Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Lampiran 1: Latarbelakang Asal Dan Penghuraian Kod

1. Lampiran ini menerangkan mengenai proses penghuraian dan perundingan kod ini, yang kemudiannya dikemukakan pada sesi ke-28 Persidangan FAO untuk diterima pakai. Adalah dirasakan perlu seksyen ini dijadikan lampiran sebagai rujukan kepada asal usul dan pengolahan Kod ini dan demikian itu, menggambarkan kepentingan yang timbul daripadanya dan semangat berkompromi semua pihak yang terlibat dalam penghuraiannya. Diharapkan daya usaha ini akan lebih menggalakkan lagi komitmen yang diperlukan untuk perlaksanaannya.

2. Dalam pelbagai forum antarabangsa, telah lama disuarakan perihal keprihatinan terhadap ekploitasi stok ikan secara berlebihan yang berlaku dengan ketara, kerosakan ekosistem, kerugian ekonomi, dan isu-isu yang menjejaskan perdagangan ikan – semuanya memudaratkan kemapanan perikanan dalam jangka masa yang panjang dan sebaliknya pula, mengurangkan sumbangan perikanan sebagai sumber makanan. Dalam membincangkan isu-isu terkini dan juga prospek perikanan dunia, Sesi ke-19 Jawatankuasa Perikanan FAO (COFI) yang diadakan dalam bulan Mac 1991 telah mencadangkan agar FAO membangunkan konsep perikanan yang bertanggungjawab dan menhuraikannya dengan lebih lanjut kepada Kod Amalan.

3. Kemudiannya, Kerajaan Mexico, dengan kerjasama FAO, menganjurkan Persidangan Antarabangsa Perikanan Yang Bertanggungjawab di Cancun dalam bulan Mei 1992. Deklarasi Cancun yang disahkan dalam persidangan tersebut telah menghuraikan dengan lebih terperinci konsep perikanan yang bertanggungjawab, dengan menyatakan bahawa "konsep ini merangkumi pemanfaatan secara mampan sumber perikanan secara harmoni dengan persekitaran :penerapan amalan tankapan dan akuakultur yang tidak membahayakan ekosistem, sumber atau kualitinya:penerapan nilai ditambah pada produk melalui proses transformasi yang memenuhi piawai sanitari yang disyaratkan: perlaksanaan amalan komersial yang memberikan pengguna produk berkualiti tinggi.

4. Deklarasi Cancun telah dikemukakan untuk perhatian Sidang Kemuncak Rio UNCED dalam bulan Jun 1992, yang menyokong penyediaan Kod Amalan Perikanan Yang Bertanggungjawab. Perundingan Teknikal FAO tentang Penangkapan Ikan Laut Lepas yang diadakan dalam bulan September 1992, telah mencadangkan penghuraian lanjut Kod untuk membincangkan isu-isu berkenaan dengan perikanan laut lepas.

5. Sesi ke-102 Majlis FAO, yang diadakan pada bulan November 1992, telah membincangkan mengenai penghuraian kod ini, dengan cadangan untuk memberikan keutamaan kepada isu-isu laut lepas dan meminta agar cadangan Kod ini dikemukakan kepada sesi Jawatankuasa Perikanan bagi tahun 1993.

6. Sesi ke-20 COFI, yang diadakan dalam bulan Mac 1993, meneliti prinsip umum bagi kod ini, termasuklah penghuraian lanjut garis panduannya dan bersetuju dengan rangka kerja untuk penghuraian lanjut kod ini. Jawatankuasa juga menerima agar FAO menyediakan dengan kadar segera, sebagai sebahagian dari kod ini, cadangan untuk menghalang pendaftaran semula vessel penangkapan ikan yang mengancam langkah-langkah pengurusan dann pemuliharaan laut lepas.

 

Pages: 1  2  3  4 | Seterusnya

 


Kemaskini pada 2014-12-29 16:30:29 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 45172 Tarikh Kemaskini : 14-12-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.