Pilih satu Halaman

Bahagian Perikanan Tangkapan & Pelesenan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Perikanan Tangkapan & Pelesenan

Bahagian Perikanan Tangkapan & Pelesenan

Wisma Tani, Aras 1,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4435

03-8889 1233

Cawangan Pembangunan Laut Dalam

Dasar dan Polisi

  1. Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan / pindaan berkaitan pelesenan vesel penangkapan ikan laut dalam.
  2. Penyediaan Kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur Pelesenan laut dalam.

Pengurusan Pelesenan, Rayuan dan Permit

  1. Menilai, melaksana dan memantau pelesenan vesel laut dalam melalui sistem e-Lesen, pemeriksaan khas fizikal vesel dan program pemutihan ke atas vesel laut dalam berdasarkan keperluan domestik dan antarabangsa.
  2. Mengumpul, menilai dan menyelaras maklumat pengurusan, kawalan dan profil serta data industri pelesenan perikanan laut dalam.
  3. Mencadang, menilai dan melaksana permohonan permit dan lesen vesel serta peralatan menangkap ikan dan rayuan termasuk vesel Menunggu Peranti Pengumpul Ikan (MPPI).

Pematuhan, Rayuan, Naziran

  1. Menyelaras, menilai dan menyedia maklumat dan maklumbalas atau laporan kepatuhan, rayuan.

Pembangunan dan Konsultansi

  1. Merancang ,menyelaras, melaksana dan memantau program/projek berkaitan  pembangunan pemodenan vesel penangkapan ikan.
  2. Mencadang, menilai dan melaksanakan dasar dan pembangunan modal insan.
  3. Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan Industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan laut dalam.

Cawangan Pelesenan

Dasar dan Polisi

  1. Mencadang, membangun, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur, syarat dan peraturan  baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan perikanan pantai, nelayan, kerang-kerangan.
  2. Penyediaan Kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur Pelesenan laut pantai.

Pengurusan Pelesenan, Rayuan Permit dan Pensijilan

  1. Menyelaras dan memantau data pelesenan perikanan tangkapan.
  2. Membangun, melaksana, menilai dan memantau pelesenan perikanan pantai (aktiviti pelesenan dan sistem e-Lesen, Rekod Pendaftaran Vesel Penangkapan Ikan (MFVR, electronic Catch Documentation Traceability Scheme eCDT ).
  3. Menyelaras dan membangun prosedur pensijilan Perikanan Tangkapan bagi tujuan eksport.
  4. Menyelaras Program Pemodenan Vesel Zon A dan Zon B.
  5. Pelaksanaan sistem eACDS.

Pembangunan dan Konsultansi

  1. Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau berkaitan pembangunan perikanan pantai, pemeriksaan fizikal, permohonan lesen baru, naziran, pemutihan, konsultasi, pemeriksaan  khas vesel, kelulusan pengecualian khas dan rayuan.
  2. Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan pantai.
  3. Menyelaras, menilai dan menyedia maklumat dan maklumbalas atau laporan kepatuhan berkaitan perikanan laut pantai di peringkat jabatan, kementerian, agensi dan antarabangsa.

Cawangan Pembangunan Tuna

Dasar dan Polisi

  1. Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar prosedur dan peraturan baru dan sedia ada serta semakan/pindaan berkaitan mengenai pelesenan tuna termasuk pematuhan kepada resolusi IOTC yang berkuat kuasa dan undang-undang antarabangsa dan domestik.
  2. Penyediaan Kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur Pelesenan Tuna.

Pematuhan, Pengurusan Pelesenan, Permit

  1. Merancang, melaksana dan memantau penangkapan dan pendaratan tuna serta Port State Measures (PSM) dan menyediakan pelaporan pematuhan dan data tangkapan IOTC.
  2. Mengurus permohonan permit baru vesel penangkapan dan peralatan penangkapan Ikan tuna.
  3. Melaksana, menilai dan memantau aktiviti pelesenan tuna dan pengeluaran Authorization to Fish (ATF) di perairan antarabangsa (Lautan Hindi).
  4. Pematuhan dan pelaksanaan Resolusi IOTC oleh vesel-vesel yang beroperasi di Laut lepas (IOTC).

Pembangunan dan Konsultansi

  1. Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau program/projek berkaitan pembangunan perikanan tuna dan rantaian Industri Tuna.
  2. Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi (MPI) Tuna bersama pihak berkepentingan berkaitan Industri Tuna.
  3. Melaksanakan hebahan potensi perikanan tuna sebagai sumber kekayaan baharu.
  4. Menyelaras pembangunan industri tuna berdasarkan kepada Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021 – 2030.

Cawangan Pemuliharaan Sumber & Rekreasi

Dasar dan Polisi

  1. Merancang, membangun, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan  baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan perikanan rekreasi.
  2. Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau berkaitan pembangunan perikanan rekreasi.
  3. Menggubal, mewarta dan melaksana Peraturan-Peraturan Perikanan berkaitan perikanan rekreasi kelautan.
  4. Penyediaan kertas teknikal dan arahan-arahan pentadbiran berkaitan dasar dan prosedur perikanan rekreasi kelautan.

Pengurusan Pelesenan dan Pendaftaran

  1. Membangun, melaksana, menilai dan memantau pendaftaran / pelesenan bagi aktiviti perikanan rekreasi kelautan.
  2. Menyelaras dan memantau penggunaan Sistem e-Rekreasi.
  3. Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri / konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan rekreasi.
  4. Menyelaras, menilai, menyedia maklumat dan maklumbalas / laporan kepatuhan berkaitan perikanan rekreasi kelautan di peringkat jabatan, kementerian, agensi dan antarabangsa.

Pembangunan dan Konsultansi

  1. Melaksanakan program promosi, hebahan, publisiti dan libat urus bersama pihak berkepentingan.
Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan