PERMATA merupakan nilai budaya korporat Jabatan Perikanan Malaysia yang baharu. Ianya adalah kata nama dan ditasirkan secara literal bermaksud sejenis batu yang berharga atau material yang mempunyai tahap kecantikan / kecemerlangan yang tinggi dan juga bermaksud benda atau orang yang mempunyai nilai terbaik.
Nilai ini akan dijadikan panduan kepada semua warga jabatan bagi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih baik dari pencapaian sedia ada. Ianya juga dijadikan penanda aras tahap kecemerlangan perkhidmatan warga jabatan sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2025.
Jabatan Perikanan Malaysia dengan rasminya telah melancarkan Budaya Korporat PERMATA pada 29 Julai 2019 di KPSN, Perak. Perkataan PERMATA adalah singkatan atau akronim daripada beberapa ciri kecemerlangan tingkah laku yang digabungkan dan diambil dari huruf pertama terdiri dari perkataan berikut :-
P – Professional
E – Eficient
R – Responsive
M – Mesra (Friendly)
A – Amanah (Trust)
T – Transparent
A – Accountability
Nilai kecemerlangan dan budaya korporat PERMATA yang telah diterapkan oleh Jabatan sebagai nilai korporat baharu Jabatan Perikanan Malaysia diterjemahkan seperti berikut:-
Sentiasa cekap dalam menyampaikan dan melaksanakan perkhidmatan atau sistem penyampaian kepada kumpulan sasar.
Sentiasa cekap dalam menyampaikan dan melaksanakan perkhidmatan atau sistem penyampaian kepada kumpulan sasar.
Sentiasa bertindak segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang bersifat membantu terhadap sesuatu usaha. Nilai ini sangat penting bagi memenuhi kehendak kumpulan sasar. Sikap melengahkan sesuatu tindakan atau lambat memberi tindakbalas terhadap sesuatu urusan akan menjejaskan reputasi Jabatan, menghakis kepercayaan awam dan mengakibatkan Jabatan dipandang rendah serta di label sebagai tidak memberi keutamaan dalam melaksanakan fungsinya.
Memberikan perkhidmatan dengan mesra dengan menampilkan sifat mudah dibawa berbincang, melayan pelanggan dengan sopan santun, mudah didekati dan sentiasa mengambil tahu isu dan masalah yang dihadapi golongan sasar serta membantu memberi penyelesaian terbaik terhadap sesuatu permasalahan.
Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Menepati Petunjuk Pencapaian Prestasi, menepati masa, pemahaman jelas berkaitan tugas, mematuhi prosedur kerja dan melaksanakan tugas tanpa sesuatu kepentingan peribadi.
Mempunyai sikap telus iaitu mudah difahami, tiada hal yang disembunyikan atau disangsikan dan menepati peraturan-peraturan, pekeliling sedia ada yang ditetapkan. Nilai Telus ini sangat diperlukan oleh pelanggan sama ada kumpulan sasar dan juga industri yang berkepentingan bagi memperolehi kepercayaan atau keyakinan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
Bertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan atau tindakan serta bersedia memberi penjelasan atau kewajaran tindakan yang diperlukan. Jabatan memastikan nilai ini dipenuhi. Sifat moral akauntabiliti perlu dijadikan nilai yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan prestasi dan mengelakkan warga jabatan tidak melaksanakan tugas dan tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.