A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_pv55uqpc9rgub7qjdlt3i9c6n2, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 141

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Pengeluaran Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (STBK) Ikan dan Hasilan Ikan (Chapter 3 HS Code)

Tajuk

Tatacara Operasi Standard Pengeluaran Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (STBK) Ikan dan Hasilan Ikan (Chapter 3 HS Code)

 

Definisi

“Bahagian Biosekuriti Perikanan” ertinya satu Bahagian yang berpusat di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab dan kompeten untuk melaksanakan program kawalan rasmi, analisis rasmi dan jaminan rasmi bagi ikan dan hasilan ikan.

“Jabatan Perikanan Malaysia” ertinya Pihak Berkuasa Kompeten di Malaysia yang menguruskan aktiviti perikanan, akuakultur dan pengesahan selamat di makan ikan dan hasilan ikan.

“Pihak Berkuasa Kompeten” ertinya Pihak Berkuasa Veterinar atau Pihak Berkuasa yang lain yang mempunyai tanggungjawab dan kompeten untuk memastikan atau menyelia pelaksanaan kesihatan haiwan akuatik dan langkah-langkah kebajikan, pensijilan kesihatan antarabangsa dan piawaian lain serta cadangan seperti Aquatic Code di seluruh wilayah.

“Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN)” ertinya pejabat Bahagian Biosekuriti Perikanan di peringkat negeri.

“Unit Biosekuriti Perikanan Negeri di pintu keluar” ertinya pejabat Bahagian Biosekuriti Perikanan di peringkat negeri yang bertanggungjawab mengesahkan ikan dan hasilan ikan di pintu-pintu keluar utama negara.

 

Pengenalan

Sijil Tempasal (COO) merupakan suatu dokumen tempasal mengesahkan status tempat asal sesuatu produk yang dieksport. Dokumen ini bukanlah satu syarat wajib untuk tujuan eksport. Walau bagaimanapun, dokumen ini akan dikeluarkan sekiranya diperlukan oleh negara pengimport bertujuan untuk mengesahkan status negara asal produk yang diimport. Sijil ini dikeluarkan mengikut permintaan pengeksport dan pengeluar sijil perlu memahami peraturan pengeluaran seperti yang termaktub di dalam Peraturan Tempasal, Pertubuhan Perdagangan Dunia.

 

Objektif

 

  1. Penyeragaman prosedur pengeluaran Sijil Tempasal bagi pengesahan tempat asal ikan dan hasilan ikan dalam Chapter 3 Kod Harmonised System di semua Pejabat Perikanan Negeri.
  1. Panduan selaras bagi proses Pengeluaran Sijil Tempasal oleh semua Pejabat Perikanan Negeri di pintu keluar berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan.

 

Pegawai Bertanggungjawab

Prosedur ini terpakai kepada semua Pegawai Perikanan yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Perikanan (KPP) di bawah Seksyen 3 (4) Akta Perikanan 1985 (Akta 317), selaras dengan penurunan kuasa pengeluaran COO oleh MITI.

 

Skop

  1. Terhad kepada komoditi ikan dan hasilan ikan yang tersenarai di dalam Chapter 3 Kod HS sahaja.
  2. Dokumen pengesahan tempat asal bagi komoditi dalam Chapter 3 Kod HS yang dieksport keluar dari Malaysia.

 

Punca Kuasa

  1. Rules of Origin in the World Trade Organization (WTO).
  2. Akta Perikanan, 1985.
  3. Peraturan-peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan bagi Eksport dan Import), 2012
  4. Keputusan Jemaah Menteri pada 10 Mac 2017 yang meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menguruskan pengeluaran STBK bagi udang ke Amerika Syarikat.
  5. Akta Perkhidmatan Permeriksan dan Kuarantin Pertanian Malaysia, 2011

 

Kelayakan Pemohon

  1. Syarat-syarat mengeksport ikan dan hasilan ikan di bawah Chapter 3 Kod HS:

Pemohon (pengilang dan pengeksport) berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia dengan mengisi borang pendaftaran mengikut aktiviti dan disertakan dengan dokumen- dokumen berikut;

  1. Sijil pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Sijil pendaftaran daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) / KKM – bagi ikan dan hasilan ikan yang melalui proses nilai tambah dan pembungkusan khas di kilang.
  3. Lesen Borong daripada LKIM.
  4. Sijil Hazard Analysis of Critical Control Point (HACCP) / Amalan Pengilangan Baik – (Good Manufacturing Practices – GMP) / MeSTI.

 

  1. Syarat Permohonan Pengesahan Sijil Tempasal mengikut jenis komoditi;
  1. Dibungkus segar/sejuk dingin/sejuk beku di Malaysia; 100% produk tempatan (akuakultur / perikanan tangkapan); dan dieksport melalui laut (destinasi jauh) dan udara;
  2. Dibungkus segar / sejukdingin / sejukbeku di Malaysia; 100% hasilan tempatan (akuakultur / perikanan tangkapan); dan dieksport melalui laut (negeri sempadan) dan darat;
  3. Dibungkus dan dieksport melalui / di dalam kawasan kawalan kastam (Zon Perdagangan Bebas / gudang terikat (Bonded warehouse));
  4. Dibungkus segar / sejuk dingin / sejuk beku di Malaysia dan melalui proses transformasi yang mengubah klasifikasi kod tarif di peringkat enam (6) digit pertama.
  5. Diimport dan dipecahkecil dan dibungkus; dan dieksport semula.

 

PROSEDUR PENGELUARAN SIJIL TEMPASAL BUKAN KEUTAMAAN BAGI IKAN DAN HASILAN IKAN.

 


Kemaskini pada 2020-08-26 12:54:09 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49002 Tarikh Kemaskini : 15-05-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.    
 

 

 
 

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: open(/var/lib/php/session/sess_pv55uqpc9rgub7qjdlt3i9c6n2, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0