Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Era 70an Hingga Sekarang

 

Era 70 An Hingga Sekarang

 

  Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, Jabatan Perikanan telah diberi tanggungjawab membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat nelayan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) dan Ketiga (1976 - 1980), sebanyak RM96 juta telah diperuntuKkan kepada Jabatan Perikanan bagi membantu nelayan memiliki vessel, enjin dan pukat melalui Skim Bantuan Subsidi Nelayan. Sebanyak RM45 juta diperuntukkan untuk mengadakan infrastruktur perikanan. Pada tahun 1982, Jabatan Perikanan telah memperkenalkan dasar pelesenan yang lengkap dan seragam bagi tujuan pembangunan dan pengurusan sumber perikanan yang berkesan.
  Pada tahun 1981, kerajaan telah mengisytiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang melibatkan pertambahan kawasan perairan negara dari 47,000 kepada 160,000 batu nautika persegi. Bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa, maka pada tahun 1985 Akta Perikanan baru telah diperkenalkan dan mulai dikuatkuasakan pada Januari 1986. Jabatan telah mempergiatkan aktiviti penyelidikan perikanan dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar, di Batu Berendam, Melaka pada tahun 1957, Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, di Gelang Patah, Johor pada tahun 1978; Pusat Pengeluaran Ikan / Udang iaitu di Tanjung Demong, Kuala Besut, Terengganu pada tahun 1983, Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (NAPFRE) di Pulau Sayak, Kedah pada tahun 1987 dan Pusat Penyelidikan Perikanan di Bintawa, Sarawak pada tahun 1977.
  Beberapa penemuan penyelidikan telah dihasilkan seperti ternakan ikan laut dalam sangkar, udang harimau, siput sudu dan pembenihan ikan dan udang. Pada tahun 1972 sebuah Institut Latihan Nelayan telah ditubuhkan di Batu Maung, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus bertaraf sijil kepada nelayan seperti Sijil Kecekapan Jeragan, Pekerja Enjin, Jurumudi, Pembuat Pukat, Pelayaran dan Kejuruteraan. Tanggungjawab Jabatan Perikanan telah dipertingkatkan melalui usaha untuk membaikpulih dan melindungi sumber perikanan melalui pengeluaran lesen dan pengurusan sumber secara rasional, pembinaan tukun tiruan dan penubuhan Taman Laut. Langkah-langkah awal aktiviti ini telahpun dimulakan pada awal tahun 70an dan telah dipertingkatkan pada tahun 80an. Penerokaan perikanan laut dalam telah dilancarkan pada 17 September 1987 oleh YA.B. Perdana Menteri Malaysia bersama dengan TYT Perdana Menteri Negara Thai. Jabatan telah mengambil langkah mengeluar lesen dan melatih nelayan laut dalam bagi mempergiatkan aktiviti ini. Jabatan juga telah member tumpuan untuk menjadikan industri akuakultur satu satu sektor yang penting menjelang abad ke 21. Jabatan juga telah memainkan peranan yang cukup aktif di peringkat antarabangsa dan serantau. Antara pertubuhan yang disertainya ialah Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC -sejak 1967), Program Teluk Benggala (BOBP-sejak 1978), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Program Rangkaian Pusat-Pusat Akuakultur Asia dan Pasifik (NACA -sejak 1980) dan Program Laut China Selatan (SCSP). Sebuah Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD) telah ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai departmen SEAFDEC yang keempat. Tahun 1993 telah menandakan permulaan kepada era baru dalam perkembangan dan sumbangan sektor perikanan yang lebih bermakna terhadap ekonomi negara; apabila Dasar Pertanian Negara (1992 - 2010) yang dilancarkan telah menggariskan masa depan pembangunan sektor perikanan terutamanya perikanan laut dalam dan akuakultur.

 


Kemaskini pada 2016-04-28 12:09:41 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 42278 Tarikh Kemaskini : 23-08-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.