Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Sijil Kualiti Ikan

PENDAHULUAN

Skim pensijilan biosekuriti perikanan adalah satu skim yang menggabungkan pensijilan bagi amalan pengeluaran terbaik sektor perikanan merangkumi perikanan tangkapan, akuakultur dan pemuliharaan perikanan.Garis panduan am ini disediakan bagi menjadi rujukan utama terhadap kesemua aktiviti pensijilan yang diuruskan di bawah skim pensijilan ini.

Tujuan garis panduan am ini adalah untuk mengurus tatacara pengauditan biosekuriti perikanan sebelum pensijilan rasmi ke atas premis dilakukan.Selain daripada itu, prosedur ini dibangunkan bagi dijadikan panduan kepada juruaudit untuk menjalankan proses pengauditan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Prosedur ini juga berhasrat bagi menyeragamkan aspek teknikal pengauditan bagi kesemua aktiviti pensijilan perikanan yang melibatkan akuakultur ternakan ikan, pengeluaran benih, ikan hiasan, rumpai laut pengilangan makanan ternakan dan kilang tepung ikan, dan amalan kebersihan di atas vesel penangkapan ikan.

 

Sejarah Program Pensijilan Perikanan

Skim pensijilan di bawah Jabatan Perikanan bermula pada tahun 2004 apabila Jabatan mula memperkenalkan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).Skim pensijilan ini bermatlamatkan untuk memberikan jaminan hasilan akuakultur Malaysia dihasilkan tanpa memberikan kemudaratan kepada alam sekitar dan selamat di makan.Buat sementara waktu, piawaian rujukan pensijilan menggunakan panduan pensijilan terkemuka sedia ada di dunia.Memandangkan keperluan pematuhan untuk dipersijilkan mengikut panduan berkenaan amatlah tinggi dan menyukarkan untuk penternak pengeluaran berskala kecil dansederhana untuk patuh, satu skim pensijilan pengenalan kepada pematuhan akuakultur baik diperkenalkan pada tahun 2005 yang dikenali sebagai Skim Amalan Akuakultur Baik (SAAB).

 

Gambar 1:

           

Logo Rasmi Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia – SPLAM (kiri) dan Skim Amalan Akuakultur Baik – SAAB (kanan)

   Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, 2020

 

Pembangunan Standard Malaysia bagi Akuakultur

Jabatan Standard Malaysia pada tahun 2007 telah mengeluarkan satu garis panduan am bagi pelaksanaan yang seragam amalan akuakultur baik sebagai rujukan umum di Malaysia dengan rujukan Malaysia Standard, MS1998:2007 - General Guidelines for Good Aquaculture Practices.  Garis panduan piawai ini telah memasukkan kesemua keperluan bagi sesuatu ladang, sangkar, pembenihan ikan dan lain-lain aktiviti akuakultur untuk dirujuk dan mengukur paras kepatuhan pengusaha terhadap amalan pengeluaran baik aktiviti akuakultur.  Pematuhan bermula daripada skop pemilihan tapak, pembinaan, pemilihan benih terbaik, penternakan, pengurusan penyakit sehingga ke peringkat pengeluaran dan pengendalian lepas tuai.  Sebagai tambahan kepada piawaian ini, keperluan pemantauan kesihatan ternakan, isu melibatkan kesan sosio-ekonomi seperti buruh, bias gender, kemampanan alam sekitar dan halal turut disentuh di dalam piawaian ini.

Gambar 2:

Naskah Standard Malaysia bagi Program Pensijilan Biosekuriti Perikanan

Sumber: Jabatan Standard Malaysia

 

Keperluan kepada pematuhan kepada kehendak terkini di dalam FAO Technical Guidelines on Aquaculture Certification yang diterbitkan pada tahun 2011 dan Guidelines on ASEAN Good Aquaculture Practices (ASEAN GAqP) for Food Fish,2015 telah menambah keperluan baru di dalam piawaian amalan baik bagi akuakultur Malaysia.Keperluan seperti hak awam dan penduduk tempatan untuk akses kepada sumber, buruh kanak-kanak dan penggunaan air buangan turut dimasukkan di dalam semakan baru piawaian ini.Standard baru yang disemak semula ini telah diterbitkan pada tahun 2017 dan dikenali sebagai Standard Malaysia (Malaysia Standard - MS) 1998:2017 - Good Aquaculture Practices – Aquaculture Farm (First Rivision)

 

Penggantungan Eksport Ikan Hiasan dan Hasilan Ikan Malaysia ke Kesatuan Eropah

Insiden penyahsenaraian syarikat pengeksport ikan dan hasilan ikan Malaysia daripada senarai pengeksport Ketua Direktorat Kesihatan dan Kepenggunaan (Directorate-General of Health and Consumers – DG SANCO) Kesatuan Eropah pada tahun 2008 telah melahirkan satu skim pensijilan yang merangkumkan kualiti dan kebersihan pengeluaran akuakultur dan perikanan tangkapan di bawah satu skim pensijilan.Skim pensijilan ini mempunyai keperluan tambahan yang perlu dipatuhi oleh penternak ikan dan nelayan untuk memenuhi kehendak perundangan Kesatuan Eropah.

Sijil yang dijenamakan sebagai Sijik Kualiti Ikan (Fish Quality Certificate – FQC) ini dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Kawalan Kualiti Ikan Bagi Eksport ke Kesatuan Eropah) 2009 dan Pindaan 2012, Akta Perikanan 1985. Penganugerahan sijil ini diberikan kepada pemilik premis yang berjaya ditauliahkan dengan myGAP, myGMP dan myHOB yang membekal ikan mereka kepada premis pengeksport hasilan ikan ke pasaran Kesatuan Eropah.

