A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_6ms43l02m052dct2m9u8ob6sv3, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 141

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Sijil Tempasal Ikan Hidup

Pengenalan

Sijil Tempasal (Tempat Asal) adalah suatu Sijil yang mengesahkan bahawa kosainan untuk eksport ke Luar Negara adalah diperolehi dari sumber (ladang akuakultur atau vesel penangkapan ikan) yang berasal di Malaysia.

Garis panduan ini disediakan bagi memperjelaskan mengenai prosedur pengeluaran sijil tempasal untuk membuktikan konsainmen yang dieksport berasal dari Malaysia.  Selain daripada itu, prosedur ini disediakan sebagai panduan kepada penjawat Jabatan Perikanan yang berkaitan di dalam pengeluaran Sijil Tempasal. Memastikan pengeluaran Sijil Tempasal mengikut prosedur yang ditetapkan dan standard.

 

Skop

Prosedur ini merangkumi aspek pembuktian bahawa ikan dan produk ikan adalah diternak/ditangkap adalah berasal dari tanah/perairan Malaysia termasuk pemeriksaan premis, kebolehkesanan, pemantauan berkala kepada ladang berdaftar dan pertimbangan khas kepada ladang yang tidak berdaftar.

 

Undang-Undang Berkaitan Dan Kuasa

Seksyen 40, Akta Perikanan 1985.

Apa-apa akta dan peraturan dari Negara Pengimport yang berkaitan

 

Pra-syarat

Permohonan dari Kilang Pemprosesan

  1. Pemohon (kilang) mempunyai HACCP Kementerian Kesihatan Malaysia atau dari mana-mana badan pensijilan yang diiktiraf oleh negara pengimport,
  2. Pemohon telah memperolehi Sijil Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Bahan mentah yang diperolehi adalah dari sumber yang berasal dari Malaysia dan diproses di premis seperti di para 4.1.1,
  4. Sumber bahan mentah hendaklah dari :
    1. Ladang yang mengamalkan Amalan Akuakultur Baik/Mempunyai sijil SPLAM atau Sijil SAAB atau Sijil Kualiti Ikan/ terlibat di dalam Aquaculture Residue Monitoring Program (ARMP) / Berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia/Seliaan Jabatan Perikanan Malaysia.
    2. Bagi ladang yang tidak berdaftar dan tidak berada dalam mana-mana program seliaan Jabatan.  Ladang berkenaan perlu mengemukakan bukti;
      1. Rekod Perolehan Bahan Mentah (benih ikan, rekod pembelian makanan, rekod pemberian makanan ternakan)
      2. Rekod Tuntutan Kerja Lebih Masa Pekerja dan,
      3. Bil Utiliti / Elektrik mengikut bulan daripada tarikh penebaran benih).
    3. Vesel yang dilesenkan dengan Jabatan Perikanan Malaysia
    4. Bagi ekport ke Negara Kesatuan Eropah perlu mengamalkan Amalan Kebersihan atas bot (HOB)/Bukan vesel IUU (Ilegal, unreported and unregulated) dan terlibat di dalam program persampelan Sanitary and Phytosanitary – SPS Marin/
  5. Mempunyai rekod traceability (kebolehkesanan) dari sumber pengeluaran (Lampiran C).

 

Permohonan dari Pengeskport Ikan Hidup

  1. Pengeksport/Ladang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan di bawah seliaan Program Survelan Kesihatan.
  2. Pemohon telah memperolehi Sijil Kesihatan dari Jabatan Perikanan Malaysia
  3. Mempunyai rekod traceability (kebolehkesanan) dari sumber pengeluaran (Lampiran C).

