A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_ctropu27au66nokm9hoto2r8f6, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 141

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Sijil Kesihatan Ikan Hidup

Pengenalan

Industri perikanan pada masa kini semakin berkembang pesat dan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Selain daripada untuk pengguna domestik hasil perikanan negara juga turut di eksport ke luar negara. Pengeluaran Sijil Kesihatan merupakan peringkat terakhir di dalam menentusahkan konsainan ikan hidup yang keluar dari Malaysia adalah bebas penyakit. Pengeluaran sijil ini merupakan satu jaminan rasmi daripada Jabatan Perikanan Malaysia bahawa ikan yang bakal dibawa masuk ke negara pengimport telah menjalani beberapa peringkat pemantauan dan prosedur kawalan kesihatan yang tegas daripada pihak Jabatan Perikanan Malaysia.

Prosedur ini disediakan bagi menyelaras dan menyeragamkan prosedur pengeluaran sijil kesihatan mengikut keperluan negara pengimport ikan hidup Malaysia.

 

Objektif

  1. Sijil Kesihatan dikeluarkan adalah sebagai bukti dan jaminan bahawa komoditi yang ingin di eksport adalah bebas daripada sebarang penyakit.
  2. Sijil tersebut juga adalah bukti bahawa ternakan yang ingin dieksport telah memenuhi dan mematuhi keperluan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Negara pengimport.

 

Skop Pengeluaran Sijil

Pengeluaran Sijil Kesihatan merangkumi semua prosedur pengeluaran sijil kesihatan ikan hidup.

 

Peraturan, keperluan dan panduan 

Peraturan:

  1. Pengeluaran Sijil Kesihatan adalah tertakluk kepada Seksyen 40 (1) dan (2) Akta Perikanan 1985 (Akta 317).
  2. Peraturan-peraturan Perikanan (Kawalan Kualiti Ikan bagi Eksport ke Kesatuan Eropah) 2009. 
  3. Peraturan-Peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan Bagi Eksport Dan Import) 2012

Pemohon hendaklah pengeksport yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

Sumber hendaklah dari;

  1. Ladang yang didaftarkan / diselia oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
  2. Ladang yang mempunyai sijil kualiti ikan (Fish Quality Certificate) yang merupakan syarat utama untuk mengeksport ikan hidup ke EU.
  3. Ladang dipersijilkan myGAP.
  4. Ladang yang terlibat dalam proram pensampelan.
  5. Ladang membuat pensampelan sendiri.

Pemohon mestilah memenuhi dan mematuhi segala keperluan eksport yang ditentukan oleh negara pengimport.

Pengeksport berdaftar hendaklah mengemukakan permohonan tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pengeksportan sebenar kecuali bagi negara Australia di mana perlu dikemukakan 16 hari bekerja sebelum dieksport melalui Borang Permohonan BPKT-01 bagi setiap konsainan.

Mempunyai rekod traceability dari ladang

 

Prosedur Permohonan Sijil Kesihatan

Prosedur ini disediakan bagi memastikan pengeksportan ikan hidup dari Malaysia adalah terkawal dan selamat dari sebarang jangkitan penyakit di samping mengekalkan reputasi nama baik Malaysia sebagai negara pengeksport.

Prosedur permohonan sijil kesihatan adalah seperti dibawah:-

  1. Pemohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) mengikut lokasi premis pengeksport. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
  • Borang Permohonan Sijil – Borang BPKT-01
  • Inbois / Packing List
  • Borang kebolehkesanan (Traceability)
  • Salinan Sijil Kualiti Ikan (FQC) – bagi pengeksportan ke EU

2. Permohon hendaklah mengemukakan permohonan tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pengeksportan sebenar kecuali bagi negara Australia di mana perlu dikemukakan 16 hari bekerja sebelum dieksport. Permohonan yang dikemukakan lambat tidak akan dilayan.

