Bermula 1 Sept 2006, permohonan permit harus dibuat secara elektronik iaitu melalui sistem e-permit. Melalui sistem e-permit, pengeksport, pengimport dan agen penghantar boleh mendapt kelulusan permit melalui internet . Maklumat permit yang telah lulus turut dihantar ke Sistem Maklumat Kastam (SMK) secara elektronik. Sistem ini menyatakan keperluan Jabatan Perikanan yang mesti dipenuhi seperti maklumat konsaimen, kuota dan data produk
PERMOHONAN UNTUK PERMIT MENGANGKUT IKAN HIDUP
Berikut Merupakan Keperluan Untuk Memohon Permit Mengangkut Ikan Hidup :
1. | Borang Permohonan FQ1 |
2. | Dua (2) salinan inbois |
3. | Salinan kebenaran menjual/ memelihara/ menternak ikan larangan (dikeluarkan oleh Pejabat Perikanan Negeri) |
Keperluan Bagi Borang FQ1 adalah :
1.
|
Nama dan alamat pemohon |
2.
|
Agen Penghantar dan Syarikat mengeksport |
3.
|
Tarikh eksport, destinasi dan jenis komuditi |
4.
|
Menandakan dalam ruangan yang disediakan samada memerlukan Sijil Kesihatan atau Sijil Tempasal |
Keperluan Dalam Inbois adalah :
1.
|
Nombor dan Tarikh inbois |
2.
|
Alamat penuh pengimport/ pengeksport/ pengangkut |
3.
|
Nama saintifik dan nama biasa ikan |
4.
|
Kuantiti |
5.
|
Nilai dalam Ringgit Malaysia (RM) |
6.
|
Inbois ikan hiasan dan Kap Jepun (Koi) mesti diasingkan |
Kemaskini pada 2014-12-15 16:16:15 daripada Portal Administrator