Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Bahagian Biosekuriti Perikanan

 

Fungsi | Carta Organisasi | Hubungi Kami

 

Fungsi Bahagian Biosekuriti Perikanan
 

  • Merancang dan menggubal dasar pengurusan kesihatan ikan dan kesihatan awam.
  • Memberikan perkhidmatan makmal dari aspek diagnosa penyakit ikan dan keselamatan makanan.
  • Melaksanakan pembangunan standard ikan dan hasilan ikan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menyelaras keperluan tenaga kerja dan latihan kakitangan di bidang berkaitan.
  • Mengurus perkara berkaitan pentadbiran dan kewangan bahagian.


Cawangan Kesihatan Ikan dan Awam

  • Merancang pembangunan sistem pendaftaran ladang dan vesel, sistem traceability dari ladang, vesel penangkapan ikan dan ke kilang pemprosesan;
  • Merancang program pemeriksaan dan pengauditan ladang akuakultur;
  • Merancang program pemeriksaan dan pengauditan vesel penangkapan ikan;
  • Merancang program Aquaculture Residue Monitoring Plan (ARMP) bagi udang, dan ikan bagi parameter antibiotik tertentu, antihelmenthic, antibacterial, logam berat, pestisid, dyes dan hormon;
  • Merancang program pemantauan air dan ais (check  dan audit monitoring) di ladang dan vesel penangkapan ikan;
  • Merancang program SPS Marin dan SPS Akuakultur;
  • Merancang program pemantauan makanan ikan dan udang bagi tujuan analisa mikotoksin dan melamin;
  • Merancang program pemantauan pemeriksaan organoleptik di ladang – ladang akuakultur, jeti pendaratan dan vesel penangkapan ikan;
  • Merancang program pemantauan parasit pada ikan dan udang di ladang akuakultur dan vesel penangkapan ikan;
  • Merancang program pemantauan bagi ikan beracun;
  • Merancang program pemantauan histamin bagi ikan; dan
  • Merancang dan merangka sistem notifikasi dan pelan kontigensi apabila nilai parameter melebihi piawaian MRL.
  • Merancang pembangunan sistem pendaftaran ladang dan pengeksport, sistem traceability dari ladang ke  pengeksport dan sistem angkut bagi pergerakan ikan;
  • Merancang sistem kawalan dan pencegahan kemasukan, establish atau rebakan penyakit yang dinyatakan dan patogen ke dalam Malaysia;
  • Merancang dan memantau program kawalan rasmi yang meliputi lawatan, pemeriksaan, pengawasan, persampelan dan pemantauan;
  • Merancang dan menjalankan tindakan kecemasan bagi OIE notifiable listed diseases, emerging diseases, prescribed diseases dan national list of important diseases;
  • Merancang dan menetapkan syarat-syarat keperluan import berdasarkan program surveilan CA negara pengeksport serta Analisis Risiko Import (IRA) serta menjalankan kerja-kerja pengauditan dan pemantauan program surveilan CA negara pengeksport;
  • Merancang, mengemaskini untuk menetapkan zon yang dijangkiti penyakit, zon buffer, zon bebas penyakit dan zon pengawasan berdasarkan program surveilan;
  • Melaporkan kepada OIE sebarang kejadian dan rebakan penyakit di dalam negara serta menasihati penyertaan Malaysia di dalam tugas OIE dan badan di bawahnya, dan lain – lain badan antarabangsa dan serantau (e.g. NACA, FAO);
  • Menyedia dan mengedarkan maklumat yang diterima dari OIE atau lain – lain penetapan piawaian penyakit antarabangsa atau serantau dan menyelaras edaran draf piawaian di dalam Malaysia dan pengambilan ulasan dari badan kerajaan atau bukan kerajaan yang berkepentingan dan;
  • Membantu Bahagian Pembangunan Akuakultur dalam khidmat nasihat dan maklumat teknikal berkaitan keperluan Biosekuriti dalam aspek kesihatan ikan kepada mana – mana pihak awam atau swasta yang berkaitan.