Prosedur Pemeriksaan Sebelum Eksport

Unit Biosekuriti Perikanan Negeri akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis pengeksport berdaftar dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Konsainan Eksport (ECI-01) mengikut keperluan kuarantin negara pengimport seperti berikut:

  1. Kesatuan Eropah (EU) – 72 jam sebelum tarikh eksport.
  1. Australia - dua (2) kali dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh eksport.
  1. Amerika Syarikat - 72 jam sebelum tarikh eksport.
  1. Negara-negara lain – dalam tempoh masa tujuh (7) hari sebelum tarikh eksport.

 

Pemeriksaan ke atas ikan hidup oleh UBPN akan dijalankan mengikut lokasi premis pengeksport atau pintu keluar (exit point). Sila rujuk contoh-contoh seperti berikut:

Contoh 1: Premis Pengeksport Negeri Perak yang mengeksport melalui Pintu keluar bukan di Perak (contohnya, KLIA) ke Australia/EU;

  1. Permohonan dibuat ke Biosekuriti Perak.
  2. Pemeriksaan akan dijalankan di premis pengeksport oleh UBPN Perak.
  3. Nombor sijil akan dikeluarkan oleh UBPN Perak.
  4. Nombor Sijil dan salinan borang IPTE perlu dikemukakan ke UBPN Pintu Keluar (KLIA) untuk proses pengeluaran Sijil Kesihatan Eksport.
  5. Penyerahan dan pemeriksaan klinikal dijalankan oleh UBPN Pintu Keluar.

 

Contoh 2: Premis Pengeksport Negeri Perak yang mengeksport melalui Pintu keluar bukan di Perak (Contohnya, KLIA) ke negara selain Australia/EU;

  1. Permohonan dibuat ke Biosekuriti Perak.
  2. Nombor sijil akan dikeluarkan oleh UBPN Perak dan dihantar ke UBPN Pintu Keluar (Selangor KLIA).
  3. Sijil akan dikeluarkan oleh UBPN Pintu Keluar (Selangor KLIA).
  4. Pemeriksaan bagi tanda-tanda klinikal akan dijalankan oleh UBPN Pintu Keluar (KLIA, Selangor) di pintu keluar sebelum sijil diserahkan kepada pengeksport.

 

Contoh 3: Premis pengeksport Selangor yang mengeksport ke Singapura;

  1. Permohonan dibuat ke UBPN Johor.
  2. Sijil dikeluarkan hanya untuk Singapura sahaja.
  3. Pemeriksaan bagi tanda-tanda klinikal dan penyerahan Sijil Kesihatan akan dijalankan oleh UBPN Johor di pintu keluar.

 

Contoh 4: Premis yang mengeksport dari Selangor melalui Singapura;

  1. Permohonan mengikut 6.2(a) bagi ke Australia/EU dan 6.2(b) bagi bukan Australian/EU.

 

Sistem Penomboran Sijil Kesihatan

Nombor Rujukan Sijil Kesihatan yang tertera di ruangan sebelah atas kiri sijil terdiri daripada gabungan kod negeri, nombor turutan pengeluaran sijil bagi setiap bulan, kod bagi bulan dan tahun sijil tersebut dikeluarkan. Nombor Rujukan tersebut diwujudkan bagi tujuan keselamatan.

Nombor turutan pada sijil kesihatan akan bermula dari digit satu (1) semula bagi setiap bulan. Sila rujuk contoh 2 (a) dan (b).

Nombor Rujukan ini akan dikeluarkan oleh Unit Biosekuriti Perikanan Negeri mengikut lokasi premis pengeksport. Sila rujuk contoh-contoh di bawah:-

  1. Contoh 1 - Lokasi premis pengeksport terletak di Rawang dan konsainan akan dieksport melalui KLIA. UBPN Selangor akan mengeluarkan sijil kesihatan ikan.
  1. Contoh 2 - Lokasi premis pengeksport terletak di Tronoh dan konsainan akan dieksport melalui KLIA. UBPN Perak akan mengeluarkan nombor rujukan sijil dan UBPN Selangor akan mengeluarkan sijil kesihatan ikan.

SISTEM KOD PENOMBORAN SIJIL KESIHATAN

Contoh 1: Nombor siri Sijil Kesihatan bagi negeri Perak

 

Contoh 2 (a) : Nombor turutan yang terakhir bagi bulan Januari 2012

 

Contoh 2 (b) : Nombor turutan yang pertama bagi bulan Februari 2012

  1. Kod Negeri

Kod Negeri adalah kod lokasi negeri di mana premis / sistem kultur yang didaftarkan.

