|
FUNGSI BAHAGIAN
- Merancang dan menyelaras dasar strategik dan pembangunan polisi bagi sektoral dan korporat jabatan;
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program/projek pembangunan dan projek khas jabatan;
- Menyelaras, memantau dan menyemak kutipan data perikanan dan pelaporan data; dan
- Menyelaras urusan, perhubungan dan polisi perikanan di peringkat antarabangsa.
Cawangan Perancangan
- Merancang, mengurus, menggubal, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan dasar, perundangan, hala tuju strategik, pelan dan garis panduan sektoral Jabatan bagi pembangunan dan pengurusan industri perikanan negara selaras dengan dasar-dasar kerajaan semasa dan obligasi antarabangsa.
- Menyelaras perkara berkaitan projek-projek pembangunan dan penyelidikan yang berisiko menjejaskan sumber dan habitat perikanan.
- Merancang, menggubal, mengkaji dan menggerakkan mekanisme dasar korporat Jabatan termasuk hubungan strategik, urusan Jemaah Menteri, Parlimen, pengurusan tertinggi Jabatan dan Kementerian, keurusetiaan.
Cawangan Pembangunan
- Merancang dan menyelaras penyediaan serta perumusan projek-projek pembangunan rancangan lima (5) tahun Jabatan.
- Memantau dan mengawal selia pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan supaya ianya selaras dengan misi, visi dan objektif Jabatan.
- Menyelaras dan menyediakan belanjawan tahunan bagi projek-projek pembangunan Jabatan.
- Menjalankan program penilaian impak ke atas projek-projek pembangunan Jabatan yang telah dilaksanakan.
- Menyelaras proses pengambilan dan pemilikan serta mengawal penggunaan tanah-tanah hak milik Jabatan.
- Menyelaras pertanyaan Audit.
- Menjadi urus setia Mesyuarat JK Tindakan Pembangunan Jabatan (JTPJP), Mesyuarat Peg. Pembangunan dan Pemantauan Tanah Jabatan (MPPEM).
- Menyediakan maklum balas/input bagi Mesyuarat JK Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK), JK Underutilised, JKPO dan lain-lain.
|
|
Cawangan Antarabangsa |
|
- Merancang dan menyelaras program kerjasama antarabangsa supaya kepentingan negara terpelihara.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan konvensyen/perjanjian antarabangsa serta projek-projek di bawah kerangka kerjasama antarabangsa seperti ASEAN, SEAFDEC, FAO/UNDP, NACA, OIC, dan lain-lain .
- Urus setia kepada semua mesyuarat, persidangan dan seminar antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan.
|
|
Cawangan Pengutipan Data Perikanan |
|
- Merancang, merekabentuk dan membangun program pengutipan data perikanan.
- Melaksanakan dan menyelia program pengutipan data tangkapan ikan marin, akuakultur, lepas tuai dan dagangan perikanan.
- Menyimpan, memproses dan menganalisis data perikanan.
- Menyediakan buku laporan perangkaan perikanan tahunan.
- Menasihat pihak pengurusan Jabatan mengenai perubahan arah aliran data perikanan.
- Menyediakan laporan tahunan perikanan kepada badan antarabangsa yang berkenaan.
- Membekalkan maklumat perikanan kepada industri.
|
|
Cawangan Transformasi Ekonomi Perikanan
|
|
- Mengurus permohonan syarikat untuk menyertai program NKEA, menyelaras tindakan dan rangka kerja, memantau serta melapor kemajuan pelaksanaan projek-projek dalam program NKEA pertanian akuakultur.
- Urus setia utama mesyuarat berkaitan NKEA iaitu JTPKP NKEA pertanian-akuakultur, JK3P, JK2P dan JK1P.
- Menyelaras segala hal berkaitan Program NKEA Jabatan Perikanan termasuk bagi keperluan Mesyuarat DMO, MAFI/JKP, MOA/PEMANDU dan SC, MAFI.
- Menyelaras dan membuat penilaian ke atas permohonan insentif untuk sektor perikanan.
|
Kemaskini pada 2020-11-16 09:33:56 daripada Iszni