRakan Kerjasama Tajuk ProjekPenyelidik (FRI) Penyelidik bersamaTarikh MoU / Agreed Minutes Ditandatangani
1.Universiti Utara MalaysiaPengesanan Penyakit Bintik Putih Protozoa dalam Ikan Marin Menggunakan Teknik Artificial IntteligenceDr. Kua Beng Chu (NaFisH) Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohamad Ghozali Hassan23 Disember 2021
2.Bio Metro Fusion Sdn. Bhd.Applikasi Hi –Profeed (Feather Meal) untuk Menghasilkan Makanan Ikan dan UdangEn. Mohammad Suhaimee Abdul Manaf (FRI Pulau Sayak) En. Shahri Moin7 Disember 2020
3.Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaPembangunan Kit Immunodiagnostik bagi Mengesan Streptococcosis dalam Ikan Air TawarDr. Azila Abdullah (NaFisH) Dr. Nur Nazifah Mansor6 Mei 2019
4.Asas Megamas Sdn. Bhd.Penyelidikan dan Pembangunan Produk Vaksin StrepToVax : Vaksin Anti-Streptococcus Berasaskan MakananDr. Azila Abdullah (NaFisH) En. Md. Khir Johari Md Yusoff6 Mei 2019
5.Peak Science Sdn. Bhd.Pra-Pengkomersialan Produk Makanan Akuakultur Berasaskan ArtemiaDr. Fariduddin Othman (FRI Glami Lemi) En. Adzly Roslan22 Mac 2018
6.National Institutes of Biotechnology MalaysiaProgram Pembangunan Mampan Benih Rumpai Laut bagi Industri Akuakultur di Bawah Dana Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) melalui MOSTIEn. Nik Nazli Effendy Ramli (FRI Langkawi) Pn. Siti Nahdatul Isnaini Said Hussin21 Mac 2018
7.Agensi Nuklear MalaysiaAktiviti Penyelidikan dan Pengkomersilan Hasil Kajian Sektor Perikanan (Teknologi Kejuruteraan Polimer dan Penyalutan, Pemakanan Ikan, Pembenihan Ikan, Kultur Tisu dan Rawatan Air)En. Abd. Razak Abd Rahman & En. Mohammed Suhaimee Abd Manaf (FRI Glami Lemi / FRI Pulau Sayak)  Dr. Chantara Thevy & En. M. Faizal Abd Rahman15 September 2017
8.Zam Aquaculture Sdn. Bhd.Projek Pra-Pengkomersialan Produk SirehMAX® : Rawatan Herba dalam Mengawal Jangkitan BakteriaHjh. Nik Haiha Nik Yusoff (FRI Tanjung Demong) Pn. Zunainaa Abdul MajidFebruari 2017
9.SYA Aquatic & MarketingPembangunan SOP Asuhan dan Ternakan Ikan Ketutu (Oxyeleotris marmorata) dan Kajian Ternakan Produktiviti Tinggi dengan Pendekatan Tuaian Secara Berkala Ikan Jelawat (Leptobarbus hoeveni) dalam kolam dan RASHj. Suhairi Alimon (FRI Glami Lemi) Pn. Nur Syahadah Koh Sze Yin Abdullah25 November 2014
10.Next Pearl (M) Sdn. Bhd.Pembangunan Teknologi Perikanan Set Net dan Membangunkan Hatceri dan Nurseri Akuakultur Bertujuan Membantu dalam Mencapai Penghasilan Ikan di Marine Research Station (MARSAL) Pulau Layang-LayangEn Hadil Rajali (FRI Bintawa) En. Ali Sujang28 Ogos 2014
11.DM Plantation Sdn. Bhd.Pembangunan Kelestarian Pengeluaran Ikan Air Tawar Pelbagai Spesies Secara Komersial Melalui RASDr. Fariduddin Othman (FRI Glami Lemi) Tuan Mat Tuan Ismail8 Julai 2014
12.Organic Aquaculture Sdn. Bhd.Penyelidikan dan Pembangunan Pembenihan dan Asuhan Benih Ikan Merah (Lutjanus sp.)En. Saberi Mawi (FRI Gelang Patah) En. Mohamad Nasir Padzil Muda8 Julai 2014
13.AMK Harmoni Sdn. Bhd.Pembangunan Induk Udang Putih Tempatan untuk Menghasilkan Baka Induk yang Berkualiti TinggiEn. Saberi Mawi (FRI Gelang Patah) Pn. Norshuhaida Saad8 Julai 2014
14.Rentas Saga Sdn. Bhd.Penyelidikan Pembangunan Penambahbaikan Baka dan Bebas Penyakit untuk Udang HarimauEn. Saberi Mawi & Dr. Azhar Hamzah (FRI Gelang Patah / FRI Pulau Sayak)  Tuan Syed Omar Syed Jaafar31 Mac 2014
BilPenerima Lesen TeknologiTeknologi / InovasiPenyelidik (FRI) Wakil SyarikatTarikh Perjanjian Ditandatangani
1.Three Little Fish Sdn. Bhd.Pengkomersialan Break and Protect 2 : Alat Perangkap Anti-LintahDr. Kua Beng Chu (NaFiSH) Pn. Sugania T.P. Vijayan13 Mei 2020
2.AMO Biotech Sdn. Bhd.Pengkomersialan EcoCIM Feed : Formulasi Makanan Ikan Ekonomi dan Mesra AlamEn. Hanan Mohd Yusof (FRI Glami Lemi) En. Patrick Zee Yong Chiang10 Mei 2019
3.Aquatech Bioresources Sdn. Bhd.Pengkomersialan DOFia Red : Strain Tilapia Merah yang DitambahbaikDr. Azhar Hamzah (FRI Pulau Sayak) Pn. Anita Ahmad15 Mac 2019
BilPenerima Lesen TeknologiProjekTempoh Sewaan
1.Pengkalan Tiram Aquaculture Sdn. Bhd.Pembenihan dan pembiakan tiram di hatceri FRI Pulau Sayak, Kedah1 April 2021 – 31 Mac 2024
2.AB&N Aquaculture Sdn. Bhd.Pembenihan pelbagai spesis ikan marin secara komersial menggunakan kaedah kanvas dan hapa dalam kolam di FRI Gelang Patah, Johor1 November 2019 – 31 Oktober 2022

Services