Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Soalan Lazim - Akuakultur

Bagaimana cara menternak ikan keli dalam kanvas?

Ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas. ternakan menggunakan sistem kanvas merupakan satu inovasi baru untuk bidang akuakultur dan telah dimulakan sejak 2006. Ternakan dijalankan dalam set ternakan dengan bingkai berukuran 4.5m x 1.2m x 1m dan diliputi dengan kanvas yang berkualiti tinggi dan tahan kepada perubahan cuaca. Kedalaman air dalam takungan kanvas adalah 0.4m. Benih ikan keli bersaiz 3 inci atau 10gm ke atas dilepaskan dengan kadar pelepasan 129ekor/m2. Ikan-ikan ini diberi makan dengan makanan rumusan bagi menjamin kualiti ikan yang diternak dan menjaga tempoh guna sistem tersebut. Tempoh ternakan ikan keli ini adalah selama 3 bulan untuk mencapai saiz pasaran (6ekor/kg). Harga seunit tangki dianggarkan RM1,200.00 – RM2,400.00. Set ternakan boleh diperolehi melalui pembekal-pembekal yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan. Senarai hatceri yang mengeluarkan benih ikan keli boleh diperolehi daripada Pejabat Perikanan Daerah di setiap negeri. Jabatan juga telah menghasilkan risalah untuk rujukan penternak. Pamplet berkenaan boleh diperolehi daripada Pejabat Perikanan Negeri atau daripada Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, Unit Penerbitan, Ibu Pejabat Perikanan,Putrajaya.

Bagaimanakah cara memulakan projek menternak udang galah?

Bagi memulakan projek ternakan Udang Galah, penternak perlu pastikan tapak tanah yang dipilih sesuai dengan jenis ternakan yang hendak dibuat. Tapak mestilah berdekatan dengan sungai air tawar dan bebas daripada pencemaran. Udang Galah lebih sesuai diternak dalam kolam tanah dan penternak perlu memastikan bekalan air juga mencukupi untuk sepanjang tempoh ternakan. Bentuk kolam yang disyorkan adalah kolam empat segi tepat bersaiz 0.2ha dengan kedalaman 1.2m. Adalah dianggarkan kos pembinaan kolam tanah bersaiz 0.1ha lengkap dengan inlet dan outlet adalah lebih kurang RM2000 - RM2500. Kadar tebaran yang disyorkan adalah diantara 10-20 ekor/m2 dan penggunaan alat pengudaraan seperti paddle wheel adalah perlu. Ternakan Udang Galah secara komersial adalah bergantung kepada makanan rumusan yang mengandungi kandungan protein diantara 28-35%. Jangkamasa ternakan ialah diantara 5-6 bulan (saiz hasil 25gm-30gm seekor). Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang menawarkan kursus Ternakan Udang Galah di PPA Perlok, Pahang. Tuan boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah di tempat tuan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengusaha hatceri dan pembekal peralatan. Nombor telefon dan alamat boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di https://www.dof.gov.my  > Dof Negeri  > Direktori Kakitangan

Bagaimana cara menternak ikan air tawar dalam tangki simen?

Ternakan ikan air tawar seperti ikan Tilapia Merah, Keli dan Puyu boleh dijalankan dalam tangki simen atau konkrit yang bersaiz 500m2 (50m x10m). Dianggarkan kos pembinaan tangki simen adalah diantara RM8,000 – RM10,000 seunit lengkap dengan inlet dan outlet. Adalah disyorkan stocking atau tebaran benih ikan bagi sistem tangki simen ialah 15 ekor/m2. Cara pemberian makanan dan pengurusan air adalah sama seperti sistem-sistem lain dan keutamaan diberikan kepada makanan rumusan. bagi ternakan dalam tangki simen, adalah dicadangkan digunakan alat pengudaraan tambahan, seperti paddle wheel atau blower bagi meningkatkan kadar hidup (survival rate) ikan. Jabatan Perikanan Malaysia juga ada menawarkan kursus berjadual dan latihan sangkut bagi sektor akuakultur tetapi terhad kepada sistem kolam tanah, tangki simen dan sangkar sahaja. Untuk memohon mengikuti kursus, boleh dilakukan secara dalam talian atau berurusan dengan Pejabat Perikanan Daerah. Penternak boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tangki berkenaan daripada Pejabat Perikanan Negeri yang berhampiran. Alamat bagi PPN boleh diperolehi daripada laman web Jabatan Perikanan Malaysia. https://www.dof.gov.my  > Dof Negeri  > Direktori Kakitangan

Apakah bantuan yang boleh diperolehi daripada jabatan Perikanan bagi bidang akuakultur?

