A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_tru6opfohjhgn26k0rdvtlsvp7, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 141

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Dokumen Dayajejak Ikan / Udang


Pengenalan

Dokumen Dayajejak merupakan satu dokumen berpindah daripada pengeluar primer (ladang ternakan ikan / udang) sehingga ke penerima akhir, seperti pengeksport ataupun pengilang yang mengeksport produk sejuk beku keluar negara.  Dokumen ini berupaya memberikan maklumat yang lengkap dan tepat untuk mengesan lokasi sumber asal hasil tuaian akuakultur Malaysia.  Dokumen ini perlu diisikan diperingkat ladang dan bergerak bersama dengan hasil tuaian ladang ke kilang ataupun premis pengeksport hasilan akuakultur Malaysia.

 

Objektif

  1. Untuk memastikan sumber tuaian akuakultur diperolehi daripada ladang ternakan udang / ikan tempatan yang berdaftar dan berada di bawah seliaan Jabatan Perikanan Malaysia.
  2. Untuk memastikan setiap ladang mempunyai bukti rekod tuaian dan pembeli sahih yang sentiasa dikemaskini.
  3. Membolehkan agensi pengeluar sijil membuat semakan kesahihan aktiviti pergerakan komoditi melalui pemeriksaan mengejut/audit survalen.

 

Skop

Garispanduan ini disediakan bagi memperjelaskan mengenai kaedah pelaksanaan dan penggunaan borang dayajejak bagi hasilan tuaian akuakultur daripada aktiviti ternakan udang/ikan untuk makanan manusia (Borang BP-DJ01) dan ikan hiasan (Borang BP-DJ02).

 

Peratuan Perundangan

  1. Akta Perikanan, 1985
  2. Akta Makanan, 1983
  3. Peraturan-peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan bagi Eksport dan Import) 2012.
  4. Akta Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kuarantin Pertanian Malaysia, 2011.

 

Pra-syarat

  1. Ladang yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia sahaja akan dibekalkan dengan borang dayajejak.
  2. Pengeksport atau pengilang sejuk beku perlu berdaftar selaku penerima hasil tuaian akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia sebelum menggunakan borang ini sebelum membuat permohonan sijil kesihatan untuk eksport.
  3. Pegawai perikanan yang mengesahkan dokumen dayajejak ini perlulah diperturunkan kuasa untuk menjalankan tugas selaku pegawai pengesah kepada dokumen ini.
  4. Pegawai perikanan yang mengesahkan dokumen dayajejak ini perlulah daripada daerah di mana lokasi ladang berada.

 

Prosedur Mendapatkan Borang Dayajejak (CARTA ALIR PERGERAKAN DOKUMEN DAYA JEJAK)

  1. Ladang yang belum berdaftar perlu mendaftarkan aktiviti mereka dengan mengisikan maklumat lengkap mengenai aktiviti mereka di dalam Borang Pendaftaran Ladang, Borang ARF01 untuk mendapatkan nombor pendaftaran.
  2. Ladang yang telah berdaftar boleh mendapatkan bekalan bagi borang dayajejak di semua Pejabat Ketua Daerah Perikanan terdekat dengan lokasi ladang mereka berada dengan menyertakan;
  1. Salinan surat pengesahan pendaftaran daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan dan,
  2. Pendaftaran / kelulusan Gunatanah untuk Akuakultur atau,.
  3. Pendaftaran Perniagaan.

 

Dayajejak Produk Akuakultur,

  1. Borang Daya Jejak Produk Akuakultur (Borang BP-DJ01) - Udang Ternakan Kolam
  2. Borang Daya Jejak Ikan Hiasan Hidup (Borang BP-DJ02) - Ikan Hiasan Tropika

 

​Pengesahan Lokasi Ladang

  1. Borang Dayajejak, BP-DJ01 hanya sah digunakan sebagai dokumen sokongan permohonan sijil eksport setelah ditandatangani oleh kakitangan Jabatan Perikanan di peringkat daerah.
  2. Kuasa menandatangani borang dayajejak adalah seperti berikut;
    1. Ketua Unit Akuakultur Negeri.
    2. Ketua Daerah Perikanan /  Penguasa Perikanan Daerah
    3. Pembantu Perikanan Akuakultur Daerah.
  3. Bagi membantu proses pengesahan lokasi ini, setiap pejabat perikanan daerah perlu mempunyai senarai terkini ladang yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

 

Ciri-ciri Fizikal Borang Dayajejak

  1. Dokumen daya jejak ini disediakan di atas kertas berkarbon yang setiap satu mempunyai nombor siri yang berturutan.
  2. Nombor siri ini bertujuan adalah untuk mengesan kuantiti borang yang telah dikeluarkan dan mengesan dokumen berkenaan untuk tujuan pelaporan.

 

Tanggungjawab Negeri / Daerah

Pejabat Perikanan Negeri / Ketua Daerah Perikanan berhak untuk menolak sekiranya keadaan seperti berikut berlaku, antaranya;

  • Tarikh penghantaran dokumen dayajejak ke pejabat perikanan selepas tarikh penerimaan hasil tuaian akuakultur oleh kilang sejukbeku / pengeksport.
  • Tiada maklumat lengkap seperti tarikh tuai, tarikh penghantaran diisikan di dalam borang.
  • Permohonan daripada daerah/negeri lain.

Pejabat Perikanan Negeri /  Ketua Daerah Perikanan bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala mengikut keperluan ke atas ladang-ladang di bawah pengawasan mereka.  Pemeriksaan ini boleh dilaksanakan dengan melihat kepada;

  1. Membuat verifikasi dokumen daya jejak yang telah disahkan di Pejabat Perikanan Daerah dengan salinan simpanan ladang.
  2. Menyemak kuantiti pengeluaran dengan kapasiti pengeluaran ladang.

 

Pejabat Perikanan Negeri / Ketua Daerah Perikanan perlu untuk memanjangkan laporan pengesahan seperti Lampiran D ke Unit Biosekuriti Perikanan negeri terdekat bagi tujuan kompilasi laporan bulanan pengeluaran sijil sebelum 10 haribulan setiap bulan.

 

Pematuhan Garispanduan

Garispanduan yang dikeluarkan ini hendaklah terus berkuatkuasa dan dianggap sah sehingga dipinda atau diganti dengan suatu garispanduan lain atau dibatalkan secara bertulis.

 

Pengecualian

Aktiviti pengesahan lokasi ladang dan Tanggungjawab Negeri/Daerah di dalam Garispandu ini adalah tidak terpakai untuk Borang Dayajejak, BP-DJ02.


Kemaskini pada 2020-09-01 08:33:42 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49002 Tarikh Kemaskini : 15-05-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.    
 

 

 
 

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: open(/var/lib/php/session/sess_tru6opfohjhgn26k0rdvtlsvp7, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0