Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jabatan Perikanan Malaysia sedang menjalankan Kajian Kesanggupan Untuk Membayar atau Willingness to Pay (WTP) yang boleh anda isi melalui pautan berikut: KAJIAN KESANGGUPAN UNTUK MEMBAYAR (WILLINGNESS TO PAY – WTP)
Kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan bagi spesies terancam, iaitu:
- Dugong di Johor; dan
- Ikan lumba-lumba di Pulau Pinang.
Segala maklumat peribadi yang dikongsi akan dijaga kerahsiaannya.
Pengertian:
- Pemeliharaan: Mengekalkan keadaan asal habitat flora dan fauna agar terhindar daripada kepupusan.
- Pemuliharaan: Mengembalikan habitat flora dan fauna kepada keadaan semula jadi supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.