Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (Monitoring, Control And Surveillance/MCS) dilaksanakan selaras undang-undang persekutuan dan negeri dan juga pematuhan kepada instrumen-instrumen antarabangsa.
Antara tugasan dalam komponen MCS yang dilaksanakan oleh Bahagian Perlindungan Sumber adalah seperti berikut :
- Pemeriksaan vesel penangkapan ikan
- Pemeriksaan peralatan menangkap Ikan
- Sistem Pemantauan Vesel (Vessel Monitoring System)
- Analisis tangkapan & usaha & laporan perbandingan dengan VMS, verifikasi ketepatan pendaratan
- Geledah & pemeriksaan oleh pegawai perikanan / pegawai berkuasa & pelbagai pihak penguat kuasa di laut
- Pengawasan udara & permukaan
- Penguatkuasaan undang-undang
Tujuan program MCS dilaksanakan adalah bagi :
- Mengurus sumber perikanan negara secara mapan.
- Melindungi sumber perikanan negara supaya cukup dan terpelihara untuk kegunaan pada masa sekarang dan untuk generasi yang akan datang.



Pemeriksaan Kedai Akuarium bagi mengesan ikan larangan.
Hasil Program Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan.
Program MCS di Mersing, Johor melibatkan tangkapan terhadap 3 vesel penangkapan ikan asing Vietnam pada 24 Mei 2017
Kursus Pengecaman Spesies Ikan Larangan untuk penguat kuasa Jabatan Perikanan Malaysia
Program Monitoring Control and Surveillance (MCS) Jabatan Perikanan Malaysia
Program Monitoring, Control and Surveillance (MCS ) Jabatan Perikanan Malaysia
Kemaskini pada 2017-12-27 14:17:59 daripada Iszni