KOD

NEGERI

KOD

NEGERI

kOD

NEGERI

A

Perak

K

Kedah

Q

Sarawak

B

Selangor

L

Labuan

R

Perlis

C

Pahang

M

Melaka

S

Sabah

D

Kelantan

N

Negeri Sembilan

T

Terengganu

J

Johor

P

Pulau Pinang

W

K.Lumpur / Putrajaya

 

  1. Jenis Sijil

Jenis sijil adalah merujuk kepada jenis sijil yang dikeluarkan seperti berikut:-

KOD

JENIS SIJIL

K

Kesihatan

T

Tempasal

V

Veterinary and Fishing

S

Sanitasi

L

Letter of Attestation

B

Lain-lain

  

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Bulan

Bulan merujuk kepada bulan sijil kesihatan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan

 

KOD

Bulan

KOD

BULAN

JA

Januari

JY

Julai

FB

Februari

OG

Ogos

MC

Mac

SP

September

AP

April

OT

Oktober

MY

Mei

NV

November

JN

Jun

DS

Disember

 

Kelulusan Sijil

Sijil Kesihatan akan dikeluarkan setelah pemohon didapati telah mematuhi kesemua keperluan eksport seperti yang tertera pada Borang ECI-01.

Pegawai perlu dilantik oleh Ketua Pengarah Perikanan (KPP) bagi menandatangani Sijil Kesihatan melalui Surat Arahan Pelaksanaan Tugas di Bawah Program Biosekuriti Perikanan yang ditandatangani oleh KPP

Pegawai yang mempunyai kuasa untuk menandatangani Sijil Kesihatan adalah seperti di bawah;

  1. Pengarah Perikanan Negeri
  1. Pegawai Perikanan / Penyelidik (Biosekuriti) 
  1. Pen. Pegawai Perikanan / Penyelidik (Biosekuriti)
  1. Pegawai Perikanan (Akuakultur)
  1. Pegawai Perikanan (Pengembangan Perikanan)

 

Pegawai yang menandatangani Sijil Kesihatan adalah sekurang-kurangnya  berkelayakan seperti berikut:-

  1. Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  1. Diploma dari institusi atau universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah berkhidmat dengan Jabatan Perikanan lebih daripada 15 tahun.

 

Ciri-ciri Keselamatan

  1. Sijil kesihatan harus di cetak di atas kertas sekuriti yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti berikut:
  • Mempunyai nombor siri pada sebelah kanan atas bagi setiap helai sijil.
  • Tulisan ‘Department of Fisheries Malaysia’ akan timbul sebagai garis.
  • Jata Negara akan kelihatan sebagai watermark pada sijil asal dan tidak akan timbul pada sijil yang difotokopi.
  • Perkataan ‘Salinan dan Copy’ boleh dilihat pada sebelah atas dan bawah sijil yang difotokopi atau dokumen yang diimbas (scanned).

Sijil kesihatan dan packing list perlu dicop secara bersekali dengan cop rasmi pejabat pengeluar sijil tersebut ditengah-tengah percantuman dua helaian tersebut  Sila rujuk rajah dibawah sebelum sijil diserahkan kepada pemohon. Sila rujuk contoh dibawah:-

Contoh 1: Sijil kesihatan, packing list dan sijil tempasal perlu dicop

 

Contoh 2: Sijil kesihatan dan packing list

 

Pembatalan Sijil Kesihatan

Sijil Kesihatan boleh dibatalkan sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:-

  1. rebakan penyakit di premis pengeksport selepas pengeluaran Sijil Kesihatan.
  1. pengisytiharaan palsu oleh pengeksport berkenaan mengenai status kesihatan, sumber ikan dan maklumat kebolehkesanan yang tidak lengkap.

Sebarang pembatalan Sijil Kesihatan yang telah dikeluarkan oleh UBPN harus dimaklumkan secara surat rasmi kepada Bahagian Biosekuriti Perikanan (Cawangan Pengauditan dan Pensijilan) dalam tempoh masa satu (1) jam selepas pembatalkan sesuatu sijil  bagi tujuan notifikasi penarikan sijil dari negara pengimport.

