PAUS TERDAMPAR DI PERAIRAN PONTIAN /BATU PAHAT, JOHOR
(8 - 11 FEBRUARI 2016)
1. KRONOLOGI KEJADIAN 8 - 11 FEBRUARI 2016
-
8 Februari 2016 jam 1 petang - Ikan Paus dijumpai sedang berenang di perairan pantai Kampung Rambah Pontian Johor oleh nelayan. Paus tersebut adalah spesies yang biasa terdapat di perairan Malaysia. Nama saintifik: Balaenoptera borealis. Family: Balaenopteridae, ukuran panjang 11.7 meter (38 kaki), berat: 10 tan. Spesies ini berenang di laut terbuka dan merupakan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.
-
Hasil dari program kesedaran yang telah dijalankan oleh DOF ke atas nelayan untuk melindungi spesies-spesies marin terancam, pada hari tersebut sekumpulan nelayan dan penduduk tempatan telah mengambil langkah awal untuk menyelamatkan Puas dengan membawa Paus tersebut ke perairan yang lebih dalam supaya ia dapat berenang kembali di laut terbuka. Pada masa yang sama nelayan telah menghubungi Pegawai Perikanan Daerah Pontian dan dalam tempoh 1 jam pegawai telah berada di Pantai Rambah untuk memantau usaha nelayan menyelamatkan ikan paus tersebut. Pegawai juga telah menghubungi Bomba dan Polis Marin serta APMM untuk membantu pasukan penyelamat.
-
Setelah ia berjaya dibawa ke perairan yang lebih dalam, Paus tersebut berpatah balik ke perairan pantai. Nelayan berusaha sehingga 6 kali untuk membawa paus ke perairan yang lebih dalam tetapi paus kembali berenang ke perairan pantai.
-
8 Februari 2016 jam 7 petang - Dengan bantuan bot Polis Marin dan anggota Bomba serta JPAM, Paus tersebut telah berjaya sekali lagi dibawa ke perairan dalam dan kembali aktif terus berenang hingga tidak lagi kelihatan.
-
Pada 9 Februari 2016 jam 4 petang, penduduk tempatan telah memaklumkan kepada Balai Polis Semerah, Batu Pahat mengenai kedamparan ikan Paus di muara Sungai Sarang Buaya.
-
9 Februari 2016 jam 6 petang - Kakitangan Pejabat Perikanan Batu Pahat berusaha menuju ke tempat kejadian tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana air sedang surut. Maka usaha menyelamat tidak dapat dijalankan.
-
Pada 10 Februari 2016 jam 7 pagi - Kakitangan Jabatan Perikanan telah menuju ke lokasi kedamparan dan mendapati ikan paus tersebut telah mati dan telah ditunda ke Jeti Pejabat Perikanan Daerah Semerah untuk tujuan kajian dan bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian. Setelah disiasat mendapati bahawa spesies yang dijumpai di muara Sungai Sarang Buaya Semerah Batu Pahat adalah spesies yang sama yang dijumpai di perairan Pantai Rambah Pontian pada 8 Februari 2016.
-
10 Februari 2016 jam 4.00 - Paus tersebut berjaya dinaikkan ke jeti Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat. Pengarah FRI Rantau telah menghubungi Pengarah Veterinar Negeri Johor untuk membantu menjalankan bedah siasat. Oleh kerana hari tersebut adalah cuti am maka Pengarah Veterinar memberi komitmen utuk menghantar satu pasukan untuk membantu menjalankan bedah siasat pada keesokan harinya pada 11 Februari 2016.
-
11 Februari 2016 - Kerja-kerja bedah siasat dijalankan oleh Pegawai dan kakitangan FRI Rantau Abang, Pegawai dan kakitangan Makmal Veterinar Johor Bahru dan Kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Johor Bahru.
2. HASIL BEDAH SIASAT
Tujuan bedah siasat adalah untuk mengenal pasti punca kematian Paus samada terdapat kecederaan serius pada bahagian fizikal, kecederaan pada bahagian dalaman, masalah penyakit akibat jangkitan bakteria atau parasit atau akibat pencemaran seperti termakan bahan-bahan yang berbahaya seperti sampah dan sebagainya.
-
Pemeriksaan pada bahagian luar badan (fizikal) mendapati tiada kecederaan serius, samada dilanggar oleh bot atau terperangkap pada jaring.
-
Organ dalaman seperti jantung dan hati adalah normal dan tiada jangkitan kuman.
-
Pemeriksaan ke atas bahagian perut mendapati bahawa perut Paus tersebut kosong dan dijangkakan ia tidak menemui makanan dalam tempoh 3 hingga 4 hari.
-
Pemeriksaan ke atas bahagian paru-paru pula terdapat lumpur dan ini mengganggu proses pernafasan Paus dan boleh dikaitkan sebagai salah satu punca kematiaan.
3. KESIMPULAN
-
Laporan Awal Bedah Siasat dapat disimpulkan bahawa berlaku masalah pernafasan ke atas Paus tersebut kerana lumpur telah memasuki bahagian paru-paru. Perkara tersebut berlaku kerana Paus telah terpisah dari kumpulan dan berusaha mencari makakan (anak-anak ikan, udang dan kopepod) dan telah berenang ke perairan Pantai Pontian dan Batu Pahat yang berlumpur. Semasa Paus bernafas dan mencari mencari makanan berkemungkinan lumpur turut memasuki dalam paru paru dan telah mengganggu proses pernafasan dan akhirnya mati di pantai Muara Sungai Sarang Buaya Semerah, Batu Pahat pada 10 Februari jam 6 Petang.
-
Sampel organ dalaman seperti jantung, hati, usus telah dibawa ke makmal veterinar Johor Bahru untuk menjalankan analisa histopatologi, parasitologi, bakteriologi dan virologi bagi mengenal pasti secara terperinci punca kematian Paus tersebut. Hasil ujian makmal akan diperolehi dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.
4. MAKLUMAN
-
Bermula dari tahun 2005 hingga 2016 terdapat 21 kejadian kedamparan Ikan Paus di Malaysia melibatkan Sabah (9 kejadian), Sarawak (3 kejadian), Selangor (1 kejadian), Pahang (2 kejadian), Johor (2 kejadian), Terengganu (3 kejadian) dan Kedah (1 Kejadian)
BIL TARIKH LOKASI SPESIES 1 10.02.2005 Tanjung Aru, Sabah Balaenoptera edeni 2 15.03.2005 Pulau Carey, Selangor Balaenoptera borealis 3 15.12.2006 Lok Ukong, Pulau Gaya, Sabah. Balaenoptera edeni 4 07.04.2008 Sg. Ular, Pahang Balaenoptera edeni 5 14.10.2008 Kg. Nenasi, Rompin, Pahang Balaenoptera edeni 6 20.01.2009 Batu Buruk, Terengganu Kogia breviceps 7 00.01.2010 Pulau Mengalum, Sabah Bangkai telah reput susah untuk kenalpasti spesies 8 18.05.2010 Dungun, Terengganu Kogia sp 9 00.12.2010 Pulau Gaya, Sabah. Bryde 10 10.02.2011 Pulau Sayak, Kedah Balaenoptera edeni 11 10.01.2012 Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Feresa attenuata 12 12.02.2012 Pulau Mengalum, Sabah. Balaenoptera edeni 13 02.08.2012 Kuala Penyu, Sabah Bryde 14 17.06.2013 Kota Belud, Sabah Bangkai telah reput susah untuk kenalpasti spesies 15 31.12.2013 Pantai Leman Seri, Johor Bangkai telah reput susah untuk kenalpasti spesies 16 31.12.2013 Pantai Pasir Panjang,Sarawak Globicephala macrorhynchus 17 16.1.2014 Pantai Kuala Tatau,Bintulu, Sarawak Balaenoptera edeni 18 12.12.2015 Bintulu , Sarawak Cuvier Beaked Whale 19 24.12.2015 Labuan, Sabah Paus Kelasa 20 28.1.2016 Pantai Beting Lintang, Besut, Terengganu Melon Whale 21 9.2.2016 Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat ,Johor Balaenoptera borealis
-
Pasukan Petugas Kebangsaan Kedamparan Mamalia Marin
-
Pada tahun 2009, Jabatan Perikanan Malaysia telah menubuhkan Pasukan Petugas Kebangsaan Kadamparan Mamalia Marin. Tujuan penubuhan Pasukan Petugas ini untuk meningkatkan kerjasama di kalangan agensi kerajaan, badan berkanun, masyarakat nelayan, universiti dan NGO yang berkaitan bagi menggerakkan usaha menyelamat mamalia marin terdampar di Malaysia.
