PENDAHULUAN
Maksud Tatacara Operasi Standard (SOP) ini ialah untuk memberikan garis panduan serta arahan-arahan tetap mengenai prosedur-prosedur mengurus dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb., bagi Ikan)1990 (Pindaan) 2011 yang telah diwartakan pada 17 Januari 2011. Tujuan dan semangat semua peraturan-peraturan dibawahnya adalah untuk mengawal dan melindungi kepentingan ekosistem dan biodiversiti akuatik Negara daripada didominasi oleh ikan larangan ini. Dengan adanya SOP ini, diharapkan pengurusan dan penguatkuasaan Peraturan diatas dapat dilaksanakan dengan dedikasi dan teratur serta penuh tanggungjawab penuh secara adil dan saksama.
GLOSARI ARAHAN TETAP
- Karnivor Ganas ditakrifkan sebagai sifat ikan yang sumber makanan asasnya adalah ikan lain bersifat menyerang secara agresif.
- Beracun ditakrifkan sebagai ikan yang mempunyai racun secara alamiah yang memberikan kemudaratan kepada sesiapa yang memegang atau memakannya.
- Elektrik ditakrifkan spesies ikan yang berupaya menjanakan tenaga elektrik sebagai pertahanan dan senjata serangan.
- Potensi Perosak ikan yang bersifat perosak dan diperkenalkan di perairan dan mempunyai keupayaan untuk menjadi dominan dengan cepat dan mengancam populasi asal perairan berkenaan.
- Traumatogenik adalah ikan yang dikelaskan dibawah Fishbase sebagai ikan yang berupaya memberikan kesan kecederaan secara menyerang mangsanya termasuk manusia.
- Ikan Tempatan adalah ikan spesies asli di mana-mana ekosistem semulajadi Malaysia, termasuk sebarang spesies yang asal atau spesies yang dikembangkan dalam habitat tempatan tanpa ada gangguan dan campurtangan manusia. Dua kategori ikan tempatan;
- Ikan Tempatan Asli – ikan tempatan yang boleh ditemui di pelbagai lokasi ekosistem dan habitat.
- Ikan Tempatan Endemik – ikan tempatan asli yang hanya boleh ditemui di lokasi ekosistem dan habitat berdasarkan lokaliti tertentu sahaja
- Ikan Bela Jinak / Domestikated adalah ikan spesies asing yang tidak jatuh dalam definasi ikan tempatan tetapi telah berada di Malaysia untuk tujuan akuakultur dan secara dasarnya tidak membawa kesan buruk kepada ekosistem/habitat akuatik tempatan.
- Spesies Asing / Invasive adalah species yang dibawa dan/atau di sebarkan/tersebar di luar daripada kawasan taburan asal dan memberikan ancaman kepada kepelbagaian biologi ekosistem/habitat baru.
- Ikan Larangan ditakrifkan sebagai spesies ikan bukan asli yang dipertimbangkan sebagai bahaya kepada habitat/ekosistem akuatik dan/atau memberikan kemudaratan kepada kesihatan dan kebajikan penduduk.
PUNCA KUASA
Akta Perikanan 1985 memperuntukan punca kuasa kepada Menteri untuk merangka undang-undang bagi kawalan larangan import dan menternak ikan berbahaya di dalam Seksyen 61 (l), (af) dan (ag).
- Seksyen 61 (l) memperuntukan kuasa Menteri ‘untuk melarang apa-apa spesies ikan’.
- Seksyen 61 (af) pula menyebut kuasa Menteri ‘untuk menetapkan peraturan-peraturan pengawalan spesies ikan yang merbahaya’.
- Seksyen 61 (ag) pula menyebut mengenai kuasa Menteri ‘untuk menetapkan peraturan-peraturan mengenai pengawalan pergerakan ikan dalam Malaysia’.
Menteri di bawah kuasa yang diberikan di bawah Akta Perikanan 1985 telah mewartakan Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 sebagai satu langkah kawalan mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan spesies ikan larangan seperti dalam Jadual di dalam peraturan yang sama.
Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 memperuntukan;
- Larangan mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan ikan larangan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.
- Ketua Pengarah boleh mengenakan syarat-syarat yang patut untuk mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan ikan larangan.
- Mana-mana orang yang melanggar peruntukan dalam peraturan ini melakukan kesalahan dan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.00 atau
apenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
KATEGORI IKAN LARANGAN
Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 menyenaraikan genus ikan larangan seperti;
- Serrasalmus / Serrasalmo / Pyg
rocentrus / Catoprian. - Pygopristis
- Co
llosomma / Piaractus - Mylossoma.
- Mylopus / Myleus.
- Pristobrycon
- Myletes
Larangan bagi genus ikan pada peraturan 1990 diwartakan atas dasar sifat ikan- ikan asal Amazon ini yang karnivor ganas, traumatogenik dan berbahaya kepada populasi ikan tempatan dan masyarakat. Selain daripada itu, pengenalan genus ini di perairan umum tanpa kawalan akan mengganggu keseimbangan biodiversiti habitat dan ekosistem akuatik negara
Pindaan kepada peraturan ini pada tahun 2011 telah menambah beberapa genus ikan yang dilarang seperti;
- Salmo.
- Onchorynchus.
- Cichla.
- Esox.
- Cichlasoma.
- Acipenser.
- Arapaima.
- Lepisosteus.
- Cherax destructor
Tambahan genus dan spesies bagi pindaan pada tahun 2011 adalah berasaskan kepada factor perebakan penyakit (Penyakit Salmonid – Salmo dan Onchorynchus; dan udang crayfish – Cherax destructor), sifat-sifat pemangsaan ganas (bagi genus Esox, Acipenser, Lepisosteus dan Arapaima) serta keseimbangan biodiversiti ekosistem akuatik (Cichla dan Cichlasoma).
Bagi sesiapa yang telah memiliki spesies ini ataupun berhasrat untuk memiliki spesis ini sila rujuk kepada Kaedah Pengurusan Spesies Ikan Larangan untuk maklumat lanjut.
Kemaskini pada 2020-09-01 08:19:33 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan