Pilih satu Halaman

Bahagian Perancangan & Pembangunan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Perancangan & Pembangunan

Bahagian Perancangan & Pembangunan

Wisma Tani, Aras 2,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4215

03-8889 1195

Cawangan Perancangan

  1. Merancang dan merumus dasar serta strategi pembangunan sektor perikanan negara.
  2. Memantau dan menilai pelaksanaan dasar serta strategi pembangunan sektor perikanan negara supaya ianya selaras dengan dasar-dasar semasa kerajaan.
  3. Menyediakan analisis prestasi dan pencapaian sektor perikanan.
  4. Memantau dan menilai prestasi pelaksanaan pelan BOT dan program mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan penternak dan nelayan.
  5. Menyelaras ke atas semua perkara yang berkaitan dengan urusan Parlimen.
  6. Merancang, merumus dan melaksanakan program kajian tekno/bio/sosioekonomi.
  7. Menjadi urus setia kepada mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan termasuk mesyuarat bersama dengan Jabatan/Agensi lain serta persidangan tahunan untuk pegawai-pegawai Jabatan.
  8. Menyediakan maklum balas/input/nota mesyuarat-mesyuarat Jemaah Menteri, Pasca Kabinet, Pengurusan MAFI, Ketua Jabatan dan lain-lain.

Cawangan Pembangunan

  1. Merancang dan menyelaras penyediaan serta perumusan projek-projek pembangunan rancangan lima (5) tahun Jabatan.
  2. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan supaya ianya selaras dengan misi, visi dan objektif Jabatan.
  3. Menyelaras dan menyediakan belanjawan tahunan bagi projek-projek pembangunan Jabatan.
  4. Menjalankan program penilaian impak ke atas projek-projek pembangunan Jabatan yang telah dilaksanakan.
  5. Menyelaras proses pengambilan dan pemilikan serta mengawal penggunaan tanah-tanah hak milik Jabatan.
  6. Menyelaras pertanyaan Audit.
  7. Menjadi urus setia Mesyuarat JK Tindakan Pembangunan Jabatan (JTPJP), Mesyuarat Peg. Pembangunan dan Pemantauan Tanah Jabatan (MPPEM).
  8. Menyediakan maklum balas/input bagi Mesyuarat JK Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK), JK Underutilised, JKPO dan lain-lain.

Cawangan Antarabangsa

  1. Merancang dan menyelaras program kerjasama antarabangsa supaya kepentingan negara terpelihara.
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan konvensyen/perjanjian antarabangsa serta projek-projek di bawah kerangka kerjasama antarabangsa seperti ASEAN, SEAFDEC, FAO/UNDP, NACA, OIC, dan lain-lain.
  3. Urus setia kepada semua mesyuarat, persidangan dan seminar antarabangsa yang dianjurkan oleh jabatan.
  4. Menyelaras dan membuat penilaian ke atas permohonan insentif untuk sektor perikanan.

Cawangan Pengutipan Data Perikanan

  1. Merancang, merekabentuk dan membangun program pengutipan data perikanan.
  2. Melaksanakan dan menyelia program pengutipan data tangkapan ikan marin, akuakultur, lepas tuai dan dagangan perikanan.
  3. Menyimpan, memproses dan menganalisis data perikanan.
  4. Menyediakan buku laporan perangkaan perikanan tahunan.
  5. Menasihat pihak pengurusan Jabatan mengenai perubahan arah aliran data perikanan
  6. Menyediakan laporan tahunan perikanan kepada badan antarabangsa yang berkenaan.
  7. Membekalkan maklumat perikanan kepada industri.

Cawangan Transformasi Ekonomi Perikanan

  1. Mengurus permohonan syarikat untuk menyertai program NKEA, menyelaras tindakan dan rangka kerja, memantau serta melapor kemajuan pelaksanaan projek-projek dalam program NKEA pertanian akuakultur.
  2. Urus setia utama mesyuarat berkaitan NKEA iaitu JTPKP NKEA pertanian-akuakultur, JK3P, JK2P dan JK1P.
  3. Menyelaras segala hal berkaitan Program NKEA Jabatan Perikanan termasuk bagi keperluan Mesyuarat DMO, MAFI/JKP, MAFI/PEMANDU dan SC, MAFI.
Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan