Select Page

SPeKS (Equipment Aid/Livestock Input)

Home » Services » Aquaculture » SPeKS (Equipment Aid/Livestock Input)

Dasar Agromakanan Negara 2.0 akan memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan industri agro-makanan di sepanjang rantaian nilai supaya industri ini menjadi lebih produktif, berdaya saing dan berintensifkan pengetahuan.

Selaras dengan dasar ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah menetapkan sasaran bagi meningkatkan pengeluaran hasil perikanan dengan matlamat khusus untuk menjamin bekalan makanan negara mencukupi dan selamat.

Sektor akuakultur dikenalpasti sebagai bidang utama yang boleh meningkatkan pengeluaran ikan negara bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Jabatan berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan sebagai galakan kepada semua pengusaha akuakultur sedia ada di samping menarik pelabur-pelabur baru dikalangan sektor swasta dan usahawan.  Penglibatan pelabur-pelabur baru dijangka memberi impak yang besar   di dalam penggunaan teknologi baru, pengeluaran ikan, dan meluaskan ruang pasaran.

Pengusaha sedia ada boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran dan kemahiran keusahawanan melalui khidmat sokongan ini. Program yang dirancang di bawah Garis Panduan ini akan dapat disalur dan dilaksanakan kepada kumpulan sasar seperti pengusaha kecil, sederhana dan komersial.

Sistem Penyampaian ini merangkumi semua program perkhidmatan Jabatan dalam bidang akuakultur.  Bantuan ini merangkumi aspek  perkhidmatan, sistem, infrastruktur, teknologi, input dan peralatan.

Program Di Bawah Khidmat Sokongan Akuakultur:

  1. Khidmat nasihat
  2. Latihan sangkut
  3. Lawatan sambil belajar
  4. Kursus, seminar dan bengkel
  5. Penerangan dan promosi

Semua program-program ini adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan yang akan diluluskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur melebihi 18 tahun.
  3. Pengusaha individu atau berkelompok atau syarikat yang berminat.
  4. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang akuakultur.
  5. Keutamaan diberikan kepada pengusaha yang telah mengusahakan sekurang-kurangnya satu pusingan ternakan dan mempunyai hasil bagi program:
    • Program Penstrukturan Semula dan Pembangunan Komuniti Akuakultur.
    • Pembangunan Usahawan Siswazah (Akuakultur).
  6. Syarikat berdaftar di Malaysia dan pegangan majoriti saham 51 % dimiliki atau usaha sama (Joint Venture) oleh rakyat Malaysia.
  7. Pemohon digalakkan menyertai program Amalan Akuakultur Baik Jabatan Perikanan Malaysia iaitu MyGAP
  8. Pemohon bebas dari tindakan muflis daripada mana-mana mahkamah bagi program berikut:
    • Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) – Zon Industri Akuakultur (ZIA).
    • Inkubator
    • Projek Khas

Services

Logo Official Portal DOF