Pilih satu Halaman

SISTEM E-PERMIT : Kemaskini Syarat Import Komoditi Perikanan dan Penyusunan Semula Komoditi dan Spesies

Utama » Pengumuman » SISTEM E-PERMIT : Kemaskini Syarat Import Komoditi Perikanan dan Penyusunan Semula Komoditi dan Spesies

29 Disember 2023

Dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengemaskini syarat import terkini untuk dimuatnaik di dalam sistem e-Permit. Terdapat lima belas (15) syarat import terkini yang telah disusun, ditambahbaik dan diselaraskan dengan berpandukan Akta Perikanan 1985, Peraturan – peraturan di dalamnya, Arahan Tetap Ketua Pengarah Perikanan dan analisis risiko penyakit. Selain itu, sebanyak 2612 spesies telah disusun semula mengikut komoditi yang bersesuaian di dalam sistem e-Permit dengan kerjasama pihak DagangNet.

Pelaksanaan syarat import ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2024.

Segala perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.