 

SIJIL KUALITI IKAN

Pensijilan ini adalah khusus ditauliahkan untuk pengusaha akuakultur, pemilik vesel, pengilang kilang makanan ikan dan tepung ikan, pengusaha pusat penetasan ikan dan pengeksport/pengimport yang terlibat di sepanjang rantaian nilai bekalan ikan dan hasilan ikan bagi tujuan eksport ke Kesatuan Eropah.Pengusaha yang dipersijilkan di bawah program FQC adalah wajib untuk terlibat di dalam program pemantauan kehadiran kontaminan tahunan seperti Program Pemantauan Residu Akuakultur (Aquaculture Residue Monitoring Program – ARMP); Program Pensampelan Kebersihan Atas Vesel Penangkapan Ikan; Program Pemantauan Makanan Ikan dan Tepung Ikan; dan Program Pemantauan Penyakit Ikan Kebangsaan.

Gambar 3:

Ringkasan Proses Pensijilan FQC yang melibatkan aktiviti sepanjang rantaian nilai.

 

Dalam masa yang sama, penerima sijil myGAP, myHOB dan myGMP Kilang Makanan Ikan dan Tepung ikan perlu memperuntukan sumber kewanganbagi pelaksanaan pemantauan sendiri kehadiran kontaminan tertentu  dan dibuktikan bebas dan selamat di makan sebelum boleh membekalkan kepada pengilang yang mengeksport hasil pemprosesan kilang mereka ke pasaran Kesatuan Eropah.  Tujuan pemantauan sendiri adalah bermatlamat untuk memastikan supaya keputusan pemantauan sendiri yang dikendalikan oleh pemilik ladang/premis dan pemantauan rasmi kerajaan mempunyai keputusan yang tiada percanggahan dan melindungi kedua-dua belah pihak.

Syarikat yang dipersijilkan akan tersenarai di dalam halaman Sistem Pengurusan Eksport Makanan Untuk Pengeksportan ke Kesatuan Eropah / Food Management System for Export to European Union – FEXOC (http://fexoc.moh.gov.my/) bagi membolehkan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk sumber asal bahan mentah dan mengeluarkan Sijil Kesihatan mengiringi konsainan ke pasaran Eropah.

Gambar 4:

Laman Sesawang Sistem Pengurusan Eksport Makanan Untuk Pengeksportan ke Kesatuan Eropah, Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan.

Sumber: http://fexoc.moh.gov.my/, 2020

Penjenamaan Semula SPLAM

Sejak dilancarkan pada tahun 2004, sijil SPLAM turut dilancarkan secara bersama dengan dua lagi skim pensijilan di bawah kelolaan Jabatan Pertanian (Skim Amalan Ladang Baik Malaysia - SALAM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (Skim Pensijilan Amalan Ladang Ternakan Baik – SALT).Ketiga-tiga skim pensijilan ini merupakan jenama amalan pertanian baik Malaysia yang memerlukan promosi untuk diperkenalkan di persada antarabangsa.

 

Pada 28 Ogos 2013, ketiga-tiga jenama skim pensijilan ini telah digabungkan di bawah satu jenama baru yang di panggil myGAP (Malaysia Good Agriculture Practices).  Jenama baru ini telah memberikan satu anjakan baru apabila proses pengeluaran sijil telah diseragamkan untuk memenuhi keperluan pengauditan di dalam ISO 19011 Guidelines for Auditing Management Systems.

 

Gambar 5:

Logo Rasmi myGAP

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, 2020

 

SKIM PENSIJILAN BIOSEKURITI PERIKANAN:

Skim pensijilan ini terbahagi kepada dua komponen utama

Sijil Amalan Akuakultur Baik (myGAP)

  1. Skim pensijilan myGAP hanya menawarkan sijil kepada pengusaha yang melibatkan diri dalam akuakultur sahaja seperti;
  1. Akuakultur Ternakan (Kolam/Sangkar)
    1. Kolam Ternakan Udang Laut.
    2. Kolam Ternakan Ikan Air Tawar.
    3. Sangkar Ternakan Ikan Laut.
    4. Sangkar Ternakan Ikan Air Tawar.
    5. Ternakan Ikan dalam Tangki
  2. Pusat Penetasan Ikan/Udang
    1. Hatcheri Penetasan Ikan.
    2. Hatcheri Penetasan Udang.
    3. Hatcheri Pembiakbakaan Induk Udang Bebas Patogen Penyakit Tertentu
  3. Industri Ikan Hiasan
    1. Ladang Ternakan Ikan Hiasan
    2. Premis Pengeksport Ikan Hiasan
    3. Premis Pengimport Ikan Hiasan
    4. Premis Ternakan Ikan Hiasan CITES
    5. Premis Pengeksport Ikan Hiasan CITES
  4. Rumpailaut & Moluska
    1. Pengusaha Rumpailaut Persendirian
    2. Pengusaha Rumpai Laut (Kluster).
    3. Mini-estate Rumpai Laut
    4. Moluska

 

Sijil Kualiti Ikan

Skim pensijilan ini pula adalah satu skim wajib kepada pembekal bahan mentah untuk tujuan eksport ke Kesatuan Eropah.  Skim ini menawarkan sijil kepada kesemua aktiviti akuakultur seperti di atas (myGAP) dan aktiviti huluan perikanan seperti:

  1. Pengilangan Baik bagi Makanan Ikan dan Tepung Ikan (Good Manufacturing Practices - GMP).
  2. Kebersihan di Atas Vesel Penangkapan Ikan (Hygiene on-Board - HOB)

 

 


Kemaskini pada 2020-09-01 08:16:41 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 48943 Tarikh Kemaskini : 18-04-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.