1) Khidmat nasihat dan teknikal dari semasa ke semasa
2) Bantuan pinjaman peralatan untuk sistem ternakan, bergantung kepada jenis dan kos yang diperuntukkan kepada Jabatan.
3) Bantuan teknikal dari segi kajian mutu air, kajian tanah dan kajian tapak
4) Bekalan benih percuma bagi penternak kecil dan kali pertama memohon serta terhad bagi pusingan pertama sahaja.
5) Latihan sangkut dan kursus akuakultur Untuk memohon bantuan sila hubungi Pejabat Perikanan Daerah berhampiran dengan kawasan projek atau Pejabat Perikanan Negeri atau Ibu pejabat Perikanan sendiri. Alamat dan no telefon boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di https://www.dof.gov.my  > Dof Negeri > Direktori Kakitangan

Penternakan Lintah

Industri ternakan lintah adalah satu yang baru di negara kita. Jabatan Perikanan juga sedang merangka Pelan Pembangunan Ternakan Lintah. Pada masa ini Persatuan Usahawan Ternakan lintah malaysia(PELINTAH) telahpun ditubuhkan pada awal tahun 2009. Jabatan Perikanan menaungi Persatuan ini dan menjadi penasihat kepada pihak persatuan. Mereka yang berminat menceburi dalam penternakan lintah digalakkan untuk menjadi ahli kepada PELINTAH. Persatuan ini akan membantu dari segi maklumat dannjuga peluang pasaran. Sila hubungi Yang Dipertua PELINTAH, Encik Ahmad Zulkifli Abd. Wahab di talian 012-6921171.

Ternakan Belut

Pihak Jabatan sedang giat mempromosikan ternakan ikan air tawar terutamanya ikan tilapia dan keli. Walaubagamanapun, buat masa ini pihak Jabatan tidak mempunyai sebarang penerbitan mahupun kursus yang berkaitan ternakan spesis belut Dicadangkan merujuk ke Pejabat Perikanan Daerah @ Negeri yang terdekat bagi mendapatkan maklumat berkaitan. Digalakkan hubungi pejabat-pejabat berkenaan dengan merujuk laman web di https://www.dof.gov.my untuk maklumat terkini sebagai panduan. Sekian terima kasih.

Pembenihan Ikan Marin

Bagi anda yang baru hendak menceburi bidang pembenihan ikan marin anda perlu menghadiri Kursus Pembenihan Ikan Marin dan Kursus Ternakan Ikan Marin yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Ikan Laut Tanjung Demong, Besut, Trengganu. Sila layari e-latihan dalam laman web Jabatan perikanan https://www.dof.gov.my

Ikan Hiasan

Sebelum menceburi dalam industri / perniagaan dlm bidang ikan hiasan perlulah ada maklumat dan pengetahuan dalam biologi ikan hiasan. Jabatan ada menyediakan Kursus yang bersesuaian kepada bakal pengusha dan maklkumat bolih diperolehi di Laman WEB Jabatan Perikanan malaysia.Kursus diadakan di PusatIkan Hiasan Enggor, Kuala Kangsar, Perak. Jabatan hanya memberi khidmat nasihat manakala Pinjaman bolih dipohon di Agro Bank yang berdekatan atau bank 2yang yang lain. Terima Kasih.

Ikan Akuarium

Sekiranya tuan/puan hendak mengeksport ikan hidup dari/ke luar negara, perlu mempunyai lesen daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum boleh memohon permit import/eksport ikan hidup daripada Jabatan Perikanan melalui sistem e-permit. Permit CITES pula diperlukan sekiranya spsies tersebut tersenarai di dalam senarai CITES (Convensyen on International Trade of Endangered Species).

