Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Projek Pembangunan Integrasi Akuakultur - PIA

Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (Sistem Sangkar Bersepadu)
 

Rancangan Malaysia Ke-12 merupakan pelan pembangunan negara bagi tempoh pelaksanaan 2021-2025. Jabatan Perikanan Malaysia telah merancang satu lagi program pembangunan akuakultur yang dinamakan Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (Sistem Sangkar Bersepadu) bagi menyokong pengeluaran hasil akuakultur negara. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perikanan Malaysia menawarkan bantuan insentif yang bertujuan sebagai galakan dan pulangan semula sebahagian pelaburan daripada pihak swasta dan komuniti bagi menampung kos operasi yang perlu dikeluarkan sementara pulangan hasil jualan diperoleh setelah tempoh ternakan dicapai.  
 
Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (Sistem Sangkar Bersepadu) mensasarkan pihak swasta dan komuniti yang mengusahakan ternakan akuakultur melalui sistem sangkar ikan samaada ikan air tawar mahupun ikan marin. Sistem Ternakan Ikan Sangkar juga tidak terhad kepada bentuk, saiz, jenis selagi mana boleh dikenali sebagai Sistem Ternakan Ikan Dalam Sangkar. Jabatan Perikanan Malaysia telah menetapkan sasaran pencapaian pengeluaran kumulatif hasil yang bakal diperoleh melalui Program Pembangunan Integrasi Akuakultur menjelang 31 Disember 2025 adalah sebanyak 15,000mt hasil ternakan dan menjana 2,500 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung dengan projek yang diusahakan .yang akan menjadi kayu pengukur kejayaan program ini 
 
Jabatan Perikanan Malaysia juga telah mengenalpasti sistem sokongan yang memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran kepada kejayaan Program Pembangunan Integrasi Akuakultur iaitu sistem pengeluaran benih ternakan (sistem hacheri dan nurseri), sistem pemprosesan makanan ternakan (makanan rumusan) dan sistem lepas tuai (pemasaran dan pemprosesan produk ikan). Permohonan dari pihak swasta dan komuniti yang meliputi komponen sistem sokongan tersebut akan dipertimbangkan selain komponen utama iaitu sistem ternakan ikan dalam sangkar. 
 
Permohonan bantuan insentif dibawah Program Pembangunan Integrasi Akuakultur terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Projek Komersil dan Projek Kluster; 

i) Projek Komersil adalah terbuka kepada semua syarikat swasta yang diperbadankan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kos keseluruhan projek akan dinilai dan dipecahkan kepada dua pelaburan yang dinamakan Pelaburan Swasta dan Pelaburan Kerajaan dengan nisbah sekurang-kurangnya 70% Pelaburan Swasta    dan sehingga 30% Pelaburan Kerajaan (siling maksimum Pelaburan Kerajaan RM500,000.00). Pelaburan Kerajaan kepada syarikat yang dilantik adalah melalui kaedah tuntutan imbuhan balik kepada pihak Jabatan Perikanan Malaysia melalui Tuntutan Imbuhan Balik Pre-Production ketika pembangunan fizikal (70%) dan Tuntutan Imbuhan Balik Post-Production setelah sasaran pengeluaran tahun pertama berjaya dicapai oleh pihak syarikat (30%). Permohonan sebagai syarikat  dibawah Projek Komersil ini dibuka sepanjang tahun berdasarkan kepada peruntukan tahunan yang diluluskan dan permohonan berkenaan boleh dibuat dengan  melengkapkan dokumen yang diperlukan dan dihantar ke Ibupejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya untuk penilaian di peringkat jawatankuasa yang telah  ditubuhkan.

ii) Projek Kluster pula terbuka kepada komuniti setempat / persatuan / koperasi / pertubuhan yang melibatkan penglibatan sekurang-kurangnya tiga orang individu di dalam sesuatu kluster yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar dan sistem integrasi yang berkenaan. Pembiayaan Kerajaan bagi sesuatu projek yang dicadangkan adalah melalui geran padanan dengan maksimum sehingga 70% dari nilai keseluruhan projek tersebut. Semua perolehan komponen pembiayaan akan dilaksanakan di peringkat Pejabat Perikanan Negeri melalui Sebutharga/Tender dan pembekalan dibuat oleh kontraktor yang berjaya. Permohonan dibawah Projek Kluster ini juga dibuka sepanjang tahun berdasarkan kepada peruntukan tahunan yang diluluskan dan permohonan berkenaan boleh dibuat dengan melengkapkan dokumen yang diperlukan dan dihantar ke Pejabat Perikanan Negeri untuk penilaian di peringkat jawatankuasa yang telah ditubuhkan. 

 
Program Pembangunan Integrasi Akuakultur diurusetia oleh Cawangan Transformasi Ekonomi Perikanan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya. Sebarang Pertanyaan berkenaan perkara ini boleh diutarakan kepada semua Pejabat Perikanan Negeri atau terus kepada pihak urusetia melalui emel dan telefon. 
 
 

  1. Borang Permohonan Projek Pembangunan Integrasi Akuakultur
  2. Format Rancangan Perniagaan

Kemaskini pada 2021-06-29 17:09:08 daripada Bahagian Perancangan dan Pembangunan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : pro[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49425 Tarikh Kemaskini : 06-08-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.