PEREKA CIPTA
Nik Haiha Nik Yusoff, Ahmad Baihaqi Othman, dan Siti Zahrah Abdullah
PUSAT
Fisheries Research Institute (FRI) Tg. Demong, 22200, Besut, Terengganu.
National Fish Health Research Division (NaFiSH), FRI Batu Maung, 11960, Batu Maung, Pulau Pinang.
MASALAH
Penternakan ikan secara intensif sering mengabaikan pemuliharaan persekitaran dan kesihatan haiwan dan juga pekerja. Kerapkali ianya menjadi pemangkin kepada berlakunya jangkitan wabak penyakit dan menjadi kekangan kepada pengeluaran hasil perikanan yang mapan serta mengakibatkan kerugian kepada penternak. Untuk menangani masalah ini penternak mengguna sejumlah besar antibiotik atau bahan kimia serta bahan penyahjangkit bagi mengurangkan kadar kematian. Memandangkan bahan-bahan kimoterapeutan tersebut memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia, tentangan terhadap produk yang menggunakan bahan-bahan tersebut semakin meluas.
INOVASI YANG DIHASILKAN
Produk Inovasi, SirehMAX adalah jawapan kepada rawatan alternatif yang selamat dan berkesan bagi mengawal dan merawat penyakit bakteria pada ikan. Produk yang berasaskan herba yang diberi secara oral ini merupakan produk pertama yang dihasilkan di Malaysia bagi menangani jangkitan bakteria pada haiwan akuatik. SirehMAX merupakan produk daripada ekstrak daun sireh (Piper betle). Produk ini mengandungi pelbagai bahan aktif yang mempunyai khasiat astrigen dan antiseptik yang membantu mempercepatkan penyembuhan dengan mengecutkan tisu-tisu organik serta membunuh kuman. Justeru produk berbentuk cecair ini merupakan agen antimikrob yang berkesan dan boleh diguna untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria pada ikan.
SirehMAX telah pun didaftar sebagai harta intelek dengan MyIPO sebagai paten dengan nombor sijil pendaftaran paten (PI 2015001623) dan cap dagang (2016060275, Class 5).
FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI
1. Mesra pengguna.
2. Mesra alam dan berasaskan tumbuhan.
3. Dapat meningkatkan keselamatan produk akuakultur dan rantaian makanan.
4. Meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil akuakultur. Produk akuakultur tempatan akan diterima secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara yang menitikberatkan kesihatan dan persekitaran hijau.
HADIAH/ ANUGERAH YANG DIMENANGI
1. Pingat Perak -Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015.
2. Tempat Pertama (Kumpulan)-Pertandingan Inovasi Jabatan Perikanan Tahun 2016.
3. Salah satu produk antara 5 produk Jabatan Perikanan sempena Malaysia Commercialization Year 2016 (MCY 2016).
Kemaskini pada 2020-11-16 11:03:15 daripada admin_FRI