Cawangan Pengurusan Akuakultur
- Merancang, menyelaras, mengesan dan menilai dasar dan halatuju Peraturan Akuakultur, Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat), Sistem Kultur Laut dan Peraturan Kerang.
- Memantau perlaksanaan Peraturan Perikanan Darat dan Peraturan Akuakultur.
- Merancang, menyelaras, mengesan dan menilai perlaksanaan program akreditasi pengeluaran nilai akuakultur selaras dengan piawai antarabangsa.
- Merancang dan melaksana program galakan penyertaan swasta dalam industri akuakultur secara komersil dan besar-besaran.
- Menyelaras dan memantau kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi pembangunan sektor akuakultur secara mampan.
- Menyediakan khidmat perundingan dan kepakaran, pemilihan tapak dan kesesuaian sumber air
- Menyelaras lawatan, pemantauan dan pelaksanaan projek-projek NKEA yang diluluskan.
Cawangan Akuakultur Marin
- Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan industri akuakultur marin/payau, udang laut, moluska, kerang-kerangan dan rumpai laut.
- Merancang, menyelaras dan memantau peningkatan pengeluaran, produktiviti serta kualiti hasil ikan marin/payau spesies komersil.
- Merancang dan menyelaras dan menyelaras program pemindahan teknologi ternakan dan peralatan akuakultur marin/payau yang sesuai untuk dipromosikan kepada pengusaha industri akuakultur.
- Menyedia dan menyelaras perkhidmatan sokongan teknikal kepada pengusaha-pengusaha industri akuakultur marin/payau.
- Merancang, memantau dan menilai program pengeluaran baka dan benih ikan yang berkualiti dari Pusat-pusat Akuakultur Marin.
- Mewujud dan mengadakan kerjasama dengan agensi lain (nasional & serantau) yang berkaitan dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan industri akuakultur marin/payau secara mampan.
Cawangan Akuakultur Air Tawar
- Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan industri akuakultur ikan air tawar, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik.
- Mengesan dan menilai keberkesanan program pembangunan industri akuakultur ikan air tawar, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik.
- Merancang, menyelaras dan memantau peningkatan pengeluaran, produktiviti serta kualiti hasil ikan air tawar.
- Menyedia dan menyelaras perkhidmatan sokongan teknikal kepada pengusaha-pengusaha industri akuakultur air tawar.
- Merancang dan mewujudkan rangkaian pengeluaran ikan dan benih ikan bagi menampung permintaan serta keperluan industri akuakultur secara mampan.
- Merancang, memantau dan menilai program pengeluaran baka dan benih ikan yang berkualiti dari Pusat-pusat Pengembangan Akuakultur.
- Meningkatkan pengeluaran ikan hiasan melalui galakan pengwujudan ladang ternakan bersaiz sederhana dan komersial secara teratur melalui pemindahan teknologi dan pasaran sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
