Jualan Ikan Segar Gred Premium Harga Ladang dan Promosi Produk Perikanan di #myDOF Valley/Laman Perikanan, MAEPS, MARDI, Serdang. Lebih 1.5 tan ikan segar air tawar dan laut berjaya dijual dengan kehadiran pengunjung serta media yang menggalakkan. #myDOF Valley/Laman Perikanan juga akan dibuka dari 8:30 am hingga 4:30 pm hari ini dan esok untuk bersedia terima kunjungan pelawat di bawah pakej Agrotourism Cuti Sekolah anjuran MAEPS. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani juga mengumumkan jualan seperti ini akan diadakan pada minggu pertama setiap bulan di #myDOF Valley/Laman Perikanan MAEPS. Nasi lemak udang galah sepit biru, ikan bakar garam snowfish, tuna floss dan pelbagai produk perikanan lain juga dipromosi sebagai nilai tambah dalam industri perikanan juga industri kulinari