SENARAI PEJABAT BIOSEKURITI PERIKANAN
KAWALAN RASMI
Bahagian Biosekuriti Perikanan mendaftarkan ladang akuakultur, hatceri, sangkar, vesel tangkapan, premis pengimport/ pengeksport, kilang makanan ikan dan kilang tepung ikan. Pendaftaran adalah merupakan sebahagian daripada keperluan bagi memastikan ladang melaksanakan keperluan biosekuriti.
Berdasarkan kepada keperluan OIE, kawalan rasmi ke atas sumber populasi adalah merupakan keperluan utama bagi mengenalpasti dan seterusnya mengawal sebaran penyakit. Pengemaskinian dan penyimpanan rekod yang tepat adalah merupakan sebahagian daripada proses ini.
Objektif
-
Bagi memastikan semua ladang ikan hiasan beroperasi di tapak yang sesuai
-
Menilai semua kemudahan dan aktiviti ladang ikan hiasan mematuhi keperluan biosekuritI
-
Membolehkan pihak Jabatan Perikanan menjalankan kawalan rasmi melalui pengambilan sampel kesihatan awam dan untuk pemantauan penyakit ikan, pemeriksaan,notifikasi,pelan kontingensi, pensijilan dan lain-lain.
PENGAMBILAN SAMPEL PROGRAM KESIHATAN AWAM
Program di bawah Kesihatan Awam adalah untuk memastikan ikan akuakultur dan ikan tangkapan adalah bebas dari penyakit, kontaminan/residu dan selamat untuk dimakan sekaligus mencapai standard domestik dan antarabangsa. Terdapat sembilan (9) program kawalan rasmi di bawah Kesihatan Awam:
1. Pemantauan Residu Dadah Akuakultur (ARMP)
2. Pemantauan Air dan Ais (WI)
3. Kebersihan di atas Vesel (HOB)
4. Pemantauan Makanan Ikan (FDM/FST)
5. Pemantauan Tepung Ikan (FSM)
6. Ethoxyquin (EQ)
7. Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP)
8. SPS Akuakultur
9. SPS Marin
PENGAMBILAN SAMPEL PROGRAM KESIHATAN IKAN
Program pemantauan biosekuriti kesihatan ikan atau lebih dikenali sebagai program survelan penyakit ikan dilaksanakan bagi tujuan memantau status kesihatan ikan di peringkat ladang dan premis pengeksport berdasarkan risiko penyakit.
Survelan penyakit ikan ini dilaksanakan dua kali setahun bagi setiap ladang serta premis pengeksport
Objektif survelan ini adalah :
- Pengesanan awal bagi penyakit baru dan penyakit sedia ada
- Menjadi bukti sekiranya negara/zon/kompartmen dilanda wabak penyakit dan status bebas penyakit tertentu
- Sebagai kawalan penyakit bagi tujuan perdagangan
- Mengetahui pelaksanaan kawalan dan pelupusan bagi ikan yang dijangkiti penyakit berdasarkan langkah biosekuriti yang tepat dan berjaya
Sampel ikan yang diambil akan dibawa ke makmal biosekuriti perikanan bagi tujuan analisis penyakit berdasarkan program yang telah dirancang setiap awal tahun.
Senarai penyakit dibawah Program Survelan Kesihatan Ikan
Kategori | Udang | Ikan |
Ikan Hiasan |
|
|
Ikan Makan |
|
|
KAWALAN IMPORT
Mengawal kemasukan ikan alien ke Malaysia untuk mengawal risiko penyakit dan kemusnahan biodiversiti akuatik.
v Penyelarasan J/K Kemasukan Ikan Alien ke Malaysia.
v Pembangunan SOP kemasukan spesies ikan alien.
v Menjalankan Import Risk Analysis (IRA) bagi permohonan import spesies ikan baru.
Mengawal kemasukan udang hidup dan benih ikan marin bagi mengelakkan penyakit.
v Penyelarasan J/K Teknikal Import Udang Hidup.
v Pembangunan SOP import udang hidup
v Pembangunan SOP import benih ikan marin
PEMERIKSAAN SEBELUM EKSPORT INSPECTION PRIOR TO EXPORT (IPTE)
- Inspection Prior To Export (IPTE) dijalankan di premis pengeksport dan pintu keluar bagi pengeluaran sijil kesihatan ikan.
ANALISA RASMI
Analisis rasmi perikanan yang dijalankan di makmal-makmal bawah Bahagian Biosekuriti Perikanan terbahagi kepada 2 bahagian:-
1. Analisis Kesihatan Awam
2. Analisis Kesihatan Ikan
Analisis kesihatan awam |
|
Analisis kesihatan ikan |
|
Jenis Sampel Untuk Analisa Program Kesihatan Awam:-
Analisis Bakteria | : | kerang-kerangan, ikan, udang, tepung ikan |
Analisis RDV | : | Ikan, tepung ikan, udang |
Analisis Histamin | : | Ikan pelagik, budu |
Analisis Logam berat | : | ikan, ketam, sotong, kerang-kerangan |
Analisis Pestisid | : | ikan |
Analisis Plankton | : | air laut dan kerang-kerangan |
Analisis Biotoksin | : | air laut dan kerang-kerangan |
Analisis mutu air | : | air kolam ternakan |
Analisis Porcice ID | : | ikan dan tepung ikan |
Jenis Sampel Untuk Analisa Program Kesihatan Ikan:-
Analisis Bakteria | : | ikan hiasan dan baja organik |
Analisis Virus | : | Ikan, udang |
Analisis Parasit | : | Ikan dan udang |
Analisis Fungus | : | ikan |
Analisis mutu air | : | air kolam ternakan |
Analisis Histopathologi | : | ikan hiasan dan ikan makan |
JAMINAN RASMI
Setelah proses kawalan rasmi dan analisa rasmi dijalankan, sijil akan dikeluarkan mengikut keperluan aktiviti yang dijalankan.
- Sijil Kesihatan dan Sanitasi, Sijil Tempasal, Letter of Attestation, DS2031 dan Permit CITES
- Malaysia Good Agriculture Practice (MyGAP) dan Fish Quality Certificate (FQC)
Kemaskini pada 2019-07-17 14:15:42 daripada Bahagian Biosekuriti Perikanan