- Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara yang diiktiraf;
- Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
- Latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
- Tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT;
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan
- Diperakukan oleh Ketua Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing.
- Pemohonan ini adalah bagi pelajar yang ingin mengikuti latihan industri di Jabatan Perikanan Malaysia termasuk Pusat Pengembangan Akuakultur, Pusat Pengembangan Perikanan, Pusat Taman Laut dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI).
- Permohonan hanya akan diproses dua (2) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri bermula.
- Dokumen-dokumen seperti berikut adalah diperlukan bagi memudahkan pihak DOF untuk membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar:- Borang Permohonan Mengikuti Latihan Industri (Borang PLKK.LI/KP.1/2020). Borang boleh didapati di bawah;
- Surat Permohonan Menjalani Latihan Industri daripada IPT;
- Resume pelajar berserta dengan gambar pasport terkini; dan
- Salinan Transkrip (rekod akademik pelajar)
 
- Pihak IPT hendaklah mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap melalui pos sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum pelajar mula menjalani latihan industri ke alamat seperti berikut:
Pengarah 
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
 Jabatan Perikanan Malaysia,
 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
 Aras 4, Podium 2, Blok 4G2, 
No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62628 PUTRAJAYA.
 Tel: 03-8870 4601
 Faks: 03-8889 1052
 Emel: zarulmuzamil@dof.gov.my
- Pihak DOF tidak akan melayan sebarang permohonan yang tidak lengkap.
- Sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan pertanyaan dan permohonan sila hubungi di talian 03-8870 4636.
- Tarikh akhir bagi penghantaran permohonan pelajar latihan industri adalah seperti jadual berikut:
Maklumat Tambahan
- Jabatan Perikanan Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar yang diterima untuk menjalani latihan industri.
- Jabatan Perikanan Malaysia juga tidak menyediakan elaun latihan kepada pelajar latihan industri disebabkan kekangan peruntukan yang terhad.
 