-
Agensi yang terlibat dalam Pasukan Petugas Kebangsaan adalah Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba, APMM, PDRM, JPAM, Jabatan Taman Laut, Tentera Udara, Jabatan Veterinar, UPM, UMT, USM, UMS, Pebadanan Perhutanan Sarawak, Jabatan Hidupan Liar Sarawak dan NEKMAT (wakil masyarakat nelayan).
-
Apa yang berlaku di Pantai Rambah, Pontian dan di Batu Pahat melibatkan usaha pelbagai agensi seperi Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba, Polis Marin, JPAN dan nelayan untuk menyelamatkan Paus dan menjalankan bedah siasat.
-
Segala aktiviti menyelamat dan bedah siasat dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Malaysia sebagai Pengerusi Pasukan Petugas tersebut.
-
-
Sebanyak 14 spesies Ikan Paus terdapat di Malaysia
BIL NAMA TEMPATAN NAMA INGGERIS NAMA SAINTIFIK DIET HABITAT 1 Paus Bryde’s Whale Balaenoptera edeni Ikan, udang geragau Tengah laut dan juga berhampiran pantai 2 Paus Sei Whale Balaenoptera borealis Kopepod Lautan terbuka 3 Paus Biru Blue Whale Balaenoptera musculus Udang geragau Lautan terbuka, tetapi menghampiri pantai untuk makan 4 Paus Fin Whale Balaenoptera physalus Udang geragau, ikan dan sotong Lautan terbuka, kadangkala menghampiri pantai di mana air dalam menghampiri pantai 5 Paus Minke Whale Balaenoptera acutorostrata Udang geragau dan ikan Lautan dalam dan perairan pantai 6 Paus Humpback Whale Megaptera novaeangliae Udang geragau dan ikan Makan dan membiak di perairan pantai,biasanya berhampiran dengan populasi manusia 7 Paus pembunuh Killer Whale Orcinus orca Ikan dan sotong, kadangkala makan burung laut dan penyu Semua lautan 8 Paus Short-Finned Pilot Whale Globicephala macrorhynchus Sotong dan ikan Lautan dalam 9 Paus Biru Pygmy Sperm Whale Kogia breviceps Sotong, ikan dan udang Lautan dalam 10 Paus False Killer Whale Pseudorca crassidens Ikan dan sotong Lautan dalam 11 Paus Sperm Whale Physeter catodon (macrocephalus) Ikan dan sotong Lautan dalam 12 Paus Berparuh Shepherd Cuvier’s Beaked Whale Ziphius cavirostris Ikan dan sotong Lautan Dalam 13 Paus Kepala Tembikai Melon-headed Whale Peponocephala electra Ikan dan sotong Lautan Dalam 14 Paus Omura Omura’s Whale Balaenoptera omurai Ikan dan sotong Lautan Dalam
Gambar - Gambar
BEDAH SIASAT
MENANAM BANGKAI PAUS
11 Februari 2016, 7.30 malam masih menjalankan proses menanam ikan Paus
Kemaskini pada 2016-04-13 15:23:58 daripada Portal Administrator