 Cawangan Biosekuriti, Pembangunan Standard & Perkhidmatan Makmal

  • Merancang dan menilai dasar biosekuriti yang berkaitan dengan Kesihatan Awam (Public Health);
  • Merancang dan menilai dasar biosekuriti yang berkaitan dengan Kesihatan Ikan (Aquatic Animal Health);
  • Merancang, menilai dan melaksanakan hal berkaitan Risiko Penilaian Import(Import Risk Assessment, IRA);
  • Menguruskan hal - hal berkaitan kemasukan Invasive Alien Species (IAS) ke dalam negara.
  • Membangun, menyelaras, memurni serta menetapkan polisi dan standard kesihatan ikan berdasarkan keperluan OIE;
  • Mengurus isu - isu berkaitan polisi, standard dan industri di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa, termasuk pengurusan krisis berpandu kepada Rapid Alert Mechanism serta tindakan susulan berdasarkan SOP sekirannya berlaku perebakan wabak penyakit dan pelanggaran had piawai;
  • Terlibat di dalam program - program serantau yang melibatkan hal – hal berkaitan kesihatan ikan seperti NACA, AADCP dll;
  • Menyediakan laporan status penyakit ikan di dalam negara bagi tujuan laporan OIE dan QAAD NACA;
  • Mengurus isu - isu berkaitan di peringkat kebangsaan bersama – sama agensi lain seperti JPH dan IPT;
  • Menyediakan garis panduan berkaitan dengan kualiti kesihatan ikan kepada pihak industri.
  • Membangun, menyelaras dan menetapkan polisi dan standard bagi ikan dan produk ikan (akuakultur dan perikanan tangkapan) seperti CODEX;
  • Bertanggungjawab terhadap isu-isu berkaitan dengan perundingan dua hala, tiga hala dan pelbagai hala;
  • Menangani isu - isu berkaitan polisi, standard dan industri di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa, termasuk pengurusan krisis berpandu kepada Rapid Alert Mechanism serta tindakan susulan berdasarkan SOP sekiranya berlaku pelanggaran had piawai;
  • Bertanggungjawab terhadap isu-isu berkaitan di peringkat kebangsaan bersama agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, SIRIM serta IPT;
  • Mengurus dan membangun pangkalan data bagi traceability;
  • Menyediakan garis panduan berkaitan dengan kualiti ikan dan produk ikan kepada pihak industri (akuakultur dan perikanan tangkapan).


Cawangan CITES, Audit dan Pensijilan

  • Merancang, menyelaras dan menilai verifikasi dan audit terhadap ladang, vesel tangkapan, premis, kilang makanan ikan, kilang tepung ikan;
  • Memastikan kumpulan sasaran mematuhi dan melaksanakan keperluan Kesihatan Ikan dan Kesihatan Awam dengan berkesan;
  • Memastikan kumpulan sasaran mengekal dan mengemaskini keperluan Kesihatan Ikan dan Kesihatan Awam;
  • Merancang dan menyelaras aktiviti verifikasi selaras dengan kehendak protokol ISO.
  • Merancang program pengauditan berkala ke atas premis perikanan.
  • Melaksanakan program pemantauan halal ke atas produk perikanan
  • Mengumpul, mengemaskini dan menyediakan laporan penuh status pemantauan dan pemeriksaan di dalam negara (SPS Akuakultur, SPS Perikanan Tangkapan, HOB, ARMP) dan juga bagi tujuan laporan keseluruhan status keselamatan negara ke Kesatuan Eropah;
  • Merancang, menyelaras, dan melaksanakan program pensijilan ladang akuakultur Malaysia (SPLAM dan SAAB);
  • Memberikan perakuan ladang akuakultur (ikan makan dan ikan hiasan) serta vesel tangkapan yang membekalkan hasil kepada kilang pemprosesan yang mengeksport ke EU;
  • Mengeluarkan sijil bagi tujuan eksport seperti sijil kesihatan, sijil tempasal (CoO), Letter of Attention dll;
  • Menyelaras jadual pemeriksaan/pemantauan ke atas premis perikanan setelah proses pensijilan selesai bagi memastikan pemilik premis sentiasa mengamalkan pengeluaran berasaskan kepada kehendak Kod Amalan Akuakultur;

Kemaskini pada 2015-02-13 12:24:05 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 31528 Tarikh Kemaskini : 20-11-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.