Pilih satu Halaman

Bahagian Penyelidikan Perikanan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Penyelidikan Perikanan

Bahagian Penyelidikan Perikanan

11960 Batu Maung,
Pulau Pinang
Web: http://fri.dof.gov.my

04-626 3925 / 3926

04-626 2210

Institut Penyelidikan Perikanan

Merancang, melaksana, memantau, mengurus dan menilai program R & D & C bagi 13 program utama di 13 Institut/Pusat Latihan di bawah Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI) melalui penyediaan maklumat saintifik berteraskan penyelidikan yang berkaliber.

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Batu Maung)

  1. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program R & D & C bagi 13 program utama di 13 Institut/Bahagian di bawah Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI) melalui penyediaan data & maklumat saintifik berteraskan penyelidikan  beranalitik dan bereputasi bagi pengurusan Perikanan Malaysia
  2. Mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau bajet FRI
  3. Mengurus personel, kewangan, asset,  akaun dan  pentadbiran FRI

Institut Penyelidikan Perikanan (Pentaksiran Impak)

  1. Kajian pencemaran (nutrien, kimia toksik, pepejal terampai, biologi, mikro plastik) di perskitaran  akuatik dan perairan perikanan
  2. Kajian alga berbahaya (HAB) dan kajian biotoksin
  3. Kajian DNA dan eDNA (Environmental DNA)  bagi  sampel  perikanan dan penilaian kesan alam sekitar (perikanan)
  4. Penilaian kesesuaian perairan untuk ternakan
  5. Penyelidikan dan pembangunan  dan penilaian sosioekonomi golongan sasar
  6. Kajian  Isu-isu keselamatan makanan

Institut Penyelidikan Perikanan (Unit Inovasi, Promosi & Pengkomersialan)

  1. Pengurusan  pendaftaran harta  intelek penyelidikan  FRI
  2. Pengurusan kerjasama dan  kolaborasi penyelidikan (MoU, MoA,  Agreed  minute, dan lain-lain)
  3. Pengurusan  khidmat  pengkomersialan
  4. Penganjuran  seminar, persidangan, inovasi,  promosi dan hebahan maklumat
  5. Penerbitan jurnal, bulletin, kertas  maklumat

Institut Penyelidikan Perikanan (Pusat Penyelidikan Taman Laut Negara)

  1. Menjalankan penyelidikan  biodiversiti marin di kawasan Taman Laut
  2. Menyediakan khidmat nasihat & kepakaran mengenai ekosistem Taman Laut
  3. Mempromosikan hasil penyelidikan di kawasan Taman Laut, melalui pembangunan galeri dan pelancongan ilmu yang interaktif
  4. Menjalankan kolaborasi & kerjasama pintar dengan agensi penyelidikan & badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat kebangsaan dan serantau2
  5. Menjalankan kajian ke atas habitat karang di Malaysia yang berada di luar kawasan Taman Laut
  6. Menjadi pusat rujukan inventori sumber Taman Laut Malaysia

Institut Penyelidikan Perikanan (Akuarium Tunku Abdul Rahman)

  1. Kajian propagasi karang
  2. Kajian pembiakbakaan kuda laut dan ikan badut (clownfish)
  3. Menjalankan aktiviti pembiakan hidupan marin dan ikan hiasan air tawar untuk tujuan pameran
  4. Menyediakan khidmat nasihat dan teknikal berkaitan penyelidikan dan pengurusan operasi akuarium
  5. Menganggotai pelbagai jawatankuasa peringkat jabatan/nasional/antarabangsa yang berkaitan
  6. Merancang, mengurus dan melaksanakan operasi akuarium
  7. Pengurusan operasi dan data pelawat / pengunjung akuarium
  8. Memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya mengekalkan kelestarian sumber akuatik

Institut Penyelidikan Perikanan (Pusat Penyelidikan Kesihatan Ikan Kebangsaan)

  1. Penyelidikan  kesihatan ikan kajian epizootiologi, pembanguan vaksin/kit diagnostik dan pengawalan penyakit,  rawatan alternatif (berasaskan herba-herba , berkos efektif dan praktikal serta mesra alam)
  2. Memberi khidmat nasihat kepakaran dan pengetahuan teknikal kepada pihak yang berkaitan dan kumpulan sasar
  3. Penyelidikan bagi input  ‘trans-boundary’ patogen melalui kemasukan spesis-spesis ikan baru  (ex. KHV pada ikan koi)
  4. Kajian  Kemunculan penyakit yang tidak dijangka/baru (emerging/re-emerging) misalnya EMS/AHPND
  5. Focal point’ dan pelaporan status penyakit  haiwan akuatik semasa  bagi  laporan QAAD kepada  NACA dan OIE

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Glami Lemi)

  1. Penyelidikan akuakultur air tawar  bagi spesies komoditi dan spesies baharu yang berpotensi
  2. Penyelidikan  makanan rumusan dan makanan hidup
  3. Penyelidikan bagi pembangunan ikan  hiasan dan tumbuhan  akuatik untuk spesies terpilih
  4. Penyelidikan bagi pembangunan dan pengkayaan sumber perikanan darat dan ekosistem air tawar secara mapan
  5. Pemindahan teknologi, khidmat nasihat teknikal dan kepakaran dalam bidang akuakultur air tawar, perikanan darat, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik 

