10.1 Rangka kerja Institusi
10.1.1 Negara-negara harus menentukan rangka kerja dasar, perundangan dan institusi, diterima pakai bagi mencapai penggunaan sumber secara mampan dan bersepadu, dengan mengambil kira ekosistem pantai yang tidak stabil dan sifat sumber asli yang terhad serta keperluan masyarakat pantai
10.1.2 Memandangkan kepada pelbagai guna kawasan pantai, negara-negara harus memastikan pandangan wakil sektor perikanan dan masyarakat nelayan diambil kira dalam proses membuat keputusan dan mereka juga terlibat di dalam lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan pengurusan kawasan pantai.
10.1.3 Negara-negara harus membangunkan, secara sesuai, rangka kerja perundangan dan institusi bagi menentukan pelbagai kemungkinan penggunaan sumber pantai dan untuk menentukan hak komuniti nelayan pantai dan amalan kebiasaan mereka yang bersesuaian dengan pembangunan yang mampan.
10.1.4 Negara-negara harus membantu penerimaan amalan perikanan yang menghindarkan konflik antara pengguna sumber perikanan dan antara mereka sendiri dan juga dengan lain-lain pengguna kawasan pantai.
10.1.5 Negara-negara harus menggalakkan pembentukan prosedur dan mekanisma pada tahap pentadbiran yang sesuai untuk menyelesaikan konflik yang timbul antara pengguna sumber perikanan dan antara lain-lain pengguna kawasan pantai.
10.2 Langkah-langkah Dasar
10.2.1 Negara-negara harus menggalakkan kesedaran umum tentang kepentingan perlindungan dan pengurusan sumber pantai dan penyertaan mereka yang berkaitan di dalam proses pengurusan.
10.2.2 Bagi membantu membuat keputusan ke atas pembahagian dan penggunaan sumber pantai, negara-negara harus menggalakkan penilaian nilai mereka dengan mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan kebudayaan masing masing.
10.2.3 Dalam menetapkan dasar bagi pengurusan kawasan pantai, negara-negara harus mengambil kira risiko dan ketidak pastian yang terlibat.
10.2.4 Negara-negara, selaras dengan kemampuan mereka, harus menetap atau menggalakkan penubuhan sistem untuk memantau persekitaran pantai sebagai sebahagian dari proses pengurusan pantai menggunakan parameter fizikal, kimia, biologi, ekonomi dan sosial.
10.2.5 Negara-negara harus menggalakkan penyelidikan pelbagai disiplin bagi menyokong pengurusan kawasan pantai, khususnya didalam aspek persekitaran, biologi, ekonomi, sosial, perundangan dan institusi.
10.3 Kerjasama Serantau
10.3.1 Negara-negara yang mempunyai kawasan pantai yang berjiran harus bekerjasama antara satu sama lain bagi membantu penggunaan sumber pantai yang mampan dan pemuliharaan persekitaran.
10.3.2 Jika terdapat aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan akan menyebabkan kesan persekitaran lintas sempadan yang kurang baik, negara-negara harus:
a) menyediakan maklumat yang berjadual dan, jika boleh, memberi notis yang awal kepada negara-negara yang berkemungkinan akan terjejas;
b) berunding dengan negara-negara tersebut secepat mungkin
10.3.3 Negara-negara harus bekerjasama di peringkat serantau bagi meningkatkan pengurusan kawasan pantai.
10.4 Pelaksanaan
10.4.1 Negara-negara harus menetapkan mekanisme kerjasama dan penyelarasan di antara pihak berkuasa negara yang terlibat dalam perancangan, pembangunan, pemuliharaan dan pengurusan kawasan pantai.
10.4.2 Negara-negara harus menentukan pihak berkuasa yang mewakili sektor perikanan dalam proses pengurusan pantai mempunyai keupayaan teknikal dan sumber pembiayaan yang sesuai.
Kemaskini pada 2014-12-29 16:29:32 daripada Portal Administrator