Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Tukun Tiruan

MAKLUMAT PEMBANGUNAN TUKUN TIRUAN DI MALAYSIA

 

TUKUN TIRUAN

  • Struktur binaan manusia yang diletakkan di dasar laut
  • Bertujuan untuk menambah kepadatan sumber marin

 

OBJEKTIF UTAMA PEMBINAAN TUKUN TIRUAN

  • Meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di kawasan persisiran pantai dengan cara :
    • Mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagai satu santuari
    • Menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan lain-lain hidupan marin
    • Memulih dan melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikanan dan bencana alam

 

TUJUAN DAN MANFAAT LAIN PEMBINAAN TUKUN TIRUAN

  • Mewujudkan benteng penahanan ombak/arus bagi mengawal hakisan pantai
  • Menghalang dan mengawal aktiviti tangkapan pukat tunda di persisiran pantai
  • Mewujukan kawasan agro-tourism untuk aktiviti perikanan rekreasi dan selaman SCUBA.
  • Menjalankan kajian dan penyelidkan saintifik

 

SEJARAH PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN TUKUN

  • Bagi Malaysia tukun tiruan diperkenalkan oleh Tentera Udara DiRaja Australia yang berpangkalan di Butterworth pada tahun 1970-an.  Mereka membina tukun tiruan menggunakan tayar terpakai dan dilabuhkan di Pulau Songsong untuk tujuan rekreasi.
  • Malaysia negara pertama di rantau Asia Tenggara yang membina tukun tiruan iaitu pada tahun 1975. Tapak tukun tiruan yang pertama dibina adalah di Pulau Telur, Kedah iaitu pada 6 Mei, 175 dengan menggunakan 6,329 biji tayar. Kemudian pada 11 Oktober, 1975, satu tapak lagi diwujudkan berdekatan dengan Pulau Payar dengan menggunakan 5,229 biji tayar.
  • Program penyelidikan dan pembangunan tukun tiruan di Malaysia bermula pada tahun 1975 dengan menggunakan tayar-tayar terpakai.  Selepas itu pelbagai rekabentuk tukun tiruan telah dicipta hasil buah fikiran para penyelidik dan kakitangan Jabatan Perikanan. Selain daripada tayar, tukun tiruan juga dibina daripada PVC, seramik, bot dan konkrit yang dilabuhkan dalam kawasan perairan kurang 5 batu nautika.
  • Mulai tahun 2006, Jabatan Perikanan telah membina tukun tiruan konkrit iaitu daripada campuran simen, pasir dan batu manakala tetulangnya daripada besi.
  • Pembinaan tukun tiruan di Malaysia menggunapakai piawaian yang ditetapkan di dalam  garis panduan United Nation Environmental Program (UNEP) iaitu “Guidelines for the Placement of Artificial Reefs”.

 

KONSEP PEMBINAAN TUKUN TIRUAN

  • Terdapat 2 konsep pembinaan tukun tiruan oleh Jabatan Perikanan Malaysia iaitu tukun tiruan konservasi dan tukun tiruan rekreasi
    • Tukun Tiruan konservasi  - bertujuan untuk pemuliharaan, bukan tangkapan.
    • Tukun Tiruan Rekreasi - bertujuan untuk tangkapan secara pancingan rekreasi yang terkawal.

 

Negeri BILANGAN TAPAK TUKUN TIRUAN
KONSERVASI REKREASI Jumlah
Perlis 2 - 2
Kedah 18 1 19
Pulau Pinang 3 1 4
Perak 4 3 7
Selangor 9 - 9
Negeri Sembilan 3 - 3
Melaka 3 1 4
Kelantan 8 1 9
Terengganu 23 4 27
Pahang 7 2 9
Johor 3 2 5
WP Labuan 9 2 11
Sabah 16 21 37
Sarawak 10 4 14
Jumlah 118 42 160

 

Nota :-

  • Pembinaan tukun tiruan yang diperbuat daripada keluli telah diperkenalkan pada tahun 2014 dan ianya telah dilaksanakan di negeri Kedah (55 unit) dan di negeri Terengganu (16 unit).

 

JENIS-JENIS TUKUN TIRUAN

  • Jenis Tukun Tiruan yang dibina oleh Jabatan adalah :-

    • Tukun Tetrapod
    • Tukun Udang Karang
    • Tukun Kiub
    • Tukun Kiub Juvenil
    • Tukun Kiub Bioaktif
    • Tukun Rekreasi
    • Tukun Rekreasi Juvenil
    • Tukun Dasar Lembut
    • Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat tunda
    • Tukun Dasar Lembut Juvenil
    • Tukun Keluli – inovasi baharu diperkenalkan pada tahun 2014.
     
  • Purata berat tukun-tukun tiruan konkrit ini adalah antara 0.3 - 42 tan metrik. Gred simen yang digunakan adalah antara gred 30 hingga 50.
  • Bagi tukun keluli menggunakan keluli dengan ketebalan 6 – 8 mm.

 

PEMBANGUNAN TUKUN TIRUAN DARIPADA PELANTAR MINYAK TERPAKAI DI NEGERI SARAWAK (RIG TO REEF)

  • Konsep ini dikenali sebagai ‘Rig to Reef’ yang mana pelantar minyak terpakai dilupuskan menjadi tukun tiruan dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan ianya selamat untuk hidupan marin .
  • Di Telukan Mexico, USA, lebih 100 pelantar minyak terpakai telah dibangunkan menjadi tukun tiruan sejak 1980.
  • Di Brunei, sebanyak 7 pelantar minyak terpakai telah dibangunkan menjadi tukun tiruan sejak 1988.
  • Projek Rig to Reef pertama di Malaysia bermula apabila satu Perjanjian Persefahaman (MoU) diadakan antara PETRONAS dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak pada 2003.
  • Pada 2004, satu jawatankuasa telah dibentuk melibatkan dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak,  PETRONAS, Lembaga Pelancongan Sarawak  dan Shell bagi melaksanakan projek ini dimana Jabatan Perikanan Laut Sarawak sebagai pengerusi / moderator.
  • Pada 16 November 2004, pelantar minyak terpakai ini telah dilabuhkan di perairan Baram dan ia dinamakan Baram-8 (BA-8). Pemantauan dijalankan oleh pihak penyelidik Jabatan mendapati tukun ini telah menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan dan menjadi suatu kawasan rekreasi perikanan yang menarik terutamanya bagi penyelam scuba.


Kemaskini pada 2016-03-25 16:08:05 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 42280 Tarikh Kemaskini : 23-08-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.