Institut Penyelidikan Perikanan  (FRI KG Acheh, Perak)

  1. Penyelidikan bagi  penghasilan data  saintifik sumber perikanan marin (pelagic dan demersal)
  2. Penyelidikan pelbagai bidang dalam perikanan tangkapan (taksiran sumber, biologi dan  pelbagai spesies  komersial, pengkayaan sumber dan  teknologi tangkapan)
  3. Menjalankan kajian keseluruhan perairan negara (laut pantai, laut dalam) dan perairan antarabangsa)
  4. Menjalankan kajian perintis kaedah-kaedah pengurusan sumber (refugia perikanan)
  5. Mengkaji  keberkesanan langkah-langkah pengurusan  sumber (ex.FMP,  saiz mata keroncong minimum 38 mm,   lampu berintensiti tinggi, dan pembanguan peralatan  mesra alam, penyelidikan  ketirisan  ikan Negara, IUU)
  6. Memberi input saintifik  & perkhidmatan kepakaran dalam pelbagai bidang perikanan tangkapan

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Pulau Sayak, Kedah)

  1. Penyelidikan & pembangunan induk udang laut (udang putih dan udang harimau) bagi pembiakbakaan pemilihan
  2. Penyelidikan & pembangunan induk udang galah  bagi  pembiakbakaan dan peghasilan induk neofemale
  3. Penyelidikan &  pembangunan makanan semulajadi & makanan rumusan untuk induk dan benih krustasea
  4. Penyelidikan & pembangunan  teknologi pembenihan moluska
  5. Kerjasama Penyelidikan bersama World Fish (WF), Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Jitra
  6. Menganggotai jawatankuasa teknikal kajian bersama  program kajian gamat inkubator dan pengkomersilan
  7. Menyedia maklumat saintifik penyelidikan dalam seminar, persidangan,  jurnal dan lain-lain penerbitan

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Gelang Patah)

  1. Penyelidikan dan pembangunan  teknologi akuakultur air payau (ternakan dan asuhan)
  2. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) baka induk udang laut (BMC)
  3. Menjalankan  kajian  penghasilan  baka dan induk ikan  marin (kerapu, siakap dan lain-lain)
  4. Menjalankan  kajian ternakan  kerang  dan siput sudu
  5. Menjalankan pemindahan teknologi ternakan udang dan ikan air payau serta asuhan benih ikan melalui khidmat nasihat
  6. Memberi  khidmat kepakaran & nasihat teknikal, diagnosa  penyakit ikan/udang laut dan kajian kesesuaian tapak

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Bintawa, Sarawak)

  1. Penyelidikan, pembangunaan & pengurusan sumber Perikanan Marin di Sarawak, Sabah dan WP Labuan
  2. Penyelidikan dalam bidang utama Kepulauan Oseanik dan Ekosistem berkaitan  kima, tukun tiruan dan karang
  3. Merancang dan Pengurusan Stesen Penyelidikan Marin Pulau Layang Layang Malaysia dan Taman Laut WP Labuan
  4. Penyelidikan dan membangunkan teknologi pembangunan baka induk, pembenihan dan system ternakan udang galah
  5. Kajian pengawalan kesihatan ikan/udang
  6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran di dalam bidang teknikal akuakultur dan pengurusan perikanan tangkapan

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI TG Demong Terengganu)

  1. Penyelidikan &  pembangunan  baka  dan induk ikan marin (kerapu,  siakap, jenahak  dan lain-lain spesies marin)
  2. Penyelidikan  teknologi berkepadatan tinggi sistem  pengeluaran ikan  (RAS)
  3. Penyelidikan penghasilan makanan hidup higenik dan berkepadatan tinggi
  4. Kajian penggunaan rawatan alternatif  pengurusan kesihatan ikan’ dan pemilihan tapak dan isu-isu  akuakultur marin
  5. Focal  point  pemindahan teknologi akuakultur ikan marin  syarikat-syarikat swasta , IPTA dan IPTS  dan program penyelidikan kolaborasi mengenai akuakultur ikan marin

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Rantau Abang, Terengganu)

  1. Kajian pemuliharaan penyu
  2. Kajian pemuliharaan species mamalia marin (dugong, paus,  dan lain-lain)
  3. Melaksana kerja-kerja menyelamat species penyu dan mamalia marin dan Pakar Rujuk CITES
  4. National Focal Point for Dugong CMS MoU,  National Technical Coordinator untuk Projek GEF 5 Conservation on Dugong and Seagrass
  5. Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Kebangsaan Pengurusan dan Pemuliharaan Dugong, Penyu dan CITES

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI Langkawi, Kedah)

  1. Menjalankan  penyelidikan &  pembangunan induk dan  pembiakbakaan gamat
  2. Menjalankan  penyelidikan & pembangunan baka rumpai laut dan pengkulturan kultur tisu rumpai laut
  3. Menganggotai jawatankuasa teknikal program kajian gamat
  4. Menyelia program pembenihan dan pengkomersilan gamat dan rumpai laut yang dihasilkan melalui R&D
Carta Organisasi FRI
Klik untuk lihat paparan lebih jelas

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan