Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Artikel 11: Amalan Lepas Tuai dan Perdagangan

11.1 Pemanfaatan ikan yang bertanggungjawab

 

11.1.1 Negara-negara harus mengambil langkah yang tepat untuk memastikan hak pengguna terhadap ikan dan produk perikanan yang selamat, baik dan tidak tercemar.

11.1.2 Negara-negara harus menubuh dan mengekalkan sistem jaminan keselamatan dan kualiti kebangsaan yang efektif untuk melindungi kesihatan pengguna dan mencegah penipuan komersial.

11.1.3 Negara-negara harus menetapkan piawai minimum bagi jaminan keselamatan dan kualiti dan memastikan bahawa piawai itu diterapkan secara efektif pada keseluruhan industri tersebut. Negara-negara harus mempromosikan perlaksanaan piawai kualiti sepertimana yang dipersetujui dalam konteks Majlis Suruhanjaya Codex FAO/WHO dan organisasi atau peraturan lain yang berkaitan.

11.1.4 Negara-negara harus bekerjasama untuk mencapai keharmonian, atau pengiktirafan bersama, atau kedua-duanya sekali, dalam hal yang berkaitan dengan langkah sanitasi kebangsaan dan program pensijilan secara sewajarnya, serta meninjau kemungkinan penubuhan agensi kawalan dan pensijilan yang diiktiraf bersama.

11.1.5 Negara-negara harus memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap peranan ekonomi dan sosial sektor perikanan lepas tuai semasa merumuskan polisi negara bagi pembangunan dan pemanfaatan sumber perikanan secara mapan.

11.1.6 Negara-negara dan organisasi yang berkaitan harus membiayai penyelidikan dalam bidang teknologi perikanan dan jaminan kualiti, serta menyokong projek-projek untuk meningkatkan pengendalian ikan lepas tuai, dengan mengambilkira impak ekonomi, sosial, persekitaran dan pemakanan dari projek tersebut.

11.1.7 Negara-negara, menyedari akan kewujudan kaedah pengeluaran yang berbeza-beza, haruslah melalui kerjasama dan penyediaan bantuan bagi pembangunan dan pemindahan teknologi yang sesuai, memastikan bahawa kaedah pemprosesan, pengangkutan dan penyimpanan adalah bersifat mesra alam.

11.1.8 Negara-negara harus menggalakkan pihak yang terlibat dalam pemprosesan, pengedaran dan pemasaran ikan agar:

 

a) mengurangkan kerosakan dan pembaziran lepas tuai;

b) meningkatkan pemanfaatan hasil tangkapan sampingan agar ia konsisten dengan amalan pengurusan perikanan yang bertanggungjawab; dan

c) memanfaatkan sumber, terutamanya air dan tenaga, khususnya kayu, secara mesra alam.

 

11.1.9 Negara-negara harus menggalakkan pemanfaatan ikan sebagai sumber makanan manusia dan mempromosikannya apabila perlu.

11.1.10 Negara-negara harus bekerjasama untuk membantu pengeluaran produk nilai ditambah oleh negara-negara membangun.

11.1.11 Negara-negara harus memastikan bahawa perdagangan ikan dan produk ikan secara antarabangsa dan tempatan selaras dengan amalan pengurusan dan pemuliharaan yang sihat dengan peningkatan identifikasi asal usul ikan dan produk perikanan yang diperdagangkan.

11.1.12 Negara-negara harus memastikan bahawa kesan dari kegiatan lepas tuai terhadap persekitaran dipertimbangkan dalam menggubal undang-undang, peraturan dan polisi yang berkaitan tanpa menganggu pasaran.

 

11.2 Perdagangan Antarabangsa yang Bertanggungjawab

 

11.2.1 Peruntukan Kod ini harus ditafsirkan dan diserapkan sejajar dengan prinsip, hak dan kewajipan yang ditetapkan di bawah Perjanjian Organisasi Perdagangan Sedunia (WTO).

11.2.2 Perdagangan ikan dan produk perikanan antarabangsa tidak boleh menjejaskan pembangunan perikanan mampan dan pemanfaatan sumber hidupan akuatik yang bertanggungjawab.

11.2.3 Negara-negara harus memastikan bahawa langkah-langkah yang mempengaruhi perdagangan ikan dan produk perikanan di peringkat antarabangsa, bersifat telus, dan apabila perlu, hendaklah dibuat berdasarkan kepada bukti saintifik, dan selaras dengan peraturan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.

11.2.4 Langkah-langkah perdagangan ikan yang diterima pakai oleh negara-negara untuk melindungi kehidupan atau kesihatan manusia atau haiwan, tidak boleh bersifat diskriminasi terhadap kepentingan pengguna atau persekitaran, dan harus selaras dengan peraturan perdagangan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, terutamanya mengenai prinsip, hak dan kewajipan yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Penerapan Langkah-Langkah Sanitari dan Fitosanitari dan Perjanjian Halangan Teknikal terhadap Perdagangan di bawah WTO.

11.2.5 Negara-negara harus memperluaskan lagi liberalisasi perdagangan ikan dan produk perikanan dan menghilangkan halangan dan gangguan terhadap perdagangan seperti duti, kuota dan halangan bukan tarif selaras dengan prinsip, hak dan kewajipan di bawah Perjanjian WTO.

11.2.6 Negara-negara tidak boleh mewujudkan halangan yang keterlaluan dan secara tersembunyi samada secara langsung atau tidak langsung terhadap perdagangan yang menghadkan kebebasan pengguna untuk memilih pembekal atau yang menghadkan kemasukan ke pasaran.

11.2.7 Negara-negara tidak boleh mengenakan syarat terhadap kemasukan ke pasaran bagi kebenaran mendapatkan sumber. Prinsip ini tidak menghalang kemungkinan mengadakan perjanjian penangkapan ikan di antara negara, termasuk mengadakan peruntukan bagi membenarkan penangkapan sumber, perdagangan dan kemasukan ke pasaran, pemindaan teknologi, penyelidikan saintifik, latihan dan elemen-elemen yang berkaitan.

11.2.8 Negara-negara tidak boleh membabitkan kemasukan ke pasaran dengan pembelian teknologi yang khas atau penjualan produk lainnya.

11.2.9 Negara-negara harus bekerjasama dalam memenuhi perjanjian antarabangsa berkaitan yang mengatur perdagangan spesies terancam.

11.2.10 Negara-negara harus membangunkan perjanjian antarabangsa bagi perdagangan spesimen hidup sekiranya ada risiko kerosakan persekitaran berlaku dalam negara pegimport atau pengeksport.

11.2.11 Negara-negara harus bekerjasama untuk mempromosikan kepatuhan dan pelaksanaan secara efektif terhadap piawai antarabangsa bagi perdagangan ikan dan produk perikanan serta pemuliharaan sumber hidupan akuatik.

11.2.12 Negara-negara tidak boleh mengabaikan langkah-langkah pemuliharaan sumber hidupan akuatik bagi tujuan kepentingan perdagangan atau pelaburan.

11.2.13 Negara-negara harus bekerjasama untuk membangunkan peraturan atau piawai yang diterima pakai diperingkat antarabangsa bagi perdagangan ikan dan produk perikanan yang selaras dengan prinsip, hak dan kewajipan yang ditetapkan di bawah Perjanjian WTO.

11.2.14 Negara-negara harus bekerjasama di antara satu dengan lain dan menyertai secara aktif dalam pelbagai forum serantau dan pelbagai hala yang berkaitan, seperti WTO, untuk memastikan perdagangan ikan dan produk perikanan yang adil dan tidak bersifat diskriminasi serta kepatuhan yang menyeluruh terhadap langkah pemuliharaan yang dipersetujui oleh pelbagai pihak.

11.2.15 Negara-negara, badan bantuan, bank pembangunan pelbagai hala dan lain-lain organisasi antarabangsa yang berkaitan, harus memastikan bahawa polisi dan amalan mereka yang berkaitan dengan promosi perdagangan ikan antarabangsa dan hasil eksport tidak menyebabkan kemerosotan pada persekitaran atau kesan yang merugikan terhadap hak dan keperluan pemakanan penduduk yang bagi mereka ikan adalah penting bagi kesihatan dan kesejahteraan mereka serta bagi mereka yang sumber makanan lainnya tidak boleh didapati dengan mudah atau tidak berkemampuan.

 

11.3 Undang-undang dan Peraturan Yang Berkaitan Dengan Perdagangan Ikan

 

11.3.1 Undang-undang, peraturan dan prosedur pentadbiran yang berkaitan dengan perdagangan ikan dan produk perikanan antarabangsa harus telus, sesederhana mungkin, boleh diperluas dan jika perlu, didasarkan atas bukti saintifik.

11.3.2 Negara-negara, selaras dengan undang-undang mereka, harus memberikan kemudahan perundingan yang sewajarnya dan penyertaan pihak industri serta kumpulan persekitaran dan pengguna dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan perdagangan ikan dan produk perikanan.

11.3.3 Negara-negara harus menyederhanakan undang-undang, peraturan dan prosedur pentadbiran mereka yang berkaitan dengan perdagangan ikan dan produk perikanan tanpa mengurangi keberkesanannya.

11.3.4 Apabila sesebuah negara mengemukakan perubahan terhadap syarat perundangannya yang melibatkan perdagangan ikan dan produk perikanan dengan negara lain, maka maklumat dan masa yang mencukupi harus diberikan kepada negara-negara dan pengeluar yang terlibat untuk membolehkan mereka membuat perubahan yang dikehendaki dalam proses dan prosedur mereka. Dalam hal ini, perundingan mengenai jangka masa pelaksanaan bagi perubahan ini perlu diadakan dengan negara yang terlibat. Pertimbangan harus diberikan terhadap negara yang memohon kelonggaran sementara daripada menunaikan kewajipan yang ditetapkan.

11.3.5 Negara-negara harus meninjau secara beransur-ansur undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan perdagangan ikan dan produk perikanan antarabangsa supaya dapat menentukan samada keadaan yang menyebabkan perubahan tersebut masih berterusan.

11.3.6 Negara-negara harus menyelaraskan seberapa mungkin piawai yang berkaitan dengan perdagangan ikan dan produk perikanan antarabangsa agar ia selaras dengan peruntukan berkaitan yang diperakui diperingkat antarabangsa.

11.3.7 Negara-negara harus mengumpul, menyebar dan saling bertukar-tukar maklumat statistik tepat pada masanya dan betul mengenai perdagangan ikan dan produk perikanan antarabangsa melalui institusi kebangsaan dan organisasi antarabangsa yang berkaitan.

11.3.8 Negara-negara harus memaklumkan segera kepada negara lain yang berkepentingan, WTO dan organisasi antarabangsa lain yang berkaitan mengenai perkembangan dan perubahan pada undang-undang, peraturan dan prosedur pentadbiran yang berkaitan dengan perdagangan ikan dan produk perikanan antarabangsa.

 


Kemaskini pada 2014-12-29 16:29:47 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 42280 Tarikh Kemaskini : 23-08-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.