A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_htja6f4em4tkbsong9cbhhbg54, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 141

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Pengurusan dan Penyisihan Spesies Ikan Mengikut Peruntukan Peraturan

Aktiviti menternak, membiak, menjual semula sehingga kepada mengeksport spesies ikan larangan di bawah peraturan ini adalah dilarang sama sekali.  Sebarang usaha yang dibuat menjurus ke arah itu adalah melakukan satu kesalahan.

Memandangkan terdapat beberapa spesies ikan larangan yang tersenarai di bawah peraturan ini telah pun berada di Malaysia, beberapa langkah pengurusan dan penguatkuasaan perlu diambil bagi membendung dan menyekat penyebaran spesies ini secara berleluasa dan lebih kritikal menguasai secara dominan perairan tempatan Malaysia.

Secara konsisten, semua pihak perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi mengurangkan populasi ikan larangan yang telah sedia ada di dalam negara secara berperingkat-peringkat;

  1. Berikut adalah kaedah pengkelasan semula ikan berkenaan mengikut kategori berikut:
    1. Sifat ikan yang secara jelas memberi ancaman kepada manusia – Faktor K (karnivor / ganas / Beracun / Elektrik).  Faktor K diukur dengan menggunakan skala likert 0 hingga 3. 
  1. Nilai ‘0’ bagi ikan yang tidak mempunyai sebarang ancaman;
  2. Nilai ‘1’ bagi ikan yang kurang bahaya;
  3. Nilai ‘2’ bagi ikan yang berpotensi menjadi perosak dan;
  4. Nilai ‘3’ bagi ikan yang bersifat traumatogenik / elektrik.

 

  1. Status Kewargaan Ikan – Faktor EB (Tempatan / Bela jinak / Asing).  Faktor EB diukur bagi penentuan kesan ikan invasif terhadap ekosistem tempatan.  Faktor EB ditentukan dengan menggunaka skala likert dari 0 hingga 5.
  1. Nilai ‘0’ – tiada kesan kepada ekosistem dan biodiversiti
  2. Nilai ‘1’ – Berpotensi kecil kepada ekosistem dan biodiversiti.
  3. Nilai ‘2’ – Berpotensi sederhana kepada ekosistem dan biodiversiti.
  4. Nilai ‘3’ – Berpotensi memberikan kesan kepada merosakkan ekosistem dan biodiversiti.
  5. Nilai ‘4’ – Memberikan kesan merosakkan dan dominan dalam ekosistem dan biodiversiti.
  6. Nilai ‘5’ – Membawa kesan bencana dan berbahaya kepada ekosistem dan biodiversiti.

 

Penilaian berasaskan kepada Faktor K dan Faktor EB, akan menyisih kedudukan setiap ikan berkenaan di dalam Carta Kunci Penyisihan Matrik Spesies Invasif (Invasive Fish Species Matrix Alienation Lock- ISMAIL).  ISMAIL mengandungi Kategori pengkelasan ikan larangan di dalam peraturan ini akan dibuat berasaskan kepada sifat ikan dan status kewargaan seperti pada jadual kunci matrik seperti di bawah;

  1. Kumpulan Putih – ikan tempatan yang tidak mempunyai ancaman kepada manusia dan tidak mengancam ekosistem serta biodiversiti.  Ikan yang disenaraikan dalam senarai ini boleh diimport, dijual, dipelihara, disimpan, dibiakkan dan dijualsemula tanpa perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah.

 

  1. Kumpulan Biru – ikan yang telah dibelajinak dan tidak membawa ancaman dan ikan spesies tempatan yang kurang bahaya.   Aktiviti mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

 

  1. Kumpulan Hijau – Spesies asing/luar yang tiada ancaman, spesies belajinak yang kurang bahaya dan juga spesies teampatan yang mempunyai potensi perosak.  Aktiviti mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan perlu berdaftar dan di bawah selian serta pengawasan Jabatan Perikanan Malaysia.

 

  1. Kumpulan Kuning – spesies asing/luar kurang bahaya, spesies belajinak yang berpotensi perosak dan spesies tempatan yang bersifat traumatogenik.  Aktiviti mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan perlu mendapatkan kelulusan khas Ketua Pengarah Perikanan, premis penyimpanan perlu didaftarkan, di bawah pengawasan Jabatan Perikanan Malaysia dan perlu menyimpan rekod-rekod ladang (rekod bilangan ikan, kematian dan jualan kepada pembeli). 

 

GARISAN ISMAIL adalah garisan sempadan pemisah diantara kategori yang dibenarkan diternak dengan ikan yang tidak dibenarkan diternak tanpa kelulusan khas Ketua Pengarah.   Kegagalan pemilik menunjukkan bukti sijil kebenaran (LAMPIRAN B) yang sah dan dikeluarkan bagi tujuan mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan akan dikenakan tindakan rampas atau di dakwa di bawah Peraturan ini.

 

  1. Kumpulan Merah – spesies asing/luar yang berpotensi perosak dan spesies belajinak yang bersifat traumatogenik.  Aktiviti mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan perlu mendapatkan kelulusan khas Ketua Pengarah Perikanan, premis penyimpanan perlu didaftarkan, di bawah pengawasan Jabatan Perikanan Malaysia dan perlu menyimpan rekod-rekod ladang (rekod bilangan ikan, kematian, jualan dan lain-lain rekod). Langkah kawalan ketat bagi mengelakkan ikan ini daripada terlepas perlu diberikan keutamaan kepada pemilik yang diberikan kelulusan.

 

  1. Kumpulan Hitam – Spesies asing/luar yang bersifat traumatogenik.  Aktiviti mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan hanya diluluskan oleh Ketua Pengarah Perikanan bagi tujuan Pendidikan dan Penyelidikan sahaja.  Bukan untuk tujuan ternakan, pengeluaran besar-besaran, jualan semula dan eksport. Pemilik premis untuk tujuan import, memelihara dan menyimpan perlu didaftarkan, di bawah pengawasan Jabatan Perikanan Malaysia dan perlu menyimpan rekod-rekod ladang (rekod bilangan ikan, kematian, jualan dan lain-lain rekod). Langkah kawalan ketat bagi mengelakkan ikan ini daripada terlepas perlu diberikan keutamaan kepada pemilik yang diberikan kelulusan.
 
Bagi memohon mendapatkan kebenaran memiliki spesies akuatik larangan ini, sila layarai laman berikut untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Prosedur Permohonan Surat Kebenaran Pemilikan Ikan Larangan.

Kemaskini pada 2020-08-30 16:52:08 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49002 Tarikh Kemaskini : 15-05-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.    
 

 

 
 

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: open(/var/lib/php/session/sess_htja6f4em4tkbsong9cbhhbg54, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0