Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Artikel 6: Prinsip-Prinsip Am

6.1 Negara-negara dan para pengguna sumber hidupan akuatik hendaklah memulihara ekosistem akuatik. Dalam hak menangkap ikan, terkandung kewajiban untuk melakukan pemuliharaan dengan cara yang bertanggungjawab untuk memastikan pemuliharaan dan pengurusan sumber hidupan akuatik yang efektif.

6.2 Pengurusan perikanan hendaklah memajukan pemeliharaan mutu, kepelbagaian dan kedapatan sumber perikanan dalam jumlah yang cukup untuk generasi kini dan akan datang dalam konteks keselamatan makanan, mengurangkan kemiskinan dan pembangunan yang mampan. Langkah-langkah pengurusan hendaklah tidak hanya memastikan pemuliharaan spesies sasaran tetapi juga spesies yang mendiami ekosistem yang sama atau yang berkaitan atau yang bergantung pada spesies sasaran.

6.3 Negara-negara hendaklah mencegah lebihan tangkapan dan penangkapan ikan yang melebihi kapasiti serta hendaklah melaksanakan langkah pengurusan untuk menjamin bahawa usaha penangkapan seimbang dengan kapasiti pengeluaran sumber daya perikanan tersebut dan pemanfaatannya yang mampan. Sejauh mungkin negara-negara harus mengambil langkah untuk mengembalikan populasi ikan bila mana perlu.

6.4 Keputusan untuk pemuliharaan dan pengurusan perikanan hendaklah berdasarkan pada bukti saintifik terbaik yang ada, juga mengambil kira pengetahuan tradisional berkenaan sumber dan habitatnya, serta faktor persekitaran, ekonomi dan sosial yang berkenaan. Negara-negara harus memberikan keutamaan kepada penyelidikan dan pengumpulan data untuk meningkatkan pengetahuan saintifik dan teknikal perikanan termasuk interaksinya dengan ekosistem. Dengan mempertimbangkan sifat lintas sempadan kebanyakan ekosistem akuatik, negara-negara hendaklah menggalakkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam penyelidikan di mana perlu.

6.5 Negara-negara dan organisasi pengurusan perikanan serantau hendaklah menggunakan pendekatan bersifat pencegahan secara meluas terhadap pemuliharaan, pengurusan dan eksploitasi sumber hidupan akuatik untuk melindungi dan melakukan pemuliharaan persekitaran akuatik, dengan mengambil kira bukti saintifik terbaik yang ada. Ketiadaan maklumat saintifik yang mencukupi tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk melambatkan atau menggagalkan pengambilan langkah untuk melakukan pemuliharaan spesies sasaran, spesies yang berkaitan atau yang bergantung dengan spesies lainnya dan spesies bukan-sasaran dan persekitaran mereka.

6.6 Alat dan cara penangkapan ikan yang selektif dan mesra persekitaran hendaklah dikembangkan dan diterapkan lebih lanjut, sejauh yang boleh dilakukan, untuk memelihara kepelbagaian biologi dan melakukan pemuliharaan struktur populasi dan ekosistem akuatik serta menjaga mutu ikan. Bila terdapat alat penangkapan ikan dan kaedah penangkapan ikan yang selektif dan mesra persekitaran, maka hendaklah diakui dan diberi keutamaan dalam menetapkan langkah pemuliharaan dan pengurusan untuk perikanan. Negara dan para pemanfaat ekosistem akuatik hendaklah meminimumkan bahan buangan, penangkapan spesies bukan-sasaran, baik spesies ikan mahupun bukan-ikan, serta kesan terhadap spesies berkait atau yang bergantung dengan spesies lainnya.

6.7 Penangkapan, pengendalian, pemprosesan dan pengedaran ikan dan produk perikanan hendaklah dilakukan dengan cara yang akan mempertahankan nilai khasiat, mutu dan keselamatan produk perikanan, mengurangi bahan buangan dan meminimumkan kesan negatifnya terhadap persekitaran.

6.8 Seluruh habitat perikanan yang dalam keadaan kritikal di dalam ekosistem laut dan air tawar, seperti tanah lembab, hutan bakau, terumbu, lagun, kawasan asuhan dan bertelor, jika perlu dan sejauh mungkin hendaklah dilindungi dan dipulihkan. Usaha khusus hendaklah dibuat untuk melindungi habitat tersebut dari kerosakan, penurunan mutu, pencemaran dan kesan nyata lainnya yang diakibatkan oleh kegiatan manusia yang mengancam kesihatan dan daya maju hidup sumber perikanan tersebut.

6.9 Negara-negara hendaklah memastikan bahawa kepentingan perikanan mereka, termasuk keperluan pemuliharaan sumber, diambil kira dalam pemanfaatan serba guna zon pesisir dan dimasukkan ke dalam pengurusan, perancangan dan pembangunan kawasan pesisir.

6.10 Dalam bidang kuasa masing-masing dan sesuai dengan undang-undang antarabangsa, termasuk di dalam rangka kerja organisasi atau peraturan pemuliharaan dan pengurusan perikanan serantau, negara-negara hendaklah memastikan kepatuhan terhadap dan penguatkuasaan langkah pemuliharaan dan pengurusan serta menetapkan mekanisme yang efektif, untuk memantau dan mengawal selia kegiatan vesel penangkapan ikan dan vesel bantuan penangkapan ikan.

6.11 Negara-negara yang memberikan hak kepada vesel penangkapan ikan dan vesel bantuan penangkapan ikan dan didaftarkan di negara mereka hendaklah menjalankan pengawasan yang efektif ke atas vesel tersebut untuk memastikan pemakaian kod ini dengan sebenarnya. Negara itu hendaklah menentukan bahawa kegiatan vesel tersebut tidak mengurangkan keberkesanan langkah pemuliharaan dan pengurusan yang sesuai dengan undang-undang antarabangsa dan telah dipakai pada peringkat kebangsaan, serantau dan global. Negara tersebut hendaklah pula memastikan bahwa vesel yang didaftarkan tersebut memenuhi kewajibannya dalam hal pengumpulan dan penyediaan data yang berhubungan dengan kegiatan penangkapan ikan yang dilakukannya.

6.12 Negara-negara dalam bidang kuasa masing-masing dan sesuai dengan undang-undang antarabangsa, hendaklah bekerjasama pada peringkat serantau dan global melalui organisasi pengurusan perikanan, perjanjian antarabangsa lainnya atau peraturan lainnya untuk menggalakkan pemuliharaan dan pengurusan, memastikan penangkapan ikan yang bertanggungjawab dan mempastikan pemuliharaan dan perlindungan sumber hidupan akuatik secara efektif pada seluruh jangkauan taburannya dengan memperhatikan keperluan kepada langkah yang sesuai di kawasan di dalam dan di luar bidang kuasa negara.

6.13 Negara-negara, sejauh yang diizinkan oleh undang-undang dan peraturan nasional, hendaklah menentukan bahawa proses membuat keputusan berlangsung secara telus dan mencapai penyelesaian dalam tempoh yang sesuai terhadap persoalan yang mendesak. Negara-negara, sejajar dengan prosedur yang sesuai, hendaklah memberi kemudahan khidmat pakar runding dan penyertaan yang efektif dari industri, para pekerja perikanan, organisasi persekitaran dan organisasi lain yang berkepentingan dalam mengambil keputusan dengan memerhatikan perkembangan undang-undang dan polisi yang berhubung dengan pengurusan, pembangunan, pinjaman dan bantuan antarabangsa dalam bidang perikanan.

6.14 Perdagangan antarabangsa untuk ikan dan produk perikanan hendaklah dilakukan sesuai dengan prinsip, hak dan kewajiban yang ditetapkan dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan persetujuan antarabangsa lain yang relevan. Negara-negara hendaklah memastikan bahawa polisi, program, dan amalan yang bertalian dengan perdagangan ikan dan produk perikanan tidak mengakibatkan halangan terhadap perdagangan tersebut, penurunan mutu persekitaran atau kesan negatif sosial dan pemakanan.

6.15 Negara-negara hendaklah bekerjasama dalam mencegah perselisihan. Semua perselisihan yang berkaitan dengan kegiatan dan amalan penangkapan hendaklah diselesaikan dalam jangka masa yang sesuai secara damai dan dengan cara musyawarah, sesuai dengan persetujuan antarabangsa yang boleh diterapkan atau cara lain yang diterima oleh pihak yang berselisih. Sementara menanti penyelesaian perselisihan berkaitan, negara bersangkutan hendaklah melakukan segala usaha untuk melaksanakan peraturan yang bersifat tidak mempengaruhi hasil akhir dari setiap prosedur penyelesaian perselisihan.

6.16 Negara-negara, dengan memerhatikan pentingnya pemahaman para nelayan dan penternak ikan akan pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sebagai sumber mata pencarian, hendaklah memajukan kesedaran akan perikanan yang bertanggungjawab melalui pendidikan dan latihan. Mereka hendaklah memastikan agar para nelayan dan penternak ikan dilibatkan dalam proses perumusan polisi dan pelaksanaan, juga dengan maksud untuk memberi kemudahan bagi pelaksanaan Kod ini.

6.17 Negara-negara hendaklah memastikan bahawa kemudahan dan peralatan penangkapan ikan serta kegiatan perikanan lain menjamin keselamatan kerja, kesihatan dan persekitaran kerja dan kehidupan serta piawaian antarabangsa.

6.18 Menyedari pentingnya penglibatan perikanan artisanal dan perikanan berskala kecil terhadap pekerjaan, pendapatan dan keselamatan makanan, negara-negara hendaklah melindungi hak para nelayan dan mereka yang berkaitan dengan perikanan, terutama bagi mereka yang terlibat dalam perikanan "subsisten", berskala kecil dan "artisanal", suatu mata pencarian yang selamat dan adil dan jika perlu, hak keistimewaan memasuki kawasan penangkapan dan sumber tradisional di dalam perairan di bawah bidang kuasa mereka.

6.19 Negara-negara hendaklah menimbangkan akuakultur, termasuk perikanan berasaskan kultur, sebagai suatu cara untuk mendorong kepelbagaian pendapatan dan makanan. Dalam melaksanakan hal itu, negara hendaklah mempastikan bahawa sumber digunakan secara bertanggungjawab dan meminimumkan kesan yang merugikan terhadap persekitaran dan masyarakat setempat.

 


Kemaskini pada 2014-12-29 16:04:58 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 42162 Tarikh Kemaskini : 21-08-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.