Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Soalan Lazim - Biosekuriti

Bagaimanakah saya boleh memohon pendaftaran ladang ikan hiasan / pengeksport/ pengimport/ pengangkut ikan hidup?

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Ladang Akuakultur (ARF Version 1/2017) yang boleh didapati dari Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) yang berkaitan.

Bagaimanakah saya boleh memohon pendaftaran untuk vesel penangkapan ikan di bawah Program Biosekuriti Perikanan?

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Vesel Penangkapan Ikan (FVA-01) yang boleh didapati dari Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) yang berkaitan.

 

Bagaimanakah saya ingin mendapatkan kebenaran membawa masuk ikan hidup bagi tujuan pertandingan/pameran/pertunjukan/penyelidikan?

Permohonan bagi membawa masuk ikan hidup ke Malaysia bagi tujuan pertandingan/pameran/pertunjukan/penyelidikan adalah menggunakan borang permohonan Kelulusan Khas Kuarantin ikan Hidup Yang Dibawa Masuk Ke Malaysia Bagi Tujuan Pertandingan/Pameran/Pertunjukan/Penyelidikan (BPPP-01) yang boleh didapati di Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) yang berkaitan.

Bagaimanakah saya hendak membuat aduan sekiranya berlakunya kematian ikan secara besar-besaran sama ada di perairan Malaysia atau di kawasan ternakan?

Aduan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran dengan lokasi kejadian dan mengisi Borang FDN-01.

Apakah tatacara bagi saya untuk menjalankan aktiviti import / eksport ikan hidup?

Bagi aktiviti perdagangan dan komersil, tuan hendaklah mematuhi syarat berikut:

  1. Premis kuarantin import/eksport perlu dibina mengikut keperluan biosekuriti bagi aktiviti import/eksport.
  2. Premis perlu didaftarkan di Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) berkaitan di mana premis tersebut berada.
  3. Memohon Lesen Borong daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  4. Memohon pendaftaran sebagai pengimport/pengeksport dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Apakah syarat-syarat untuk saya memohon permit import ikan dan udang hiasan?

Tuan hendaklah mematuhi syarat berikut iaitu:

  1. Mempunyai premis yang telah beroperasi mengikut keperluan biosekuriti.
  2. Berdaftar sebagai pengimport dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
  3. Memohon Lesen Borong dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di mana premis beroperasi
  4. Berdaftar dengan Dagangnet Technology Sdn. Bhd. untuk mendapatkan akses sistem e-permit.

Di manakah saya boleh menyalurkan aduan sekiranya terdapat penjualan ikan yang disyaki menggunakan bahan kimia bagi mengekalkan kesegarannya di pasar awam/pasar raya?

Isu-isu food safety (keselamatan makanan) bagi ikan dan hasilan ikan berada di bawah bidang kuasa beberapa pihak berkuasa. Aduan boleh disalurkan seperti berikut:

  1. Isu food safety ikan/hasil laut di pasar awam/pasaraya: aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH). 
  2. Isu food safety di jeti-jeti pendaratan milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): aduan kepada LKIM.
  3. Isu food safety bagi ikan/hasil laut yang berada di atas vesel penangkapan ikan : aduan kepada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Saya menghadapi kerugian akibat kematian ternakan ikan disebabkan oleh punca-punca yang tidak diketahui. Apakah yang harus saya lakukan?

Sekiranya terdapat kes-kes kematian ikan, pihak tuan boleh berhubung dengan mana-mana Unit Biosekuriti Negeri, Pejabat Perikanan Negeri atau Bahagian Biosekuriti Perikanan, Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya bagi tujuan siasatan kematian ikan. Sebarang tindakan lanjut adalah tertakluk kepada hasil siasatan punca kematian ikan dan juga berdasarkan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan.

Bolehkah saya menghantar sampel untuk dianalisis di Makmal Biosekuriti Perikanan sekiranya saya tidak termasuk dalam Program Kawalan Rasmi?

