PENGENALAN
Program Zon Industri Akuakultur (ZIA) merupakan program pengezonan kawasan tanah dan perairan yang dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek akuakultur berskala komersial sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan pengeluaran ikan, udang dan kerang-kerangan yang ditetapkan di bawah Dasar Pertanian Negara ke Tiga (DPN3). ZIA adalah kawasan yang mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK).
Objektif mewujudkan ZIA meliputi:
- Mewujudkan kawasan kekal Zon Industri Akuakultur,
- Meningkatkan pengeluaran ikan selari dengan matlamat Pelan Imbangan Dagangan (BoT),
- Meningkatkan pendapatan bersih pengusaha akuakultur kepada sekurang-kurangnya RM3,000/bulan,
- Memastikan pengeluaran ikan dan produk ikan yang bermutu tinggi dan selamat kepada kesihatan pengguna,
- Meningkatkan pengelibatan sektor swasta dengan Kerajaan menyediakan kawasan ZIA, kemudahan infrastruktur dan Sistem Penyampaian Jabatan,
- Mewujudkan rantaian pengeluaran ikan akuakultur yang cekap.
Pages: 1 2 | | Seterusnya |
Kemaskini pada 2019-05-08 10:12:55 daripada Bahagian Pembangunan Akuakultur