 

Permohonan Sijil Tempasal

Prosedur ini disediakan bagi memastikan produk dari Malaysia adalah selamat untuk kegunaan manusia disamping mengekalkan reputasi nama baik Malaysia sebagai negara pengeksport. Justeru pemohon hendaklah mematuhi beberapa langkah berikut:-

  1. Proses kerja pengeluaran Sijil Tempasal adalah seperti di Carta Alir.
  2. Pemohonan  Sijil Tempasal hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perikanan Negeri di mana kilang/pengeskport itu berada dengan menggunakan Borang BP-KT01.
  3. Pemohon mestilah mengemukakan senarai ladang yang membekalkan bahan mentah atau ikan hidup kepada kilang/pengeksport (Borang Dayajejak).
  4. Pegawai dari Jabatan Perikanan Malaysia akan menjalankan senarai semak ke atas dokumen yang disertakan dan memastikan pembekal bahan mentah/ikan hidup adalah dari senarai nama ladang/vesel/pengeksport di bawah Program Survelan Kesihatan dan/atau Program Pemantauan dan Pensijilan Jabatan.
  5. Sijil Tempasal bagi Ikan Hidup dan Sijil Tempasal Bagi Produk Ikan akan dikeluarkan berdasarkan pemeriksaan dokumen yang telah disenarai semak.
  6. Sijil Tempasal hanya akan dikeluarkan setelah Jabatan mendapati semua dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan sah bahawa bahan mentah/ikan hidup adalah dari Malaysia 

 

Sistem Penomboran Sijil Tempasal.

  • Nombor Siri yang tertera di ruangan sebelah atas kiri sijil mewakili setiap helaian sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan mengikut negeri bagi tujuan keselamatan.
  • Nombor Siri sijil  terdiri daripada gabungan kod negeri dan nombor turutan sijil yang dikeluarkan.
  • Nombor Rujukan Sijil Tempasal dan lain-lain sijil diwujudkan bagi memudahkan proses pengkelasan serta identifikasi bagi setiap sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Nombor Rujukan sijil terdiri daripada gabungan kod negeri, kod komoditi, nombor turutan pengeluaran sijil serta kod bagi bulan dan tahun sijil tersebut dikeluarkan.

 

SISTEM KOD PENOMBORAN SIJIL TEMPASAL

Contoh 1: Nombor siri Sijil Tempasal bagi negeri Perak.

 

Contoh 2:

Sijil Tempasal bagi komoditi ikan hiasan air tawar dari negeri Perak yang dikeluarkan pada bulan Julai 2009.

 

 

  1. Kod Negeri

Kod Negeri adalah kod lokasi negeri di mana premis/sistem kultur yang didaftarkan.

KOD

NEGERI

KOD

NEGERI

kOD

NEGERI

A

Perak

K

Kedah

Q

Sarawak

B

Selangor

L

Labuan

R

Perlis

C

Pahang

M

Melaka

S

Sabah

D

Kelantan

N

Negeri Sembilan

T

Terengganu

J

Johor

P

Pulau Pinang

W

K.Lumpur/Putrajaya

 

  1. Jenis Sijil

Jenis Sijil adalah merujuk kepada jenis sijil yang diperlukan.

KOD

JENIS SIJIL

K

Kesihatan

T

Tempasal

V

Veterinary and Fishing

S

Sanitasi

L

Letter of Attestation

B

Lain-lain

  

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Kod Komoditi

Bil.

Kod

Komoditi

1

BH

Benih Ikan

2

BK

Batu Karang Lembut / Invertebrata

3

BU

Benih Udang

4

CT

Spesies dalam senarai CITES

5

HM

Ikan Hiasan Air Masin

6

HT

Ikan Hiasan Air Tawar

7

LR

Ikan Larangan

8

MK

Ikan Makan

9

NV

Invertebrata

10

DD

Induk Udang

11

KD

Kerang Dewasa

12

KS

Krustasia

13

LA

Lintah Air Tawar

14

MN

Makanan Ikan

15

MK

Moluska

16

TA

Tumbuhan Akuatik

17

TL

Telur Ikan

18

UH

Udang Harimau

 

 

  1. Bulan sijil dikeluarkan

Ruangan Bulan dikeluarkan merujuk kepada bulan sijil dikeluarkan setelah mendapat kelulusan.

KOD

Bulan

KOD

BULAN

JA

Januari

JY

Julai

FB

Februari

OG

Ogos

MC

Mac

SP

September

AP

April

OT

Oktober

MY

Mei

NV

November

JN

Jun

DS

Disember

 

 

 

Kelulusan Sijil.

Sijil Tempasal akan dikeluarkan setelah pemeriksaan mendapati pengeskport berdaftar mematuhi keperluan eksport seperti pada Borang ECI-01.

Kuasa menandatangani Sijil Tempasal

  1. Pengarah Perikanan Negeri
  2. Pegawai Perikanan/Penyelidik (Biosekuriti) 
  3. Pen. Pegawai Perikanan/Penyelidik (Biosekuriti)
  4. Pegawai Perikanan (Akuakultur)
  5. Pegawai Perikanan (Pengembangan Perikanan)

 

Kelayakan pegawai yang menandatangani Sijil Tempasal, sekurang-kurangnya  mempunyai kriteria berikut;

  1.     Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  1.     Diploma dari institusi atau universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah berkhidmat dengan Jabatan Perikanan lebih daripada 15 tahun.

 

Ciri-ciri Keselamatan

Sebelum sijil diserahkan kepada pemohon, Borang BP-KT01 dan sijil asal perlu dicop secara bersekali dengan cop pejabat pengeluar sijil tersebut ditengah-tengah percantuman dua helaian tersebut (Rujuk rajah dibawah).

                                  

Pembatalan atau Penggantian Sijil Tempasal

Sijil Tempasal boleh dibatal sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut;

  1. Berlaku rebakan penyakit di premis yang telah diluluskan/diperiksa selepas sijil kesihatan dikeluarkan.
  2. Berlaku pengisytiharaan palsu oleh pengimport berkenaan dengan status kesihatan, sumber ikan, maklumat kebolehkesanan yang tidak lengkap.

 

Sijil Tempasal yang telah dikeluarkan boleh diganti sekiranya pemohon   membuktikan;

  1. Pengesahan dari pihak pengimport berkenaan KETIADAAN Sijil Tempasal semasa penerimaan konsainan.
  1. Sebarang dokumen rasmi yang telah dihantar ke negara pengimport (dokumen transaksi eksport daripada agen penghantaran yang membuktikan sijil Kesihatan dilampirkan semasa transaksi eksport dilakukan).

 

Sekiranya sijil yang hilang dijumpai semula, pemohon perlu mengembalikan sijil berkenaan ke Pejabat yang mengeluarkannya.

Sebarang pembatalan atau penarikan semula sijil tempasal yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa negara pengimport serta merta.

 

Pengurusan Dokumen.

Fail /Dokumen sijil perlu disimpan di tempat yang selamat seperti arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2007 Panduan Pengurusan Pejabat.

Salinan Sijil Kesihatan dan dokumen berkaitan perlu difailkan mengikut negara pengimport.

Fail yang melebihi 20 tahun akan dilupuskan mengikut peruntukan dibawah Seksyen 44, Akta Arkib Negara, 1966.

 

Kelulusan sijil

Kuasa menandatangani Sijil Tempasal

  1. Pengarah Perikanan Negeri
  2. Pegawai Perikanan (Biosekuriti) 
  3. Pen. Pegawai Perikanan (Biosekuriti)
  4. Pegawai Perikanan (Akuakultur)
  5. Pegawai Perikanan (Pengembangan Perikanan)
  6. Pembantu Perikanan (Biosekuriti)

 

Kelayakan pegawai yang menandatangani Sijil Kesihatan, sekurang-kurangnya mempunyai kriteria berikut;

  1. Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  2. Diploma dari institusi atau universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  3. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah berkhidmat dengan Jabatan Perikanan lebih daripada 15 tahun.

Kemaskini pada 2020-08-31 18:56:08 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49002 Tarikh Kemaskini : 15-05-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.    
 

 

 
 

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: open(/var/lib/php/session/sess_6ms43l02m052dct2m9u8ob6sv3, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0