Tidak, melainkan anda berdaftar dengan Program Kawalan Rasmi yang ditetapkan. Unit Biosekuriti Perikanan setiap negeri akan menjalankan pensampelan bagi Program Kawalan Rasmi seperti ARMP, HOB, SPS Marin, SPS Akua, pemantauan makanan ikan/tepung ikan dan surveilan penyakit ikan. Sampel-sampel tersebut akan dihantar ke makmal mengikut zon yang telah ditetapkan.

Dimanakah lokasi Makmal Biosekuriti Perikanan?

Terdapat 6 Makmal Biosekuriti Perikanan yang menawarkan perkhidmatan analisa untuk pemantauan kesihatan ikan dan kesihatan awam di Malaysia. Makmal-makmal ini menjalankan analisa terhadap program pemantauan di bawah program kawalan rasmi dan jaminan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia. Makmal Kesihatan Ikan dan Kesihatan Awam terletak seperti berikut:

  1. Makmal Biosekuriti Perikanan KLIA, Sepang
  2. Makmal Biosekuriti Perikanan Gelang Patah, Johor
  3. Makmal Biosekuriti Perikanan Tunjang, Kedah
  4. Makmal Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur
  5. Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang
  6. Makmal Biosekuriti Perikanan Bintawa, Sarawak

Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk analisis yang dijalankan?

Tidak.

Berapa lamakah tempoh sesuatu analisis dijalankan?

14 hari.

Apakah kriteria kelayakan bagi permohonan menyertai Skim Pensijilan myGAP?

Pemilik ladang berikut layak untuk dipertimbangkan bagi memohon Pensijilan myGAP:

  1. Tapak ternakan mempunyai pemilikan dan diusahakan secara sah (persendirian / sewa / pemilikan sementara / pajak.
  2. Telah menjalankan ternakan sekurang-kurangnya 1 tahun atau satu pusingan dan mempunyai rekod pengeluaran hasil.
  3. Mempunyai dokumen dan rekod ladang yang dikemaskini.
  4. Bersedia untuk menerima pandangan, teguran dan saranan penambahbaikan terhadap aspek Amalan Akuakultur Baik daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
  5. Mempunyai dokumen Program Jaminan Kualiti - Quality Assurance Programme (QAP) sebagai bukti komitmen untuk menghasilkan produk berkualiti, selamat dimakan, kelestarian persekitaran, kebajikan haiwan dan mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja.

Bagaimanakah prosedur permohonan untuk menyertai Program Pensijilan myGAP?

Pemohon yang berminat dan memenuhi kriteria hendaklah mengemukakan permohonan kepada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) mengikut lokasi ladang atau premis. Pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, pengauditan, kelulusan dan penganugerahan sijil myGAP juga boleh diajukan kepada UBPN berkaitan. Secara ringkas, langkah-langkah mendapatkan pensijilan myGAP adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran
  2. Permohonan Pengauditan
  3. Pemilihan Pasukan Juruaudit oleh Jabatan
  4. Penilaian Audit Pematuhan
  5. Jawatankuasa Penilaian dan Perakuan Audit Biosekuriti Perikanan (JKPP)
  6. Kelulusan
  7. Anugerah Sijil myGAP
  8. Pengekalan Status
  9. Pensijilan Semula

Bagaimanakah prosedur dan apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon Sijil Kesihatan Ikan Hidup, Serbuk Ikan (Fishmeal) dan Makanan Ikan?

Pemohonan hendaklah dikemukakan tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh   pengeksportan sebenar kepada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) mengikut lokasi premis pengeksport.

 

  Bagi permohonan Sijil Kesihatan Serbuk Ikan (Fishmeal) dan Makanan Ikan permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biosekuriti Perikanan Ibu Pejabat, Putrajaya. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Sijil – Borang BPKT-01 (Muat Turun di Laman Web Jabatan Perikanan Malaysia)
  2. Inbois / Packing List
  3. Borang Dayajejak (Traceability)- Borang BPDJ-01
  4. Salinan Sijil Kualiti Ikan (FQC) – khusus bagi pengeksportan ke EU.
  5. Sijil kesihatan daripada negara pengeksport bagi tujuan eksport semula.
  6. Laporan analisa makmal.
  7. Lain-lain dokumen mengikut keperluan.

 

Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi sekiranya saya ingin mengeksport hasilan ikan (udang mentah sejuk beku) ke Austalia dan Korea Selatan?

Tuan perlulah mengikuti tatacara berikut:

  1. Syarat Permohonan
  1. Bahan mentah yang diperolehi adalah dari sumber yang berasal dari malaysia dan negara pengeksport yang diiktiraf yang diproses di premis yang disahkan di Malaysia.
  2. Sumber hendaklah dari;
  • Ladang yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia / Seliaan Jabatan Perikanan Malaysia; atau
  • Terlibat di dalam Aquaculture Residue Monitoring Program (ARMP)/survelan penyakit; atau
  • Sumber bahan mentah perlulah dari ladang yang bebas daripada penyakit, Irido virus, Taura Syndrome Disease(TSD), White Spot Disease (WSD), Yellowhead Disease (YHD), Infectious hypodermal and haematopoietic necrosis (IHHNV), Infectious myonecrosis, Spherical baculovirus, White tail disease (MrNV) serta diperakui oleh Jabatan Perikanan Malaysia sebagai bebas dari penyakit OIE; atau
  • Mempunyai Sijil myGAP atau Sijil Kualiti Ikan (FQC) ; atau
  • Vesel yang mempunyai lesen yang sah dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan terlibat di bawah program persampelan Sanitary and Phytosanitary – SPS Marin / Vesel yang mengamalkan amalan kebersihan atas bot (HOB).
  • Bagi sumber import, sijil kesihatan dan laporan analisa penyakit yang dikeluarkan oleh pihak kompeten negara pengeksport perlu disertakan.
  • Sijil kesihatan akan ditarik balik sekiranya laporan makmal didapati positif bagi konsainan yang sudah berlepas. Pihak DOF akan memaklumkan kepada negara pengimport mengenai penarikan sijil kesihatan tersebut.
  • Mempunyai rekod dayajejak dari sumber pengeluaran (Borang BPDJ-01)

 

  1. Prosedur Permohonan Eksport
  1. Pemohonan  Sijil Kesihatan Bagi Hasilan Ikan hendaklah dikemukakan kepada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri mengikut lokasi kilang tersebut atau di pintu keluar yang berdekatan dengan menggunakan Borang BP-KT01.
  2. Pemohon mestilah memahami segala keperluan eksport yang ditentukan oleh negara pengimport.
  3. Permohonan hendaklah dikemukakan 10 hari bekerja sebelum produk dieksport. Tempoh ini boleh dikurangkan kepada lima (5) hari bekerja sekiranya persampelan dan analisis telah dibuat dua (2) minggu sebelum tuaian atau ladang ini tersebut mempunyai Sijil Kualiti Ikan dan dibawah program ARMP.
  4. Pemohon mestilah mengemukakan:
  • Senarai ladang/vesel yang membekalkan bahan mentah kepada kilang ( Borang Dayajejak BPDJ-01)
  • Resit pembelian dari ladang/vesel tersebut.
  1. Pegawai Unit Biosekuriti Perikanan Negeri - UBPN / Ketua Daerah Perikanan – KDP / Penguasa Perikanan Daerah – PPD / Pembantu Perikanan Akuakultur Daerah - FAAq akan mengutip dan menentukan sampel bagi setiap batch untuk analisis kehadiran penyakit di premis pengeksport. Sampel yang dikutip perlu dihantar ke makmal bagi tujuan analisis dan segala kos akan ditanggung oleh pengeksport.
  2. Sampel yang dikutip perlu dihantar ke makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Perikanaan Malaysia. Keputusan analisis hendaklah dihantar segera kepada UBPN yang mana permohonan bagi mendapatkan sijil ini dibuat setelah laporan diperolehi daripada makmal.
  3. Pegawai UBPN/ PPD / KDP/ FAAq juga akan membuat pemeriksaan berkala / mengejut ke atas premis berkenaan untuk memastikan udang bebas daripada tanda klinikal penyakit (visible sign) .
  4. Sijil akan dikeluarkan berdasarkan pemeriksaan dokumen dan keputusan analisis makmal.
  5. Sijil Kesihatan tidak akan dikeluarkan sekiranya konsainan sudah berlepas dan tidak mempunyai laporan analisa makmal.


 

Apakah kriteria kelayakan bagi permohonan Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO)?

Syarat-syarat mengeksport ikan dan hasilan ikan di bawah Chapter 3 Kod HS adalah pemohon (pengilang dan pengeksport) hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia dengan mengisi borang pendaftaran mengikut aktiviti dan disertakan dengan dokumen- dokumen berikut:

  1. Sijil pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Sijil pendaftaran daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) / KKM – bagi ikan dan hasilan ikan yang melalui proses nilai tambah dan pembungkusan khas di kilang.
  3. Lesen Borong daripada LKIM.
  4. Sijil Hazard Analysis of Critical Control Point (HACCP) / Amalan Pengilangan Baik – (Good Manufacturing Practices – GMP) / MeSTI.

 

Manakala, Syarat Permohonan Pengesahan Sijil Tempasal mengikut jenis komoditi adalah:

  1. Dibungkus segar/sejuk dingin/sejuk beku di Malaysia; 100% produk tempatan (akuakultur / perikanan tangkapan); dan dieksport melalui laut (destinasi jauh) dan udara;
  2. Dibungkus segar / sejukdingin / sejukbeku di Malaysia; 100% hasilan tempatan (akuakultur / perikanan tangkapan); dan dieksport melalui laut (negeri sempadan) dan darat;
  3. Dibungkus dan dieksport melalui / di dalam kawasan kawalan kastam (Zon Perdagangan Bebas / gudang terikat (Bonded warehouse));
  4. Dibungkus segar / sejuk dingin / sejuk beku di Malaysia dan melalui proses transformasi yang mengubah klasifikasi kod tarif di peringkat enam (6) digit pertama.
  5. Diimport dan dipecahkecil dan dibungkus; dan dieksport semula.

Bagaimanakah prosedur untuk memohon Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO)?

  Pemohonan hendaklah dikemukakan tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh

  pengeksportan sebenar kepada UBPN mengikut lokasi pintu keluar   menggunakan Borang Permohonan BPKT -01. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah mengikut kategori jenis komiditi yang hendak di eksport seperti jadual di bawah:

Bil.

Jenis Komoditi

Dokumen Iringan

 

Invois Belian

Invois Jualan

Borang Kastam 1

Borang Kastam 2

Borang Kastam 8

Borang ZB Import

Borang ZB Eksport

Borang Daya Jejak

ePengisytiharan LKIM / LOV

Bill of Lading (Resit muatan)

Airway Bill

HACCP / GMP / MeSTI

STATUS PRODUK

  1.  

Produk Tempatan (laluan udara / laut)

o

o

x

o

x

x

x

o

o

o

o

o

MY

  1.  

Produk Tempatan (laluan sempadan darat / laut)

o

o

x

o

x

x

x

o

o

x

x

o

MY

  1.  

 

Kawasan Kawalan Kastam

 

a) Kaw Bebas Cukai

o

o

x

x

x

o

o

x

x

o

o

x

NA

 

b) Gudang Terikat

o

o

x

x

o

x

x

x

x

o

o

x

NA

  1.  

Tukar HS Kod (Proses)

x

o

o

o

x

x

x

x

x

o

o

o

MY

  1.  

Transit / Transhipment

o

o

o

o

x

x

x

x

x

o

o

x

NA

 

KETERANGAN:

x

Dokumen Tidak Diperlukan

0

Dokumen Diperlukan

 

 

 

MY

Malaysia.

NA

Negara Asal.

 

                               

Catatan:

  • Untuk konsainan udang eksport ke Amerika Syarikat, pemohon perlu mengemukakan Borang Pengisytiharan bagi Udang (Shrimp Declaration Form), DS 2031.
  • Bill of Lading atau Airway Bill boleh dihantarkan kemudian setelah pemohon menerima dokumen berkenaan daripada penguasa pelabuhan ataupun lapangan terbang.

 

 

Apa itu CITES?

Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES) adalah perjanjian yang mengawal perdagangan antarabangsa tumbuhan dan haiwan yang terancam. Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian konvensyen ini dan ia adalah sukarela; lebih daripada 170 buah negara telah menandatangani dan meratifikasi CITES setakat ini.

Perjanjian ini mengandungi tiga Lampiran di mana spesies Terancam CITES diletakkan seperti berikut:

  1. Lampiran I: Semua ahli Konvensyen CITES bersetuju untuk mengharamkan semua perdagangan komersil antarabangsa bagi spesies tersebut.
  2. Lampiran II: Semua ahli Konvensyen CITES bersetuju untuk membenarkan perdagangan dalam spesies itu hanya jika syarat-syarat tertentu dipenuhi. (Sebagai contoh, sebelum Parti dibenarkan mengeksport ahli spesies Lampiran II, ia mesti membuktikan bahawa eksport tidak akan memudaratkan populasi liar spesies itu.)
  3. Lampiran III: Spesies tersebut adalah dilindungi sekurang-kurangnya satu negara, yang telah meminta Semua ahli Konvensyen CITES lain untuk membantu mengawal perdagangan.

 

Sebagai tambahan kepada spesies penyenaraian di Lampiran CITES, Pihak-pihak juga bersetuju untuk mengambil tindakan lain bagi melindungi spesies dalam perdagangan komersil antarabangsa. Sebagai contoh, Semua ahli Konvensyen CITES bersetuju untuk mematuhi piawaian yang berperikemanusiaan untuk pengangkutan udara haiwan hidup yang disenaraikan di dalam Appendiks CITES.

Siapa yang mentadbir CITES?

Sekretariat CITES, yang berpusat di Geneva, bertanggungjawab untuk mentadbirkan perjanjian ini. Sekretariat itu sendiri ditadbir oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Malaysia selaku salah sebuah negara ahli Konvensyen CITES berperanan mengawal perdagangan dalam spesies yang disenaraikan di dalam lampiran CITES  dengan mengeluarkan permit eksport dan import CITES.

Bagaimanakah CITES dikuatkuasakan?

Sekretariat CITES tidak menguatkuasakan perjanjian itu. Sebaliknya, semua ahli Konvensyen CITES telah menerima pakai CITES yang melaksanakan undang-undang-undang-undang negara yang membolehkan pelaksanaan dan penguatkuasaan perjanjian itu. Di Malaysia, CITES dilaksanakan dan dikuatkuasakan melalui Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

Bagaimana spesies disenaraikan di dalam lampiran CITES?

Di setiap Conference of Parties (CoP), ahli Konvensyen CITES mengemukakan cadangan untuk menyenaraikan spesies di Lampiran, memindahkan spesies dari Lampiran, atau memindahkan spesies dari satu Lampiran kepada yang lain. Cadangan spesies dibincangkan dan diluluskan atau ditolak secara konsensus atau mengundi. Setiap ahli Konvensyen CITES mendapat satu undi. Ia mengambil dua pertiga dari para ahli Konvensyen CITES yang hadir dan mengundi untuk meluluskan proposal spesies.

Bagaimanakah saya menyemak samada saya memerlukan permit CITES untuk mengimport atau mengeksport spesimen Ikan dan Hidupan Marin?

Mengimport, mengeksport dan mengeksport semula Ikan dan Hidupan Marin yang disenaraikan dalam Lampiran CITES (atau mana-mana bahagian atau terbitan haiwan atau tumbuhan) memerlukan permit atau sijil. Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Menyemak pangkalan data spesies yang disenaraikan CITES di laman sesawang www.cites.org dengan menggunakan samada nama saintifik atau nama umum spesies; ATAU
  2. Menyemak dengan Jabatan Perikanan Malaysia selaku Pihak Berkuasa Pengurusan bagi Spesies Ikan dan Hidupan Marin Terancam CITES. Sila emel pertanyaan ke citeshq@dof.gov.my untuk menentukan samada spesies yang anda berminat memerlukan permit atau tidak.

Bagaimanakah cara untuk saya ingin mendaftarkan Ladang ikan kelisa di bawah Sekretariat CITES, Geneva?

Permohonan pendaftaran ladang ikan kelisa di bawah Sekretariat CITES, Geneva hendaklah dihantar ke Jabatan Perikanan Malaysia bersama Kertas Kerja Permohonan Pendaftaran Ladang Pembiakbakaan Dalam Kurungan yang menggunakan format yang disediakan oleh Pihak Sekretariat CITES iaitu (Annex 3) yang boleh dimuat turun melalui https://www.dof.gov.my/dof2/resources/user_1/UploadFile/Biosekuriti%20Perikanan/Annex_3.pdf

 

Selain itu, Ladang tersebut perlu berdaftar sebagai ladang pembiakbakaan spesies terjadual di bawah Akta 686 dan berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti Perikanan sebagai ladang/pengeksport untuk membolehkan ladang tersebut memohon Permit Ikan Hidup dan Sijil kesihatan apabila menjalankan aktiviti pengeksportan kelak.

Bagaimanakah prosedur untuk memohon Permit Import/ Eksport atau Re-eksport CITES?

Permit CITES hanya dikeluarkan oleh Ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya. Berikut merupakan syarat – syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon permit CITES.

  • Permit eksport CITES hanya diberikan kepada ladang pembiakbakaan (arowana) yang mendapat kelulusan dan nombor pendaftaran ladang dari Sekretariat CITES di Geneva.
  • Bagi pemohon Permit Import CITES, pengimport perlu berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti Perikanansebagai pengimport dan juga berdaftar sebagai pengeksport sekiranya menjalankan aktiviti re-eksport.

 

  1. Prosedur Permohonan Permit Eksport
    • Bagi permohonan permit eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011.
    • Borang Perakuan No PIT – FC 02/11pin 2012 bagi ikan yang telah ditanda atau FC02/11Apin 2012  bagi ikan tidak ditanda yang telah disahkan oleh kakitangan dari Pejabat Perikanan Daerah/Negeri yang menjalankan pemeriksaan serta satu salinan ‘softcopy'.
    • Satu salinan inbois.

 

  1. Prosedur Permohonan Permit Import
    • Bagi permohonan permit Import pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011.
    • Satu salinan permit eksport CITES yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Negara pengeksport.
    • Satu salinan inbois.

 

 

  1. Prosedur Permohonan Permit Re-Eksport
    • Bagi permohonan permit re-eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011
    • Satu salinan permit import CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia semasa permohonan import masuk.
    • Borang pengesahan re-eksport FC 05/11 bagi permohonan re-eksport ikan arowana atau Borang pengesahan re-eksport FC 06/11 bagi permohonan re-eksport batu karang dll.
    • Satu salinan inbois.

 

Semua maklumat tersebut dihantar melalui email ke alamat berikut citeshq@dof.gov.my . Setelah semua borang lengkap pemohon akan menerima notis pemberitahuan bahawa permohonan yang diterima telah lengkap, begitu juga jika sebaliknya. Sekiranya semua maklumat lengkap permit akan siap diproses dalam masa Tiga (3) hari bekerja. Fi Sebanyak RM50.00 dikenakan bagi setiap satu permit yang dikeluarkan oleh Jabatan ini.


Kemaskini pada 2019-09-12 11:37:14 daripada Iszni

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 48665 Tarikh Kemaskini : 06-03-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.