Piagam Pelanggan Jabatan Perikanan Malaysia
Bil |
Piagam Pelanggan |
1 | Memberi jawapan kepada setiap permohonan untuk mengikuti kursus berjadual yang dianjurkan oleh Jabatan selewat-lewatnya 14 hari selepas permohonan diterima |
2 | Memberi perkhidmatan perhubungan 24 jam melalui Pusat Kawalan Operasi bagi membantu kumpulan sasar yang menghadapi kesulitan atau bencana |
3 | Mengeluarkan Sijil Tempasasl dalam tempoh 1 hari dan Sijil Kesihatan Ikan Hidup dan Sijil Sanitasi yang hendak dieksport dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan |
4 | Memperbaharui semua lesen peralatan dan vesel menangkap ikan dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan permohonan setelah mematuhi semua syarat-syarat pembaharuan lesen |
5 | Keputusan bagi kes-kes tangkapan yang ditawarkan kompaun diputuskan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan maklumat kes dan kertas siasatan yang lengkap. |
6 | Melayani dan mengambil tindakan ke atas setiap aduan awam dalam tempoh 14 hari |
7 | Memberi maklumbalas dan laporan ke atas segala permohonan perkhidmatan analisa makmal dalam masa 10 hari |
* Pencapaian Piagam Pelanggan DOF dikemaskini secara tahunan
Kemaskini pada 2017-12-21 10:52:16 daripada Iszni