Pengenalan Perikanan Tuna
- Perikanan tangkapan tuna yang dikategorikan sebagai ikan bernilai tinggi kini merupakan fokus utama untuk dibangunkan dalam meningkatkan pengeluaran ikan negara.
- Vesel Penangkapan ikan tuna Zon C3 yang dibenarkan untuk menangkap tuna di Lautan Hindi adalah menggunakan peralatan rawai tuna atau pukat jerut.
- Operasi penangkapan ikan tuna perlu berdaftar dengan badan RFMO iaitu Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) untuk menangkap ikan di Lautan Hindi di bawah bendera Malaysia.
- Jongkong tuna merupakan vesel yang digunakan untuk menangkap ikan tuna di perairan ZEE Malaysia Timur terutamanya di Labuan dan Sabah. Ia biasanya beroperasi bersama dengan Sampan Kecil Tuna (SKT) sebagai satu unit operasi dengan menggunakan peralatan menangkap ikan tradisional iaitu pancing atau rawai sahaja.
- Di antara spesies-spesies ikan tuna yang seringkali ditangkap oleh jongkong tuna ialah yellowfin, bigeye, albacore dan skipjack.
- Aktiviti penangkapan ikan tuna oceanik ini dilakukan sepanjang tahun mengikut musim kerana ikan tuna merupakan spesies yang sentiasa bergerak mengikut arus dan suhu di lautan. (Highly Migratory Species)
- Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan garis panduan untuk membangunkan industri tuna iaitu Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2012 – 2020.
POTENSI SUMBER TUNA
- ZEE MALAYSIA BARAT
-
Tuna Oseanik : 25,000 tan metrik (RM 150 juta)
-
- ZEE SEMENANJUNG MALAYSIA
-
Tuna Neritik : 200,000 tan metrik (RM 200 juta)
-
- LAUTAN HINDI
-
Tuna Oseanik : 30,000 tan metrik (RM 300 juta)
-
PELUANG PELABURAN DALAM INDUSTRI TUNA DI MALAYSIA | |
---|---|
Objektif | Untuk meningkatkan pendaratan ikan dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tuna yang terdapat di kawasan EEZ Malaysia & Kawasan di Lautan Hindi. |
Keperluan | Untuk memenuhi keperluan pematuhan kepada Resolusi IOTC. |
Peluang | Bagi menarik pelaburan swasta (dalam / luar negeri) untuk menjana lebih banyak peluang perniagaan, menjana pendapatan yang lebih baik & meningkatkan pertukaran asing. Usaha sama dengan para pelabur asing (51% tempatan: 49% asing) Peluang yang luas untuk aktiviti-aktiviti nilai tambah, hiliran, perkhidmatan sokongan, promosi & rangkaian pemasaran. |
PILIHAN 1 | PILIHAN 2 |
---|---|
Ekuiti pemilikan vesel 51% Malaysia : 49% Asing | Ekuiti pemilikan vesel 100% Malaysia |
Kawasan menangkap ikan di Lautan Hindi | Kawasan menangkap ikan di Sabah dan Labuan |
Menggunakan vesel penangkapan ikan tuna Zon C3 dengan peralatan rawai tuna atau pukat jerut | Menggunakan jongkong tuna dan Sampan Kecil Tuna dengan peralatan pancing tuna |
Empat Spesies Komersil Tuna Oseanik | |
Albacore![]() |
Bigeye tuna![]() |
Skipjack tuna![]() |
Yellowfin tuna![]() |
Produk-Produk Tuna | |
Tuna Saku![]() |
Tuna Steak![]() |
Tuna Loin![]() |
Tuna Cube![]() |
PENDARATAN IKAN TUNA DI MALAYSIA (2000 - 2013)
INDIAN OCEAN TUNA COMMISSION (IOTC)




NEGARA AHLI
Kemaskini pada 2019-01-31 12:18:50 daripada Iszni