Penternakan Ketam

Sistem ternakan tertutup dalam kotak fibreglass masih belum terbukti keberkesanannya/daya maju. Dicadangkan menternak ketam nipah dalam sistem i.Kepungan dalam paya bakau ii.Kolam tanah iii.Sistem ternakan bersepadu dalam rakit terapung untuk ketam padat/pembesaran dan ketam lembut iii.Harga purata ketam RM22/kg, kos pengeluaran anggaran RM15-16/kg iv.Hasil pengeluaran minima 1000kg/bulan,pendapatan pengusaha dalam lingkungan RM3,000/bulan,untuk pendapatan RM30,000/bulan pengeluaran mestilah melebihi 10 ton/bulan Kos ternakan bergantung jenis sistem ternakan di buat.

Ikan laut

Ikan laut atau ikan marin boleh diternak di dalam tangki seperti di dalam tangki simen, tangki fibreglass dan tangki PE dengan sistem RAS ( Recerculating Aquaculture System ). Dalam sistem RAS ini ikan marin diternak secara intensif di mana air dialirkan sepanjang masa ternakan di mana air dari tangki ternakan dialirkan ke dalam sistem penapis yang terdiri dari penapis fizikal seperti sand filter, penapis kimia seperti protein scema dan penapis biologi dan akhirnya air ini akan melalui ozon atau lampu sinar ultr violet sebelum dialirkan semula ke dalam tangki ternakan.Ini bermakna air yang dialirkan semula ke dalam tangki ternakan adalah bersih dan selamat untuk ikan hidup. Ikan yang diternak akan diberi makanan rumusan dan ikan baja. Untuk memahami sistem ternakan ikan marin dalam tangki anda boleh mengikuti Kursus Ternakan Ikan marin Dalam Tangki di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut Tanjung Demong, Besut, Trengganu. Sila hubungi talian 09-6958626 untuk mendapat maklumat berkaitan kursus dan sistem ternakan tersebut.

Bantuan Kewangan

Untuk pengetahuan Jabatan ada menjalankan program bantuan di bawah Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan Akuakultur (SPeKs). Sekiranya tuan memenuhi syarat program tersebut, tuan layak menerima bantuan benih, makanan serta peralatan sokongan untuk ternakan tuan. Namun sebelum itu, tuan adalah digalakkan untuk berdaftar dengan Jabatan perikanan Malaysia terlebih dahulu. Tuan boleh memanjangkan permohonan bantuan tersebut ke Pejabat Perikanan terdekat kerana ia perlu melalui peringkat daerah terlebih dahulu kemudian negeri sebelum dipanjangkan ke peringkat ibupejabat. Cara untuk menghubungi pejabat-pejabat Perikanan tersebut boleh didapati di Laman Web Jabatan Perikanan Malaysia. https://www.dof.gov.my. Bagi menjawab soalan tuan no. 2 tersebut. Jabatan ada menyediakan bantuan khidmat nasihat serta kursus kepada orang awam yang berminat. Jadual serta permohonan kursus boleh didapati di laman web rasmi jabatan seperti diatas. Bagi menjawab soalan tuan no. 3, jabatan masih di dalam perancangan untuk membina pusat pengumpulan mengikut zon. Hal ini kerana, pemasaran hasil pertanian adalah dibawah FAMA. Namun, adalah dinasihatkan agar tuan, dapat mencari pasaran sendiri seperti restoran dan hotel di mana harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding dijual kepada peraih.

Pasaran Ikan

Bagi menjawab soalan berkaitan pasaran ikan air tawar, tuan boleh menghubungi FAMA di negeri tuan bagi mendapatkan pusat pengumpulan hasil pertanian terdekat. tuan juga boleh mendapatkan maklumat pemborong atau agen pengumpul hasil perikanan daripada Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri di tempat projek tuan.

Perternakan Air Tawar

Bagi memulakan projek akuakultur, tuan perlu pastikan tapak tanah yang dipilih sesuai dengan jenis ternakan yang hendak dibuat. tapak berdekatan dengan sungai air tawar . tuan juga perlu pastikan jenis sistem yang nak dibuat. sama ada kolam tanah, tangki konkrit, tangki simen, sangkar. tuan juga perlu memastikan bekalan air juga mencukupi untuk pusingan ternakan tuan. sumber air berterusan. kemudian tuan boleh meneruskan projek dengan lebih lancar dari segi pengurusan. Jabatan ada menerbitkan pelbagai buku ternakan ikan air tawar. ianya boleh diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya tuan hanya perlu mendaftar di Pejabat Perikanan Negeri (tiada bayaran dikenakan) bagi mendapatkan segala maklumat lanjut. Tuan boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri, no tel dan alamat boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di https://www.dof.gov.my > direktori diharapkan maklumat ini dapat membantu tuan.

Penternakan Ikan Kelah

Tor spp adalah sejenis ikan air tawar dalam family Cyprinidae yang mendiami kawasan hulu sungai di tanah tinggi yang mempunyai kualiti air bersih tanpa pencemaran.Ikan ini masih belum diternak secara komersial kerana kaedah ternakan yang sesuai belum ditemui. Untuk makluman saudara juga setiap projek penternakan haruslah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia Walaubagaimanapun saudara boleh mendapatkan keterangan lanjut dari Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri yang berhampiran.

Potensi Pasaran Untuk Ternakan Udang Kara Air Tawar Masa Kini? Bolehkah dikomersialkan

Udang Kara Air Tawar (Red Claw) atau Blue Lobster (Cherax quadricarinatus) merupakan spesies yang berasal dari Australia. Mempunyai warna yang menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih. Spesies ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH 7. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Telah diperkenalkan di seluruh dunia sebagai spesies peliharaan dan juga untuk industri akuakultur. Walau bagaimanapun beberapa kajian telah menyatakan bahawa udang ini telah memberi impak yang tidak menyenangkan. Beberapa kajian di Australia telah menjumpai perkaitan kultur udang “Red Claw” ini dengan penyakit berjangkit. Contohnya, penyakit parasit seperti Rikettsia dikaitkan dengan penyakit berjangkit kepada manusia (Romero & Jimenez, 2002) dan parasit ini telah dijumpai di dalam beberapa udang kara “Red Claw” yang diternak di Australia. Di beberapa buah ladang ternak udang kara yang lain, jangkitan virus menyerupai Parvoviridae telah menyebabkan kematian yang tinggi dan ini menambahkan lagi kebimbangan mengenai penyakit yang dibawa oleh udang kara “Red Claw” ini. (Bowater et al 2002) Jabatan pada dasarnya memandang serius kemasukan spesies tersebut dan langkah berjaga – jaga perlu dilakukan bagi memastikan spesies tersebut tidak invesif dan menjadi pemangsa kepada spesies – spesies tempatan sekiranya ianya terlepas di perairan luar. Perkara ini adalah perlu dilaksanakan bagi memastikan spesies udang kara air tawar yang akan diternak tersebut selamat dan tidak merbahaya, tidak mendominasikan sesuatu perairan dan mengancam spesies tempatan yang lain. Oleh itu, pengusaha yang ingin membawa masuk dan menjalankan ternakan ini perlu mendapatkan kelulusan rasmi dan syarat berikut perlu dipatuhi:

1.    Kelulusan untuk mengimport “Red Claw” yang hidup hanya terhad kepada spesies Cherax quadricarinatus untuk tujuan ternakan sahaja.
2.    Setiap konsainan yang membawa “Red Claw” perlu disertakan bersama Sijil Kesihatan (Health Certificate) dan juga Sijil Tempasal (Certificate of Origin) yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab (Competent Authority) negara pengeksport.
3.    Hanya “Red Claw” yang hidup bersaiz tidak kurang dari 50 gm dibenarkan untuk diimport. Pengangkutan bagi induk betina adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kes pengimportan “Red Claw” yang melebihi saiz 50 gm, pengimport perlu mematuhi prosedur kuarantin serta menyediakan dokumen berkaitan dari pihak bertanggungjawab (Competent Authority) negara pengeksport.
4.    Sebarang aktiviti yang melibatkan ternakan “Red Claw” perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Perikanan Malaysia. Sebarang pengangkutan terhadap ternakan yang melibatkan pengangkutan dari satu premis ke premis yang lain juga perlu mendapat kebenaran dari Jabatan Perikanan Malaysia.
5.    Penternak perlu mengamalkan sistem ternakan yang terkawal, termasuk mengambil kita tindakan untuk menghalang spesies ini dari terlepas ke perairan umum. Langkah – langkah seperti memagar di sekeliling kawasan ternakan dan menyediakan kawasan khas sebagai kolam rawatan untuk air buangan adalah dicadangkan.
6.    Sebarang penjualan atau pergerakan spesies “Red Claw” yang hidup di dalam negara juga perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Perikanan Malaysia.
7.    Premis ternakan serta kemudahan yang disediakan untuk menternak spesies ini perlu dipantau/diperiksa dari masa ke semasa oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia bagi memastikan semua garis panduan ini diikuti.

Ikan nilai tinggi dalam pasaran

Jabatan Perikanan telah mensasarkan ikan tilapia merah dan keli disamping udang galah untuk diternak seluruh malaysia. spesies ini disamping mudah untuk diternak juga agak stable di pasaran. tetapi tuan boleh memilih untuk menternak ikan lain seperti Patin, Jelawat, Kelah, Baung atau lain2 ikan asli yang bernilai tinggi. Tuan boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri di tempat tuan. no tel dan alamat boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di https://www.dof.gov.my > direktori diharapkan maklumat ini dapat membantu tuan.

Ikan Haruan

Ikan haruan adalah spesies ikan kanibalistik dan teritorial. ini menunjukkan ia tidak sesuai diternak dalam takungan yang kecil. sistem yang sesuai ialah kolam tanah. taburan ikan dalam kolam ialah 5 ekor ikan setiap meter persegi. Tuan boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri di tempat tuan atau Pusat Pengembangan Akuakultur berhampiran. no tel dan alamat boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di https://www.dof.gov.my  > direktori

Benih ikan gurame (spesis kaloi)

Sekiranya tuan ingin mendapatkan benih ikan gourami bolehla berhubung dengan direktori pembekal air tawar atau berhubung dengan PPN yang berdekatan. Untuk makluman tuan, ikan ini sangat mudah dipelihara kerana tahan lasak dan memakan semua jenis makanan yang diberikan.

Ketam Nipah

Cara ternakan ketam nipah:
i.      Dalam kolam tanah - pembesaran
ii.     Dalam sangkar - pembesaran
iii.    Dalam tangki simen- ketam lembut
iv.    Dalam tangki fiber - ketam lembut

1. Kawasan tanah liat dan boleh menampung air, berdekatan punca air laut salaniti/kemasinan 15-30ppt. ph air 6,7,8,
2.Makan ikan baja segar,ikan baja dikisar, isi ikan dikukukus,isi kerang,isi kupang
3.Penyakit kurang di perolehi jika kualiti air ternakan di jaga
4.Pasaran harga ketam padat(saiz >250gm/ekor) betina RM25-28/kg,jantan RM20-25/kg. Ketam lembut saiz antara 120-180gm/ekor harga antara RM25030.kg.

Keracunan histamin (histamine poisoning) dalam ikan/produk akuakultur di Malaysia

Untuk makluman tuan, Jabatan Perikanan ada menjalankan pemantauan tahunan ke atas kandungan histamin bagi ikan tangkapan dari jenis pelagik melalui Program Sanitary and Phytosanitary Marin (SPS Marin) dan Hyigene On Board(HOB). Kedua-dua program ini dijalankan secara tahunan bagi memenuhi keperluan eksport ke Kesatuan Eropah. Pada umumnya, kandungan histamin dalam ikan marin yang didaratkan adalah sebanyak 30ppm yang ditemui dari sampel ikan bilis di Langkawi dan budu. Penentuan kehadiran histamin dalam ke atas produk akuakultur di Malaysia tidak dijalankan kerana faktor kewujudan histamin hanya melibatkan ikan-ikan dari jenis pelagik sahaja. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan Cawangan Kesihatan Awam, Bahagian Biosekuriti Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia berhubung perkara ini. Untuk makluman tuan, kajian terperinci mengenai kandungan histamin dalam ikan telah dijalankan oleh pihak MFFRD, Singapura. Laporan bertulis mengenai penemuan kajian berkenaan boleh diperolehi dari pihak berkenaan.

Ikan arowana dari semenanjung malaysia ke sabah/sarawak memerlukan apa syarat? apa langkah-langkah yang perlu saya ikut?

Untuk makluman tuan, ikan arowana yang hendak dibawa dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak perlu disertakan bersama dengan dokumen berikut:
1. Sijil Tempasal (Certificate Of Origin) dari Unit Biosekuriti Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri di negeri asal dimana ikan tersebut diternak.
2. Permit angkut ikan hidup yang dikeluarkan oleh pihak MAQIS.
3. Lesen perniagaan ikan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ikan arowana berkenaan juga perlu dipasang dengan cip Passive Integrated Transponder (PIT) sepertimana yang disenaraikan dalam Sijil Tempasal.

Perlaksanaan EU certification

Untuk makluman puan,maklumat yang diperlukan oleh puan berhubung sijil dan syarat yang diperlukan di peringkat hatchery bagi memenuhi keperluan EU telah kami sediakan di laman web rasmi Jabatan Perikanan Malaysia.Untuk itu,puan perlu melayari laman web jabatan dan dapatkan maklumat melalui berikut:Program Utama Terpilih-Program Biosekuriti Perikanan-Kit Penerangan- Syarat & Prosedur Keperluan Kepada Ladang Yang Diluluskan Untuk Eksport Ikan & Hasilan Ikan Ke Kesatuan Eropah (EU)2009.Sekiranya puan memerlukan maklumat lanjut,puan boleh menghubungi Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Terengganu di talian 09-6173352/09-6173353 atau puan juga boleh menghubungi Bahagian Biosekuriti Perikanan,Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia

Sistem Penternakan di Malaysia

Terima kasih kerana menghubungi Jabatan Perikanan berhubung sistem ternakan yang digunakan untuk menternak ikan. Untuk makluman tuan, ada beberapa sistem ternakan yang digunakan untuk menternak ikan seperti; kolam, sangkar, tangki dan kepungan. di antara sistem yang dinyatakan, sangkar adalah sistem yang lazim digunakan kerana terdapatnya badan air yang banyak sama ada sungai, tasik ataupun perairan laut. Sistem ini digunakan untuk kedua-dua spesis ikan marin dan air tawar. Sementara itu, kepungan (pen culture) jarang digunakan bagi skala ternakan yang besar/komersial. Hanya digunakan oleh pengusaha kecil sama ada di kawasan tasik atau di perairan laut yang cetek. ini kerana struktur kepungan daripada net dipasang hingga ke dasar dan berbeza dengan sistem sangkar yang terapung. Bagi sangkar ikan pula, selain dari sangkar empat segi telah ada sangkar berbentuk bulat yang mempunyai diameter besar, contohnya 18-20 meter. Sistem ini digunakan oleh pengusaha berskala komersial kerana memerlukan kos perolehan alat dan pengendalian ternakan yang mahal. Sekian untuk makluman tuan. Terima kasih.

Tanah yang sesuai untuk ternakan arowana

Tanah yang sesuai untuk ternakan arowana adalah dari jenis tanah liat berpasir (kandungan tanah liat 55%-60%) dan bekalan air sepanjang tahun dari sumber semulajadi seperti air bukit, sungai, empangan dan tasik. Kualiti air (Suhu 29-31oC), (pH 6.5-8.5), (Oksigen terlarut 5ppm), (Alkaliniti 60-100 ppm caco3), (Keliatan 100ppm), (kekeruhan 30cm) dan (amonia 1ppm). pH tanah mempengaruhi kualiti air. oleh itu pengapuran perlu dibuat bagi tanah yang berasid dan kuantiti kapur yang diperlukan adalah bergantung kepada keasidan tanah. Pembajaan tanah boleh dilakukan dengan menggunakan baja organan atau bukan organan dengan kepekatan nitrogen 0.95ppm dan fosforus 0.15ppm.

Eksport produk

Untuk makluman tuan, untuk tujuan eksport produk seperti ikan bilis tuan perlu mendapatkan Lesen Pengeksport dan Pengimport dari pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM). Sehubungan itu, diminta tuan untuk menghubungi pihak LKIM bagi tujuan permohonan lesen berkenaan.



Kemaskini pada 2016-03-18 16:57:15 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 42326 Tarikh Kemaskini : 24-08-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.