Adakah Jabatan Perikanan Malaysia menerima pelajar-pelajar IPTA/IPTS untuk menjalankan Latihan Industri / Praktikal / Amali ?
Ya, Jabatan Perikanan Malaysia menerima pelajar untuk menjalani latihan Industri di Jabatan ini. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di Pusat-Pusat Perikanan dan Pejabat-Pejabat Perikanan Negeri.
Bagaimana memohon untuk menjalani Latihan Industri / Praktikal untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS di Jabatan Perikanan Malaysia ?
Memohon secara bertulis melalui penyelia Latihan Industri / Praktikal di IPTA/IPTS masing-masing kepada:
Apakah jenis kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia?
- Kursus Akuakultur (Air Tawar dan Air Payau)
- Kursus Perikanan Tangkapan
- Kursus Pemprosesan
Bagaimanakah untuk membuat permohonan bagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia
a) Kursus Akuakultur
Mengisi dan melengkapkan Borang permohonan KA1/04 (pin3/2006) yang boleh diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah atau negeri atau dimuat turun daripada laman web https://www.dof.gov.my
Permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri yang berhampiran dengan projek akuakultur. Borang hendaklah diisi dengan lengkap serta dimajukan semula ke pejabat tersebut enam minggu sebelum kursus bermula.
b) Kursus Perikanan Tangkapan dan Kursus Pemprosesan
Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Mengikuti Kursus-Kursus di Institut Perikanan Malaysia yang boleh dimuat turun ataupun diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah atau Pejabat Perikanan Negeri. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri yang berhampiran.
Bagaimana untuk mengetahui status permohonan untuk mengikuti kursus-kursus anjuran Jabatan Perikanan Malaysia
a) Kursus Akuakultur
Setiap permohonan untuk mengikuti Kursus Akuakultur adalah sah selama satu tahun dalam tahun semasa. Surat tawaran mengikuti kursus akan dikeluarkan oleh Pusat Latihan dalam tempoh dua minggu sebelum kursus dijalankan. Pertanyaan status permohonan boleh dibuat dengan menelefon terus pusat yang menganjurkan kursus berkenaan.
b) Kursus Perikanan Tangkapan dan Kursus Pemprosesan
Pertanyaan status permohonan boleh dibuat dengan menelefon terus Institut Perikanan Malaysia dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh kursus dijalankan.
Adakah Jabatan Perikanan Malaysia menawarkan bantuan kewangan untuk memulakan projek perikanan selepas menghadiri Kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Tiada bantuan kewangan disediakan oleh Jabatan Perikanan. Walaubagaimanapun Jabatan ada menyediakan khidmat nasihat teknikal cara-cara untuk memulakan sesuatu projek perikanan.
Berapa yuran yang dikenakan untuk mengikuti kursus-kursus anjuran Jabatan Perikanan Malaysia.
Tiada yuran dikenakan.
Kursus e-latihan
Jabatan Perikanan Malaysia mengemaskini maklumat latihan yang ditawarkan melalui Sistem Permohonan Latihan Jabatan secara atas talian (sistem eLatihan). Sistem berkenaan boleh dicapai melalui alamat url berikut. http://eservices.dof.gov.my. Pautan sistem ini juga boleh didapati di bahagian Latihan Perikanan pada paparan muka depan laman web Jabatan Perikanan Malaysia. Tuan boleh mendaftar kedalam sistem eLatihan dan permohonan mengikut kursus boleh dibuat terus melalui sistem berkenaan.
Had Umur Kursus
Salam Sejahtera Permohonan kursus untuk Kursus-kursus anjuran Jabatan Perikanan terbuka kepada pemohon berumur antara 18 - 60 tahun. Pemohon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik, boleh membaca dan menulis serta seorang warganegara Malaysia. Terima Kasih
Kemaskini pada 2016-03-18 16:55:11 daripada Portal Administrator