-
Rumpai laut merupakan tumbuhan akuatik liar yang banyak terdapat di pesisir pantai terutamanya di kawasan terumbu karang dan pantai yang terlindung. Rumpai laut ialah tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dibezakan berasaskan pigmen warna asli yang ada padanya seperti merah, hijau atau perang. Terdapat pelbagai jenis rumpai laut yang berbeza jenis, tumbuh liar di pesisir pantai negara ini.
-
Rumpai laut dari jenis tumbuhan besar atau dipanggil sebagai macro-algea diklasifikasikan dalam tiga kumpulan terbesar berdasarkan pigmentasi iaitu; rumpai laut coklat (Phaeophyceae), rumpai laut merah (Rhodophyceae) dan rumpai laut hijau (Chlorophyceae).
-
Penternakan rumpai laut diperkenalkan secara meluas di perairan negeri Sabah pada tahun 90-an. Spesies utama yang diternak ialah dari jenis rumpai laut merah iaitu Kappaphycus alvarezii (Eucheuma cottoni) bagi penghasilan biopolimer marin iaitu karaginan.
-
Di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020) rumpai laut telah dikenalpasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi yang diberi tumpuan untuk menyumbang kepada pengeluaran ikan dan eksport negara. Atas dorongan tersebut, EPP#3 Mini estet telah diwujudkan di bawah Program NKEA-Pertanian bagi memacu pembangunan rumpai laut berskala komersial diterajui oleh sektor swasta. Disamping itu, usaha terus dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti penternak sedia ada.
- Projek EPP#3 Mini estet rumpai laut dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;
- Projek Estet Mini
Projek estet mini berkonsepkan syarikat peneraju dan penyediaan kemudahan infrastruktur oleh kerajaan. Keluasan ladang yang perlu dibangunkan adalah minima 30 hektar.
- Projek Kluster
Pendekatan projek adalah dengan mengabungkan pengusaha kecil sedia ada menjadi pengusaha berkelompok dengan jumlah minima seramai 30 orang. Kluster perlu menubuhkan entiti perniagaan seperti syarikat atau koperasi. Kemudahan dan infrastruktur disediakan oleh kerajaan.
- Projek Komersial
Projek diterajui oleh sektor swasta yang berkeupayaan mengeluarkan dana pelaburan sendiri. Pihak kerajaan menyediakan imbuhan bayaran balik sehingga 30 peratus dari jumlah pelaburan.
- Projek Estet Mini
-
Menjelang tahun 2020, jabatan mensasarkan industri rumpai laut menyumbang sebanyak 730 ribu tan metrik atau 50% daripada pengeluaran ikan negara. Pengeluaran tertumpu di negeri Sabah dan usaha sedang dilaksanakan untuk mengembangkan penanaman rumpai laut di kawasan-kawasan lain seperti di Perairan Pulau Langkawi, Kedah.
-
Jumlah pengeluaran rumpai laut basah dari tahun 2005 hingga 2016 adalah seperti berikut:
-
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Hasil (MT) 3,142 4,320 9,026 11,129 13,885 20,785 23,941 33,147 26,943 24,533 Nilai borong (RM/kilo) 1.70 1.60 2.50 4.00 2.50 3.00 2.80 2.20 2.90 3.30 Nilai (RM juta) 5.34 6.91 22.57 44.52 34.71 62.36 66.20 71.82 76.87 81.46 -
Pada tahun 2016, kira-kira 205,989.20 tan metrik rumpai laut (berat basah) bernilai RM43.38 juta (data borong) telah dihasilkan dan perusahaan ini menjadi sumber pendapatan kepada 1,197 penternak di kawasan pengkulturan rumpai laut di perairan negeri Sabah seluas 13,194.51 hektar (1,196 penternak) dan di perairan Langkawi, Kedah dengan keluasan 0.68 hektar (1 orang penternak).
-
Pada tahun 2014, keluasan kawasan penanaman rumpai laut di Sabah adalah sekitar 13,000 hektar di mana sebahagian besarnya atau 87% terletak di daerah Semporna. Daerah-daerah lain termasuklah daerah Kunak (5%), Lahad Datu (5%), Daerah Tawau ( 2%) dan baki 1% di daerah-daerah Pantai Barat Sabah seperti Kudat, Tuaran dan Kota Belud.
-
Langkah untuk memperluaskan kawasan penanaman terus diberi keutamaan dengan mewujudkan Zon Industri Akuakultur khusus untuk penanaman rumpai laut. Di Sabah, dianggarkan seluas 43,200 hektar kawasan berpotensi untuk penanaman rumpai laut. Bagi tempoh lima tahun akan datang, Jabatan Perikanan mensasarkan untuk membangunkan kawasan sekitar 22,500 hektar untuk penanaman rumpai laut bagi mencapai sasaran DAN 2011-2020.
-
Seiring dengan pembangunan huluan rumpai laut, pelbagai program kerjasama R&D turut dijalankan bersama agensi penyelidikan dan Instituasi Pengajian Tinggi Awam di negara ini. Di antaranya termasuklah UMS, USM, UM, UKM, SIRIM dan MARDI. Pelbagai produk telah dihasilkan sam ada makanan dan bukan makanan. Umumnya rumpai laut boleh digunakan dalam pengeluaran produk makanan, perubatan, kosmetik, pembinaan dan sebagainya. Rumpai laut juga mempunyai khasiat tersendiri dan boleh diambil secara segar.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2018-07-03 15:24:42 daripada Bahagian Pembangunan Akuakultur