Pilih satu Halaman

Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi

Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi

Wisma Tani, Aras 3, Podium 1,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4413

03-8870 4551

Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi

  1. Penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan kepada nelayan, pengusaha dan industri perikanan.
  2. Pembangunan industri makanan dan inovasi produk perikanan.
  3. Pembangunan komuniti perikanan melalui aktiviti pengurusan sumber dan kegiatan ekonomi setempat.
  4. Pemindahan teknologi moden kepada kumpulan sasar seperti nelayan, pengusaha dan industri perikanan.
  5. Perkhidmatan Pengembangan Perikanan.
  6. Pengukuhan kemahiran nelayan, pengusaha dan industri perikanan.
  7. Penyebaran informasi dan promosi industri perikanan.

Cawangan Pengembangan & Komuniti Perikanan

  1. Menyelia dan menyelaras Sistem Perkhidmatan dan Khidmat Sokongan pengembangan perikanan.
  2. Menyelia dan menyelaras program sokongan perkhidmatan pengambangan jabatan melalui pendekatan komuniti perikanan (myKP) dan individu (KJP) bersama kumpulan sasar, penternak dan pengusaha perikanan.
  3. Menyelia dan menyelaras program Ketua Jaringan Perikanan (KJP) sebagai individu perantara dalam membantu sistem perkhidmatan penyampaian jabatan.
  4. Menyelia,menyelaras, merancang dan menilai program khidmat pengembangan perikanan yang dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah kepada komuniti perikanan.
  5. Menyelia, menyelaras dan melaksanakan metodologi iPP (Integrasi Pengembangan Perikanan) kepada kakitangan pengembangan.
  6. Menyelia dan melaksanakan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) kepada Nelayan Darat.
  7. Merancang, menyelia dan menyelaras Program Transformasi kumpulan sasar melalui konvensyen, seminar, bengkel, majlis interaksi, kempen kesedaran, dan demonstrasi teknikal.
  8. Menyelia dan melaksanakan Program Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND).

Cawangan Promosi & Informasi

  1. Menyelia, menyelaras dan melaksanakan program pameran dan promosi Jabatan menggunakan aplikasi teknologi terkini.
  2. Merancang dan menyelia perolehan, pencetakan dan penerbitan bahan serta informasi Jabatan.
  3. Menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan Jurugambar, Juruvideo dan Audio Visual bagi program dan aktiviti Jabatan Perikanan.
  4. Menyelia dan menyelaras sebaran informasi teknikal dan bukan teknikal perikanan kepada kakitangan, kumpulan sasar, orang awam dan pihak berkepentingan.

Cawangan Inovasi & Pembangunan Usahawan

  1. Menyelia dan menyelaras aktiviti pemindahan teknologi dan inovasi perikanan.
  2. Menyelaras dan melaksana program pembangunan myAgropreneur Perikanan (myAP).
  3. Menyelaras program pengukuhan kemahiran teknikal dalam & luar negara.
  4. Menyelaras aktiviti pemantapan Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan & Pusat Inkubator Jabatan Perikanan.
  5. Menyelia dan melaksana Program Demonstrasi In situ dan Program Pendedahan Industri.
  6. Melaksanakan program bengkel dan seminar pemindahan teknologi.
  7. Memberi khidmat nasihat dan teknikal teknologi baharu kepada kumpulan sasar.
  8. Menjalankan program percubaan dan penyesuaian teknologi & inovasi.
  9. Menyelaras program pembangunan usahawan di bawah MAFI seperti Program Agropreneur Muda, Agropelancongan, Geran Pemadanan Industri Makanan bagi Program CUP dan HIP serta Rezeki Tani.
Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan