Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Bahagian Taman Laut dan Pengurusan Sumber

CAWANGAN PEMBANGUNAN TAMAN LAUT DAN PERLINDUNGAN MARIN (CPTLPM)

1. Merancang dan menguruskan dasar dan polisi MPA:

        1.1. Mencadang dan menilai penggubalan/pindaan/semakan dasar dan perundangan berhubung dengan kawasan perlindungan marin;

        1.2. Merancang dan melaksanakan proses Pewartaan Taman Laut dan MPA baharu;

        1.3. Merancang, memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Strategik dan hala tuju Bahagian.

        1.4. Pembentukan dan Semakan Semula Pelan Pengurusan Taman Laut dan pembentukan Garis Panduan berkaitanTaman Laut;

        1.5. Merancang penambahbaikan sistem kutipan fi, perolehan tiket fi Taman Laut dan semakan Perintah Fi Taman Laut bagi pelaksanaan Fi

                Pemuliharaan dan Fi Aktiviti Taman Laut (Pindaan 2017).

        1.6. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengatasi isu ancaman setempat. (cth: pencemaran, tumpahan minyak, marine debris, kumbahan,

                adaptasi dan mitigasi ancaman perubahan iklim dunia);

2. Merancang pengurusan, pembangunan fizikal dan aktiviti MPA yang mampan:

        2.1. Merancang dan menyelaras pengurusan, pembangunan serta pengoperasian Taman Laut dan kawasan perlindungan marin. 

        2.2. Membuat pemantauan aktiviti pembangunan fizikal di Taman Laut dan kawasan perlindungan marin serta menyediakan ulasan berkaitan

                aktiviti pembangunan yang dirancang di Taman Laut supaya tidak memberi impak kepada biodiversiti marin, 

        2.3. Pelaksanaan penilaian keberkesanan Pengurusan Taman Laut (MEAT) dan kawasan perlindungan marin;

        2.4. Merancang dan menguruskan tapak selam dan kawasan rekreasi air.

        2.5. Merancang pengurusan aktiviti ekopelancongan di Taman Laut dan kawasan perlindungan marin.

        2.6. Merancang, menyedia dan memantau kemudahan ekopelancongan;

3. Menyelaras Pengurusan Korporat dan Keurusetiaan

        3.1. Memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Strategik dan hala tuju Bahagian 

        3.2. Menyelaras dan melaporkan KPI Bahagian;

        3.3. Merancang, menyelaras dan menyediakan dokumen bagi pelaksanaan Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab

                Laut (MPKTLRL) dan Jawatankuasa Kerja MPKTLRL;

        3.4. Menyelaras peruntukan bagi Bahagian Taman Laut dan Pengurusan Sumber (Peruntukan Mengurus, Peruntukan Pembangunan,

                Peruntukan Tabung Amanah Taman Laut Rizab Laut dll); 

        3.5. Menguruskan proses perolehan tanah dan menyimpan rekod-rekod tanah untuk kegunaan bahagian;

4. Memberikan Khidmat Nasihat Berhubung MPA:

        4.1. Mengulas permohonan kajian/penyelidikan di Taman Laut yang dilaksanakan oleh NGO, IPTA/IPTS, badan korporat dan lain-lain.

        4.2. Menyediakan nota intervensi kepada organisasi antarabangsa dan agensi tempatan bagi isu-isu mengenai Taman Laut dan MPA.

        4.3. Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa Teknikal Antarabangsa dan Kebangsaan berkaitan Taman Laut dan MPA (CBD, ICRI, CTI,

                Refugia, Musim Tertutup dan lain-lain berkaitan).

        4.4. Menyediakan input dan khidmat nasihat bagi isu berkaitan Taman Laut (SDG, parlimen dan lain-lain). 

CAWANGAN   PENGURUSAN SUMBER PERIKANAN (CPSP)

1. Bertanggungjawab merancang dan menguruskan dasar dan polisi sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi:

        1.1 Mencadang dan menilai penggubalan/pindaan/semakan dasar dan perundangan berhubung dengan sumber perikanan dan spesies

                terancam/dilindungi;

        1.2 Merancang dan melaksanakan proses pewartaan/pengezonan kawasan sumber perikanan (termasuk kerang-kerangan dan karang)

                dan habitat spesies terancam/dilindungi;

        1.3 Merancang kawasan berkomuniti yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai EAFM;

        1.4 Menyedia, menyemak, mengurus dan menilai pelan tindakan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi (NPOA, EAFM dll); 

        1.5 Mengurus dan menilai pelaksanaan Pelan Pengurusan Perikanan (FMP) bagi komponen pengurusan sumber perikanan;

        1.6 Menyelaras dan menilai keberkesanan Pasukan Petugas Kebangsaan Rangkaian Kedamparan Spesies Terancam/Dilindungi

                Marin Malaysia;

        1.7 Mengulas permohonan kajian/penyelidikan di perairan marin Malaysia yang berkaitan dengan sumber perikanan yang dilaksanakan

                oleh NGO, IPTA/IPTS, badan korporat dan lain-lain;

2. Menilai perancangan dan pelaksanaan cadangan projek pembangunan dalam perairan negara bagi menjamin kemampanan pengurusan

     sumber perikanan dan dan spesies terancam/dilindungi: 

        2.1 Mengumpul data projek pembangunan dalam perairan negara dengan mengadakan kerjasama bersama jabatan/agensi kerajaan

               yang terlibat (PHN, MYSA, MacGDI dll);

       2.2 Menyediakan ulasan teknikal untuk DOF bagi permohonan cadangan projek pembangunan dalam perairan negara (perlombongan pasir

                dasar laut di bawah Akta Pelantar Benua 1966, carigali petroleum/kabel optik di bawah seksyen 21 & 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dll);

        2.3 Menyediakan ulasan teknikal untuk Bahagian Perancangan dan Pembangunan bagi permohonan cadangan projek pembangunan dalam

               perairan negara seperti penambakan laut dan laporan EIA.

        2.4 Memberi notifikasi/makluman kepada Jabatan Perikanan Negeri yang terlibat mengenai aktiviti pembangunan di laut

               (korek pasir/carigali petroleum/kabel optik dll);

3. Merancang pengurusan, pembangunan fizikal dan aktiviti pengurusan sumber perikanan dan dan spesies terancam/dilindungi:

        3.1 Merancang dan menyelaras pengurusan, pembangunan serta pengoperasian pusat-pusat konservasi/sanctuari/pemuliharaan

                sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi terutama penyu;

        3.2 Membuat pemantauan aktiviti pembangunan fizikal dan menilai keberkesanan pengurusan di pusat-pusat konservasi/sanctuari/

                pemuliharaan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi terutama penyu; 

        3.3 Pelaksanaan program/projek national dan antarabangsa yang melibatkan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi

                (CTI, MMPA, MOU penyu dll);

        3.4 Menilai dan mengambil tindakan susulan berhubung hasil kajian/penyelidikan yang dijalankan oleh FRI, NGO, IPTA/IPTS,

                badan korporat dan lain-lain;

        3.5 Memproses permohonan berkaitan spesies terancam/dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985;

4. Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan tindakan keurusetiaan pengurusan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi:

        4.1 Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti pembangunan sumber perikanan marin berdasarkan peruntukan sedia ada;

        4.2 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa teknikal antarabangsa dan kebangsaan berkaitan pengurusan sumber perikanan dan

                spesies terancam/dilindungi (CBD, CTI, RFZPPN, JTMM, JTPP, OSC, JKZEE dll).

        4.3 Merancang, menyelaras dan menyediakan dokumen bagi pelaksanaan penganjuran mesyuarat utama seperti Jawatankuasa Induk

                Pengurusan Dan Pemuliharaan Spesies Marin Terancam dan Dilindungi (JK SMAT), Jawatankuasa Teknikal Pengurusan dan

                Pemuliharaan Spesies Marin Terancam dan Dilindungi (JT SMAT), Jawatankuasa Kebangsaan EAFM, Jawatankuasa Pasukan

                Petugas Kedamparan Spesies Terancam/Dilindungi dll);

        4.4 Menyediakan nota intervensi kepada agensi tempatan dan organisasi antarabangsa bagi isu-isu mengenai sumber perikanan

                dan spesies terancam/dilindungi;

        4.5 Menyediakan input dan khidmat nasihat bagi isu berkaitan sumber perikanan dan spesies terancam/dilindungi (MPJP, JPJP, parlimen dll).

CAWANGAN KONSERVASI EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI (CKEB)

1. Menjalankan Underwater Surveilance bagi pematuhan Bahagian IX Akta Perikanan 1985.

        1.1 Pemantauan dasar laut bagi pematuhan Bahagian IX Akta Perikanan.

        1.2 Menguruskan aset logistik dan peralatan unsur laut di Taman Laut.

        1.3 Menjalankan siasatan bagi kes-kes kematian/kerosakan ekosistem akuatik dan sumber perikanan.

2. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti kajian bagi ekosistem akuatik dan sumber perikanan.

        2.1 Mengenalpasti bidang kajian utama dan maklumat yang diperlukan dalam menyokong pengurusan Taman Laut dan Sumber Perikanan.

        2.2 Mendapatkan maklumat saintifik ekosistem akuatik dan sumber perikanan.

        2.3 Menyediakan maklumat saintifik bagi kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan perlindungan perikanan. 

        2.4 Merancang dan menyelaras aktiviti kajian bersama Pusat Penyelidikan Taman Laut Negara bagi kajian yang dilaksanakan di Taman Laut.

3. Menjalankan Pemantauan Ekosistem Akuatik dan Sumber Perikanan

        3.1 Menjalankan pemantauan dan inventori perikanan darat.

        3.2 Melaksanakan pemantauan berkala bagi sekitaran marin dan sumber perikanan.

        3.3 Menyediakan pelaporan berkala bagi status ekosistem akuatik dan sumber perikanan.

        3.4 Mengenalpasti isu dan ancaman terhadap habitat dan ekosistem akuatik.

4. Melaksanakan aktiviti rehabilitasi ekosistem akuatik dan sumber perikanan.

        4.1 Mengenalpasti kawasan yang mengalami degradasi.

        4.2 Melaksanakan aktiviti rehabilitasi bagi pemuliharaan ekosistem akuatik dan sumber perikanan (pelepasan benih ke perairan umum,

                restorasi karang dll).

        4.3 Mengenalpasti dan membuat pemetaan lokasi dan habitat di dalam perairan Taman Laut yang berisiko terancam dan melaksanakan

                program/aktiviti pemuliharaan yang bersesuaian seperti restorasi karang dan lain-lain;

        4.4 Menjalankan pengurusan tukun dan unjam bagi pemuliharaan sumber perikanan.

5. Menyedia dan menguruskan pangkalan data sumber perikanan

        5.1 Pengolahan dan penyimpanan Pangkalan Data kawasan perlindungan taman laut dan perairan Malaysia (Marine Park Management

                Information System, MPMIS dan  Marine Park Data Centre, MPDC).

        5.2 Penganalisaan data raya secara spatial dan temporal kepada bentuk Geospatial (spesies, habitat dan status kesihatan terumbu karang

                dan lain-lain). 

        5.3 Menghasilkan peta habitat dan sumber perikanan.

6. Mengurus dan memproses permit serta Remitan fi 

        6.1 Mengurus dan memproses permohonan permit kajian.

        6.2 Mengurus dan memproses sebarang permohonan aktiviti (selain kajian) dibawah Seksyen 43.

        6.3 Mengurus dan memproses Permohonan Remitan Fi.

        6.4 Menyelia dan menjalankan audit pematuhan Perintah Fi (Taman Laut) 2019.

CAWANGAN KOLABORASI DAN KESEDARAN AWAM (CKKA)

1. Melaksana dan menguruskan kerjasama/kolaborasi strategik dengan pemegang taruh.

        1.1. Menjalankan jalinan kerjasama dan memperkukuh konsultasi bersama kumpulan sasar terutama bagi gerak kerja MPA baharu. 

        1.2. Mewujudkan dan memperkasakan jaringan kerjasama dengan kumpulan sasar (NGO, pengusaha resort, badan korporat, GLC dll).

        1.3. Melaksanakan pembangunan kapasiti komuniti MPA dengan kemahiran alternative livelihood serta menggalakkan penglibatan

                komuniti setempat;

2. Merancang dan melaksanakan program pendidikan dan kesedaran awam 

        2.1. Menjalankan aktiviti pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat awam. 

        2.2. Menyedia dan mengemaskini bahan informasi di pusat-pusat informasi seliaan BTLPS (seperti: Pusat Informasi Taman Laut,

                Pusat Informasi Penyu, Refugia, dan Kingdom of Shark dll).

        2.3. Membangun dan mengurus media sosial (Portal Taman Laut Malaysia: Facebook, Youtube, dll) dan aplikasi mobil (e-Kuiz,

                e-Perpustakaan, dll) 

        2.4. Memantau dan menilai keberkesanan Program Pendidikan dan Kesedaran Awam.

3. Merancang, membangun, menyediakan bahan penerbitan dan publisiti 

       3.1. Menerbit dan menyediakan bahan maklumat Taman Laut dan Pengurusan Sumber dalam bentuk media cetak dan

                media elektronik untuk sebaran am.

       3.2. Menerbitkan kompendium dwi tahunan dan laporan tahunan BTLPS.

       3.3. Pengeluaran maklumat berkala dalam bentuk “fact-sheet” Taman Laut dan Pengurusan Sumber.

4. Mengurus program pembangunan kapasiti BTLPS.

       4.1. Melaksanakan kursus-kursus teknikal anjuran BTLPS.

       4.2. Bertindak sebagai Urus setia Latihan Bahagian

 
 

Kemaskini pada 2020-03-02 14:34:56 daripada BTLPS

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 45974 Tarikh Kemaskini : 31-03-2020
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.