 

Penggantian Sijil Kesihatan

Sijil Kesihatan yang telah dikeluarkan oleh UBPN boleh diganti semula sekiranya pemohon  dapat mengemukakan:-

  1. pengesahan dari pihak pengimport berkenaan bahawa Ketiadaan Sijil Kesihatan semasa penerimaan konsainan.
  1. sebarang dokumen rasmi yang telah dihantar ke negara pengimport (dokumen transaksi eksport daripada agen penghantaran yang membuktikan Sijil Kesihatan dilampirkan semasa transaksi eksport dilakukan).

Sekiranya sijil yang hilang dijumpai semula, pemohon perlu mengembalikan sijil berkenaan ke UBPN yang mengeluarkannya. UBPN perlu membatalkan, merekodkan dan memfailkan sijil tersebut.

 

Notifikasi Penarikan Sijil dari Negara Pengimport

  • Notifikasi perlu dilakukan apabila berlakunya pembatalan Sijil Kesihatan oleh UBPN disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang dinyatakan dalam perkara 10.
  • UBPN perlu memaklumkan kepada Bahagian Biosekuriti Perikanan (Cawangan Pengauditan dan Pensijilan) secara surat rasmi besertakan salinan sijil kesihatan yang dibatalkan dalam tempoh masa satu (1) jam selepas pembatalan Sijil Kesihatan.
  • Pegawai  dari Cawangan Pengauditan dan Pensijilan akan memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Kompeten negara pengimport melalui surat atau e-mel  mengenai penarikan sesuatu sijil kesihatan yang telah dikeluarkan dengan kadar yang segera selepas penerimaan laporan pembatalan sijil dari UBPN.

 

Pengurusan Dokumen

  • Fail / Dokumen sijil perlu disimpan di tempat yang selamat seperti arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 / 2007 Panduan Pengurusan Pejabat.
  • Salinan Sijil Kesihatan dan dokumen berkaitan perlu difailkan mengikut negara pengimport.
  • Fail yang melebihi 20 tahun akan dilupuskan mengikut peruntukan dibawah Seksyen 44, Akta Arkib Negara, 1966.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN SIJIL KESIHATAN IKAN HIDUP

CARTA ALIR PERMOHONAN SIJIL KESIHATAN IKAN HIDUP KE AUSTRALIA

JENIS-JENIS SIJIL KESIHATAN IKAN HIDUP

Earth Globe Clip Art Free Clipart Image - World Globe Clipart - Png  Download (#57608) - PinClipart

UMUM

Flag of Europe - Wikipedia

KESATUAN EROPAH

Flag of Australia (converted).svgAustralian Aboriginal Flag.svg

AUSTRALIA

Amazon.com: United States of America USA American Flag Cool Wall Decor Art  Print Poster 36x24: Posters & Prints

AMERIKA SYARIKAT

File:Flag of Brazil.svg - Wikipedia

BRAZIL

File:Flag of Iran.svg - Wikimedia Commons

IRAN

Flag of China - Wikipedia

REPUBLIK

RAKYAT CHINA

Flag of Japan.svg

JEPUN

Flag of South Korea - Wikipedia

KOREA

Flag of Russia - Wikipedia

RUSSIA

Gluten-Free Globetrotter is Going to Thailand | ธงชาติ, กรุงเทพมหานคร,  เพลงชาติ

THAILAND

Flag of the Republic of China - Wikipedia

TAIWAN

Flag of Singapore - Wikipedia

SINGAPURA

     

 

BORANG-BORANG 

1) Borang Permohonan Sijil Kesihatan Ikan (Borang BP-KT01)

2. Borang Pemeriksaan Premis 

 

SENARAI MAKMAL ANALISIS PENYAKIT IKAN

 


Kemaskini pada 2020-08-31 00:01:14 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49002 Tarikh Kemaskini : 15-05-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.    
 

 

 
 

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: open(/var/lib/php/session/sess_ctropu27au66nokm9hoto2r8f6, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0