Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Artikel 12: Penyelidikan Perikanan

12.1 Negara-negara harus menyedari bahawa perikanan yang bertanggungjawab hendaklah menyediakan satu asas saintifik yang boleh membantu pengurus-pengurus perikanan dan pihak lain yang berkaitan dalam membuat keputusan. Oleh kerana itu negara juga seharusnya memastikan bahawa kajian yang bersesuaian yang mencakupi semua aspek perikanan termasuklah biologi, teknologi, sains alam sekitar, ekonomi, sains sosial, akuakultur dan sains pemakanan dilaksanakan. Negara juga seharusnya memastikan adanya kemudahan penyelidikan, dan menyediakan latihan, kakitangan dan membentuk badan institusi untuk melakukan kajian, dengan mengambil kira keperluan khusus negara-negara membangun.

12.2 Negara-negara harus mewujudkan satu rangka kerja institusi yang bersesuaian untuk mengenal pasti penyelidikan gunaan sebagaimana yang diperlukan dan kegunaannya yang sebenar.

12.3 Negara-negara harus memastikan bahawa data yang dihasilkan menerusi penyelidikan dianalisa dan hasil penyelidikannya diterbitkan, menjaga kerahsiaannya di mana yang bersesuaian, dan mengedarkannya dalam suatu bentuk yang mudah difahami dan tepat pada ketikanya, bagi menyediakan suatu bukti saintifik yang terbaik yang tersedia sebagai suatu sumbangan terhadap pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan perikanan. Apabila terdapatnya kekurangan maklumat saintifik, penyelidikan saintifik yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin.

12.4 Negara-negara haruslah mengumpulkan data yang boleh dipercayai dan tepat untuk mengkaji status dan ekosistem, termasuklah data tentang hasil tangkapan sampingan, ikan buangan dan sisa. Sekiranya perlu, data ini haruslah disalurkan pada waktu yang bersesuaian dan pada tahap kemampuannya kepada negara dan pertubuhan perikanan serantau dan dunia yang berkaitan.

12.5 Negara-negara haruslah mampu memantau dan mengkaji stok ikan di bawah pengawasannya, termasuk kesan perubahan ekosistem yang diakibatkan oleh tekanan penangkapan, pencemaran atau perubahan habitat. Negara tersebut juga harus menetapkan keupayaan penyelidikan yang diperlukan untuk mengkaji kesan dan perubahan iklim atau persekitaran terhadap stok ikan dan ekosistem akuatik.

12.6 Negara-negara harus menyokong dan memperkuatkan kemampuan penyelidikan kebangsaan agar memenuhi piawaian saintifik yang diperakui.

12.7 Negara-negara sebagaimana yang seharusnya berkerjasama dengan organisasi antarabangsa yang berkaitan, harus menggalakkan kerja-kerja penyelidikan untuk memastikan sumber perikanan diterokai secara optimum dan mendorong penyelidikan untuk menyokong dasar negara yang berkaitan dengan ikan sebagai makanan.

12.8 Negara-negara harus melaksanakan penyelidikan dan memantau bekalan makanan yang berasal dari sumber akuatik dan persekitaran di mana bekalan tersebut diperolehi dan untuk memastikan tiada kesan sampingan ke atas pengguna. Hasil penyelidikan tersebut hendaklah diterbitkan bagi kegunaan masyarakat umum.

12.9 Negara-negara haruslah memastikan bahawa aspek ekonomi, sosial, pemasaran dan instutusi perikanan dikaji secara menyeluruh dan penghasilan data tersebut dibuat perbandingan bagi pemantauan, penganalisaan yang berterusan dan perumusan polisi.

12.10 Negara-negara seharusnya melaksanakan kajian terhadap selektiviti alat penangkapan ikan, kesan persekitaran oleh peralatan penangkapan ikan ke atas spesies sasaran dan terhadap perilaku spesies sasaran dan bukan sasaran yang berkaitan dengan alat penangkapan ikan tersebut sebagai suatu dorongan untuk membuat keputusan pengurusan dan dengan maksud untuk meminimumkan hasil tangkapan yang tidak dimanfaatkan serta melindungi kepelbagaian biologi ekosistem dan habitat akuatik.

12.11 Negara-negara harus memastikan bahawa sebelum pengeluaran sesuatu peralatan komersial yang baru, satu kajian saintifik terhadap kesan ke atas sumber perikanan dan pada ekosistem setempat di mana peralatan itu akan digunakan haruslah dilakukan. Kesan dari pengenalan peralatan ini juga harus dipantau.

12.12 Negara-negara harus menyiasat dan mendokumenkan pengetahuan tentang teknologi perikanan tradisional, terutamanya yang berskala kecil, dalam rangka mengkaji penerapannya terhadap pemuliharan, pengurusan perikanan secara mampan.

12.13 Negara-negara harus mempertingkatkan penggunaan hasil kajian sebagai dasar bagi penetapan objektif pengurusan, titik rujukan dan kriteria perlaksanaan serta untuk menjamin hubungan yang bersesuaian di antara penyelidikan gunaan dan pengurusan perikanan.

12.14 Negara-negara yang melaksanakan kegiatan kajian saintifik di perairan negara lain harus memastikan agar vesel mereka memenuhi dan mematuhi perundangan di negara tersebut dan juga perundangan antarabangsa.

12.15 Negara-negara harus menggalakan penerapan garis panduan yang seragam yang berkaitan dengan penyelidikan saintifik perikanan di laut lepas.

12.16 Negara-negara harus bila mana perlu menyokong penubuhan mekanisma, antara lain, menerima panduan yang seragam untuk memudahkan penyelidikan di peringkat serantau dan harus berkongsi hasil maklumat penyelidikan yang diperolehi dengan negara-negara lain.

12.17 Negara-negara, baik secara langsung mahupun dengan sokongan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan harus membentuk satu kerjasama teknikal dan program penyelidikan untuk meningkatkan kefahaman biologi, alam sekitar dan status stok akuatik di lintas sempadan.

12.18 Negara-negara dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan harus mendorong dan meningkatkan keupayaan penyelidikan negara membangun, antara lain dalam bidang pengumpulan dan analisa data, maklumat, sains dan teknologi, pembangunan sumber manusia dan peruntukan kemudahan penyelidikan bagi mereka untuk menyertai secara berkesan dalam pemuliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hidupan akuatik secara mampan.

12.19 Pertubuhan antarabangsa yang diperakui, di mana perlu harus menghulurkan bantuan dari segi teknikal dan kewangan kepada negara berdasarkan kepada permintaan dan bila mana perlu dalam menjalankan penyelidikan, penaksiran stok ikan yang belum atau sedikit diterokai.

12.20 Pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan teknikal dan kewangan harus apabila diminta memberi bantuan kepada negara-negara dalam usaha penyelidikan dengan memberikan perhatian khusus kepada negara membangun dan terutamanya kepada negara-negara mundur serta negara kepulauan kecil yang membangun.

 


Kemaskini pada 2014-12-29 16:30:09 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 42162 Tarikh Kemaskini : 21-08-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.