Definisi Keseronokan Bekerja
Keseronokan bekerja adalah apabila kita merasa seronok dan bahagia melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Mari wujudkan suasana kerja yang positif bersama!
𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰- 𝟮𝟬𝟯𝟬
Pembudayaan Keseronokan Bekerja dinyatakan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 – 2030 di bawah Bidang Keberhasilan Reformasi 3 melalui Strategi Keberhasilan Reformasi 4 (SKR 4);
Bertujuan untuk memastikan perkhidmatan awam yang produktif dan berprestasi tinggi; dan
Pelaksanaan Pembudayaan Keseronokan Bekerja akan mewujudkan Pegawai Awam yang bahagia, produktif dan sejahtera. Organisasi yang membudayakan keseronokan bekerja akan menjadi sebuah organisasi yang kondusif, sejahtera dan berprestasi tinggi.