W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Artikel 9: Pembangunan Akuakultur

9.1 Pembangunan akuakultur yang bertanggungjawab, termasuk kultur berasaskan perikanan, dalam kawasan di bawah bidang kuasa nasional

 

9.1.1 Negara-negara harus mewujud, memelihara dan membangunkan perundangan dan rangka kerja yang bersesuaian bagi memudahkan pembangunan akuakultur yang bertanggungjawab.

9.1.2 Negara-negara harus menggiatkan pembangunan dan pengurusan akuakultur yang bertanggungjawab, termasuk penaksiran awal kesan-kesan pembangunan akuakultur ke atas kepelbagaian genetik dan keutuhan ekosistem, berasaskan kepada perolehan maklumat saintifik terbaik semasa.

9.1.3 Negara-negara harus menghasilkan dan sentiasa mengemaskini strategi dan pelan pembangunan akuakultur, bila diperlukan, untuk memastikan pembangunan akuakultur dijalankan secara mampan dari segi ekologi dan bagi membolehkan penggunaan sumber secara rasional dan dikongsi bersama antara akuakultur dan lain lain aktiviti.

9.1.4 Negara-negara harus menjamin bahawa mata pencarian masyarakat tempatan, dan hak mereka kekawasan tangkapan ikan tidak terganggu akibat dari pembangunan akuakultur

9.1.5 Negara- negara harus mewujudkan prosedur yang berkesan khusus kepada akuakultur untuk menyelenggarakan penilaian persekitaran dan pemantauan yang sesuai bertujuan untuk meminimakan kesan perubahan ekologi dan kesan ekonomi dan kebudayaan yang berkaitan akibat dari pengambilan air, penggunaan tanah, pelepasan bahan buangan,penggunaan bahan ubatan dan kimia dan lain lain aktiviti akuakultur.

 

9.2 Pengembangan akuakultur yang bertanggungjawab termasuk kultur berasaskan perikanan dalam lingkungan ekosistem akuatik lintas sempadan

 

9.2.1 Negara- negara harus melindungi ekosistem akuatik lintas sempadan dengan memberikan sokongan kepada amalan akuakultur yang bertanggungjawab didalam bidangkuasa nasional dan bekerjasama dalam menggiatkan amalan akuakultur mampan.

9.2.2 Negara-negara harus, menghormati negara jiran seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa, mempastikan pemilihan spesies, pemilihan tapak dan pengurusan aktiviti akuakultur yang bertanggungjawab tidak memberi kesan kepada ekosistem akuatik lintas sempadan.

9.2.3 Negara-negara harus berbincang dengan negara jiran, jika perlu, sebelum melepaskan spesies bukan tempatan ke dalam ekosistem akuatik lintas sempadan.

9.2.4 Negara-negara harus mewujudkan mekanisma yang sesuai, seperti pangkalan data dan jaringan informasi bagi mengumpul, berkongsi dan menyebarkan data berkaitan dengan aktiviti akuakultur mereka untuk memudahkan kerjasama dalam merancang pembangunan akuakultur di peringkat kebangsaan, wilayah, serantau dan antarabangsa.

9.2.5 Negara- negara harus bekerjasama di dalam membangunkan mekanisma yang bersesuaian, apabila diperlukan, bagi memantau kesan input yang digunakan dalam akuakultur.

 

9.3 Penggunaan sumber genetik akuatik untuk akuakultur termasuk kultur berasaskan perikanan

 

9.3.1 Negara- negara harus mengekalkan kepelbagaian genetik dan mempertahan kan keutuhan komuniti akuatik dan juga ekosistem melalui pengurusan yang tepat. Usaha harus diambil untuk meminimumkan kesan bahaya akibat dari pelepasan spesies bukan tempatan atau stok yang genetiknya telah diubah untuk akuakultur termasuk kultur berasaskan perikanan ke dalam perairan, terutama di kawasan yang berpotensi tinggi untuk penyebaran spesies bukan tempatan atau stok yang genetiknya telah diubah di dalam perairan di bawah bidang kuasa negara asal. Negara-negara harus, di mana perlu, menggalakan langkah- langkah untuk meminimumkan kesan genetik kurang baik, penyakit dan lain-lain kesan dari ikan ternakan yang terlepas ke atas stok ikan asli.

9.3.2 Negara-negara harus berkerjasama dalam menerang, menerima dan melaksanakan kod amalan antarabangsa untuk pelepasan dan pemindahan organisma akuatik.

9.3.3 Negara- negara harus, bagi meminimumkan risiko pemindahan penyakit dan lain-lain kesan kurang baik ke atas stok ikan asli dan ternakan, menggalakan penerimaan amalan yang sesuai di dalam pembaikan genetik induk ikan, pelepasan spesies bukan asli, dan dalam pengeluaran, penjualan dan pengangkutan telur, larva atau benih, induk atau lain lain bahan hidupan. Negara-negara harus membantu dalam penyediaan dan pelaksanaan kod amalan dan prosedur kebangsaan yang sesuai

9.3.4 Negara-negara harus menggalakan penggunaan prosedur yang sesuai bagi memilih induk dan pengeluaran telur, larva dan benih.

9.3.5 Negara-negara harus, di mana perlu, menggalakan kajian dan, bilamana sesuai, pembangunan teknik-teknik ternakan bagi spesies terancam bagi melindungi, memulih dan meningkatkan stoknya dengan mengambil kira keperluan kritikal untuk memulihara kepelbagaian genetik spesies terancam.

 

9.4 Akuakultur yang bertanggungjawab pada peringkat pengeluaran

 

9.4.1 Negara-negara harus menggalakan amalan akuakultur yang bertanggungjawab bagi menyokong komuniti luar bandar, persatuan pengeluar dan penternak ikan.

9.4.2 Negara-negara haruslah menggalakkan penyertaan penternak ikan dan komunitinya secara aktif di dalam pembangunan amalan pengurusan akuakultur yang bertanggungjawab.

9.4.3 Negara-negara harus menggalakkan usaha bagi membaiki pemilihan dan penggunaan makanan, aditif makanan dan baja, termasuk najis yang sesuai.

9.4.4 Negara-negara harus menggalakkan amalan pengurusan ladang dan kesihatan ikan yang berkesan yang mengutamakan langkah-langkah kebersihan dan penggunaan vaksin. Penggunaan terapeutan, hormon dan ubat-ubatan, antibiotik dan lain-lain bahan kimia yang mengawal penyakit secara selamat berkesan dan minimum hendaklah dipastikan.

9.4.5 Negara-negara harus mengawal penggunaan input bahan kimia dalam akuakultur yang merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran.

9.4.6 Negara-negara harus memastikan pembuangan sisa seperti isiperut, lumpur (sludge), ikan mati atau berpenyakit, lebihan ubatan veterinar dan lain lain bahan kimia berbahaya tidak memudaratkan kesihatan manusia dan persekitaran.

9.4.7 Negara-negara harus memastikan keselamatan makanan dari produk akuakultur dan menggalakan usaha bagi mengekalkan kualiti produk dan meningkatkan nilainya melalui pengendalian khusus sebelum dan semasa penuaian dan pemprosesan di tapak dan semasa penyimpanan dan pengangkutan produk.

 


Kemaskini pada 2014-12-29 16:06:03 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 39147 Tarikh Kemaskini : 18-06-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.